3 ketul ikan tenggiri
4 camca
2 keping asam gelugor
3 ulas bawang besar dikisar
Gula secukup rasa
Garam pun secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara:
- Ikan digoreng kunyit dahulu dan diletak tepi ( macam majalah masakan pula lepas masak letak tepi ).
- Sekarang buat kuah, guna minyak goreng ikan tadi ( jangan membazir amalan syaitan ) masukkan cili boh, goreng sampai garing dan masukkan gula secukup rasa.
- Masukkan bawang besar di kisar kedalam cili boh dan tambah air sikit supaya ada kuah dan masukkan asam keping.
- Masak adunan tadi sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Setelah semua adunan tadi masak, masukkan ikan dan gaul sedikit dan dah siap.
Ikan masak cabai yang aku buat tu kuah pekat, sebab dok tengok chef kat TV buat masak lemak pun pekat sebab bila letak kat pinggan kuah tak meleleh. Sebenarnya aku tersilap, sepatutnya semasa masukkan bawang tu masukkan air lebih sikit dan jangan bagi kering sangat semasa masak.
No comments:
Post a Comment