Jumaat lepas masa keluar dari rumah terliaht ada pemplet yang tersepit kat pintu pagar. Biasalah macam-macam iklan yang di masukkan dalam peti pos atau diselitkan kat pintu pagar. Tapi kali nampak lain sikit sebab tebal. Aku ambil. Ada beberapa keping iklan dan sebuah tabloit. Surat khabar kecil, Buletin Mutiara.
Surat khabar ini keluaran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buletin Mutiara yang diberi percuma ini sudah lewat sebab tarikh buletin tu 16 - November 2011. Berita muka depan " Kerajaan Pakatan Rakyat P. Pinang Bajet Berjiwa Rakyat 3M 2011 ".
Akhbar ini mengisahkan keprihatinan dan kemajuan yang di telah dibuat dan dicapai oleh kerajaan negeri. Akhbar ini juga menjadi medium untuk menyangkal dan menepis tohmahan yang dilemparkan oleh akhbar-akhbar dan media massa lain. Maklumlah kerajaan negeri tidak ada ruang dalam akhbar dan media massa nasionala atau pro kerajaan pusat. Jika ada berita, pasti hanya yang buruk-buruk mengenai pemerintahan Pulau Pinang. Oleh itu akhbar ini cuba memperbetulkannya walau edarannya hanya sekitar pulau pinang.
Seperti juga akhbar pro kerajaan pusat, akhbar ini juga menjadi ruang untuk memburukkan dan menunjukkan kelamahan kerajaan pusat. Biasalah semua pihak ingin menunjukkan merekalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment