Masakan Dalam Pantang : Ikan Stim Berlada

Kali ini untuk hari pertama masak untuk isteri aku dalam pantang ( hari sebelum tu ada sedara isteri aku masak ) ikan stim berlada. Nama biar ada kelas walau simpel saja.

Ramuan:

2 ketul ikan tenggiri
2 batang serai di potong nipis-nipis
2-3 cm halia muda di potong kecil-kecil
3 ulas bawang putih dipotong
2 biji bawang merah dipotong bulat-bulat
Lada hitam di kisar kasar
Garam secukup rasa

Cara masak:

Ambil bekas kukus, letak dahulu sebahagian bahan ( bukan ikan ) dan selepas itu letakkan ikan atas bahan tadi. Taburkan sedikit garam secukup rasa dan tabur bahan-bahan selebihnya atas ikan dan apa lagi kukus la. Bahan-bahan tu ikut sedap rasa saja. Kalau 2 ketul ikan tak cukup, haaa masuk ja berapa ketul pun, tapi bahan-bahan lain kena tambah juga lah. Kukus dalam setengah jam dah boleh makan.

Aku buat dua ketul sebab untuk makan siang satu dan malam satu, orang yang tak pantang jangan menempek. Sebab tu masakan dalam pantang sikit-sikit saja.

1 comment:

  1. Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete