Masakan Dalam Pantang : Ikan Masak Kicap

Semasa berurut, mak cik yang urut tu cakap dalam pantang boleh makan kicap dan santan. Santan jangan banyak sangat sebab berlemak boleh menembamkan diri. Sebelum nie isteri aku tak makan benda tu masa pantang. Lepas dapat lampu hijau, apa lagi cuba buat masak kicap ikan pula la.  

Ikan masak kicap. Walau macam mudah ja masakan nie tapi aku tulis gak supaya nanti bila nak masak lagi aku boleh rujuk. Maklumlah masuk dapur bila ada sebab ja.

Bahan-bahan :
5 ekor ikan gelama digoreng garam kunyit.
3 biji bawang besar dikisar
2 ulas bawang putih dipotong nipis
1 inci halia muda dihiris halus
2 biji kentang dipotong
1 biji bawang besar dimayang untuk hiasan
1 biji cabai besar dipotong serong untuk hiasan.
Sebotol kicap manis
Minyak masak

Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bawang kisar bersama bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan kentang dan goreng sehingga kentang empuk. Tambah air sikit jika perlu.
- Masukkan kicap manis secukup rasa, masak.
- Masukkan ikan yang telah digoreng dan masukkan bawang besar yang dimayang bersama cabai besar. Gaul sehingga sebati dan tutup api.

Siap untuk dimakan. Kalau nak kuah masukkan sedikit air semasa masukkan kicap. Kentang orang pantang boleh makan tetapi jangan banyak.

No comments:

Post a Comment