26hb Mac 2019 : Untuk makluman Restoran Perchik ini telah di tutup.
**** 27/1/2011 ****
Makan-makan di Kepala Batas lagi. Dulu lot kedai sebuah kedai runcit. Tapi kini dah bertukar jadi restoran. Restoran Perchik. Nampak nama dia saja dah tentu semua yang ada kat sini kena perchik.
Aku sampai pun rasanya dah lewat dah, jam 9 malam. Orang tak berapa ada. Suasana dalam kedai suram. Bukan suram macam eksklusif tapi macam tak meriah.
Aku dengan isteri oder nasi ayam perchik, anak-anak nasi ayam madu dan nasi goreng udang.
Nasi ayam perchik |
Nasi ayam madu |
Nasi goreng udang |
Keseluruhan apa yang kami makan kira boleh tahan sahaja, tak ada yang cemerlang. Restoran nie juga sediakan menu lain seperti char koay teow, mee/buhun/ koay teow goreng dan bandung dan ada lah lagi beberapa menu.
Restoran nie luas tetapi tak berapa tersusun dan terasa kosong mungkin disebabkan hiasan yang terlampau simple di suatu kawasan yang luas.
Lokasi lot hujung kawasan perniagaan Bertam Indah dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Indah. Lokasi dari Google map.
View Restoran Perchik in a larger map
No comments:
Post a Comment