Sebaik sahaja luruh tali pusat pada hari Jumaat lepas, kami terus panggil Mak Cik bidan untuk cukur rambut pada hari Isnin nie.
Jadi pada hari ini, Nur Fatini dah berumur 11 hari dicukur rambutnya. Hanya majlis biasa saja. Nie antara gambar-gambar semasa bercukur.
Nur Fatini bersama Kakak dan Abang |
Dah lapar kena bagi susu. Cukur mesti diteruskan. |
Lepas selesai bercukur, mandi pula. Mandi dengan air limau purut dan sintok.
Petang, menandakan kesyukuran dan selesai sudah bercukur, pulut kunyit yang dibungkus akan diberikan kat jiran-jiran sebelah rumah. Alhamdulillah selesai sudah majlis.
Cedokan dari buku " Indahnya Hidup Bersyariat "
Amalan Mencukur Rambut : Menurut Ibn al-Qayyim, amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria bau.
No comments:
Post a Comment