Errrrr alhamdulillah kenyang. Perut dah kenyang, lelap mata pon syoq. Kalau nak tidor balik rumah saja lah. Berada di Royal Belm ini hanya 2 hari, jadi kena penuhkan semaksimum mungkin. Semua diminta memakai pakaian yang bersesuain sebab ada aktiviti meredah hutan. Ok aktiviti yang pertama petang ini di Royal Belum ialah ke sebuah perkampungan orang asli.
|
Bersedia untuk menjelajah Tasik Temenggor. |
Untuk perjalanan ini tidak menggunakan house boat, tapi disediakan dua buah bot kecil untuk membawa kami kesana. Mula-mula macam skima saja lepas tu berdesup laju. Dalam sejam dari kejauhan sudah ternampak satu kawasan dengan rumah-rumah. Bot berhenti, disini bertempatnya suku kaum Jahai di Kampung Sungai Kelewang.
|
Dari kejauhan ternampak perkampungan masyarakat Orang Asli kaum Jahai di Kampung Sungai Kelewang. |
Disini kami adakan sedikit aktiviti bersama masyarakat Orang Asli dan di diberi sedikit ole-ole kepada mereka terutama untuk anak-anak. Masyarakat disini boleh kata mesra dengan pengunjung, mungkin mereka sudah biasa menerima tetamu luar. Anak-anak disini pun tak kekok berinteraksi dengan kami. Disamping itu bolehlah jalan-jalan sekitar perkampungan meraka.
|
Bermesra dengan anak-anak Masyarakat Orang Asli. |
|
Melawat perkampungan Kampung Sungai Kelewang. |
Bersih juga kawasan perkampungan ini. Kebanyakan rumah disini menggunakan buluh. Mungkin sumber buluh banyak disini, dapat dilihat dipersekitaran banyak tunggul-tungul rumpun buluh disini. Kehidupan mereka memang amat sederhana. Bekalan air dan elektrik jauh sekali. Penduduk disini ada yang beragama Islam.
|
Rumah disini kebanyakan dibina menggunakan buluh. |
|
Bersama along kawasan. |
Penduduk disini juga ada seperti persatuan. Sebelum pulang hulurkanlah sedikit sumbangan untuk ekonomi mereka. Oklah kita tinggalkan dulu perkampungan ini. Ada satu lagi tempat singgahan iaitu Air Terjun Sungai Kooi. Perjalanan kesebuah kawasan dalam 30 minit perjalanan. Turun sahaja dari bot, terlihat banir pokok dah terkejung menongkat langit berhampran dengan bot. Pakat-pakat bergambar disitu dulu. Macam-macam gaya dok ada.
|
Ini bukan sebarang akar. Sunggu berseni. Semasa hidup entah berapa puluh meter tinggi pokok ini. |
Nak bergambar apa apa gaya pun kena cepat sebab kena bergerak cepat ke Air Terjun Sungai Kooi sebab sudah petang. Rimbunan pokok hutan yang tebal menyebabkan suasana menjadi cepat gelap. Jadi sebelum gelap jom jalan.
|
Selamat Datang Ke Sungai Kooi, Royal Belum. |
|
Tuuu dia jumpa lagi. Kali ini pokok hidup, entah berapa umurnya. Pokok Medang, memang besar. |
|
Sambil jalan sambil menikmati keindahan alam. |
Jauh juga perjalanan kedalam hutan, tetapi laluan tidak sukar. Tak berapa lama sampai juga ke Air Terjun Kooi. Sebuah air terjun yang cantik berbaloi bersusah datang kesini tetapi sayang tak boleh mandi sebab airnya cetek sahaja. Disini sesuai menikmati keindahan air terjun dengan alam semulakadi sahaja. Bolehlah bergambar tak ingat dunia.
|
Air Terjun Sungai Kooi |
|
Air Terjun Sungai Kooi |
|
Sebelum balik, selfie dulu dengan akar pokok. |
Acara menjelajah selesai untuk hari ini. Jom balik. Alhamdulillah makan petang dah tersedia. Kalau tak silap bubur kacang dengan roti. Ringkas sahaja tapi bila makan sambil menghadap tasik jadi sedap tak boleh bawa bincang.
|
Sungguh berselera makan sambil menikmati pemandangan tasik. |
|
Ada yang bawa joran. Tapi sampai aku balik tak naik sekor pun. Menurut tuan bot, untuk memancing meraka ada pekej lain. Sebab untuk yang kaki pancing mereka ada port lain untuk berlabuh yang sesuai untuk memancing. |
Rehat sebentar, sambung lagi dengan aktiviti lain pula. Dah dikeliling dengan air apa lagi di buat aktiviti airlah. Disediakan rakit buloh. Syok oooo dapat berendam.
|
Bolehlah tunjuk skil mendayung. Aku dayung terus kedepan sahaja, nak belok tak boleh. |
Jaring-jaring gelap semakin berlabuh. Suasana pun dah makin gelap. Dah kecut berendam dalam air, kita tambah tenaga balik. Makan malam dah tersedia. Bukan biasa-biasa makan malam, ada ikan, ayam bakar lagi. Ikan tu bukan ikan kelah la atau ikan dari Tasik Temenggor lah nooo,
|
Ini berlakon sahaja. Yang membakar sebetulnya dibawah. |
|
Ini dia tokey bot yang bakar. |
Malam, takkan nak tidor dah kot. Macam-macam permaidan di buat, janji kreativ. Buat acara berkumpulam dan karaok. Memang meriah tapi bab karaok memang hancur aku tak boleh masuk.
|
Apa-apa yang akan diakukan, solat jangan tinggal. Tak tahu apa yang menanti disana. |
|
Sedap makan megi malam-malam. |
Oklah dah lewat malam. Jom tidoq. Di atas bot ini nak tidur kat bilik boleh atau nak tidur di luar, ruang terbuka. Di luar lagi sejuk, kena angin tasik.
|
Dah letih. Badan perlu rehat dulu. |
Oklah sampai disini dulu hari pertama di Royal Belum.
[ Pautan Jalan-jalan Menjelajah Royal Belum pada 15hb dan 16hb Februari 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ πππ]
1.
Royal Belum - Tasik Temenggor : Perjalanan dari Penang
2.
Royal Belum - Tasik Temenggor : Masyarakat Orang Asli dan Air Terjun Sungai Kooi.
3.
Royal Belum - Tasik Temenggor : Santuari Kelah dan Bunga Rafflesia
Teeima kasih lawat sini... Done follow back
ReplyDeleteHi ada tak nombor contact boat ke Sg Kooi?
ReplyDelete019-9207393 Abg Joe owner bothouse yang awesome.
DeleteNak tanya, ada tk barang equipment yg abang suggest bawak? Dari segi safety, fnb, activities
ReplyDelete