Dah dapat borang opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Buka sampul surat, yang ada sekeping surat dengan beberapa lampiran. Lampiran-lampiran nie semua nak kena tick dan tandatangan saja. Lagi satu diberi jadual gaji baru.
Dalam lampiran yang nak kena tandatangan dan tick nie semua merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011. Kat mana nak rujuk ??. Kena buka laman web lah. Apa salahnya kepilkan sekali pekeliling tu. Atau tak sempat nak photostat, dok kejar masa. Sebab masa yang diberi suntuk sangat.
Hairan aku benda yang disuruh buat pilihan tu bukan benda kecil, sebab sekali tandatangan akan memberi kesan sepanjang perkhidmatan. Kalut serupa nak terberak. Akai letak kat mana??.
Kalau boleh biarlah dibuat penjelasan dan diberi masa berfikir. Kenaikan gaji dan persaraan tuu lah sekarang yang diperkatakan. Apa-apa yang disebalik tuu perlu penjelasan yang boleh difahami. Mana tau ada benda-benda yang terselindung.
Pekeliling yang kena lihat kat web ( bukan diberi nooo ) bukan mudah nak difahami, bahasa tinggi, kelas atasan sahaja yang paham. Ayat pendek, ringkas, dan boleh menjerut leher sendiri. Orang macam aku nie kena buat tafsiran dulu. Memang ada taklimat tapi dengan ramai-ramai manusia dan masa yang terhad mesti ada yang tercicir.
Dalam opsyen tu adalah sedikit kenaikan, tapi yang tak puas hatinya kenaikan yang diberi tak sama rata persennya. Yang dok nampak jawatan tinggi-tinggi ada kenaikan yang hampir seratus peratus. Masa Pak Lah dulu ada kenaikan juga, tapi persen dia sama. Jadi kenaikan ikut kepada persen gaji. Betul ka kenyataan nie? sebab aku dengar dari mulut-mulut orang ja.
Harap CEUPEC dapat memperjuangkan golongan-golongan yang bawah nie.
No comments:
Post a Comment