Lepas balik sembahyang Jumaat hari nie, minta sarah dengan ammar ambil senarai buku yang hendak dibeli untuk pengajian tahun hadapan. Tengok mana yang perlu dan tak perlu beli. Sarah cuma beli buku-buku sahaja, baju sukan guna tahun lepas punya. Ammar kena beli semua sebab akan masuk tahun satu.
Lebih kurang jam 3.15 petang aku dengan Ammar sampai ke SK Bertam Perdana. Muhammad Ammar tahun hadapan masuk darjah satu kat sekolah nie. Sama sekolah dengan kakanya. Sarah yang akan masuk tahun empat. Tetapi masa berlainan sebab darjah satu dan dua sesi petang, darjah lain waktu pagi.
Sampai di hadapan sekolah dengan semangat keluar dari kereta nak ke kedai buku sekolah. Tiba-tiba ada seorang Pak Cik Keselamatan yang berada kat situ kata kedai dah tutup. Yang jaga kedai dah balik. Kalau nak, Isnin depan pula. Pak Cik tu pun tak tau pasai apa tutup awal. Ok lah kami pun balik, tak kan nak bertengkar dengan Pak Cik Keselamatan tu pula. Dia tak bersalah.
Kenapa tutup? nie yang aku mushkil kan sebab dalam surat kata Kedai Buku Sekolah mula dibuka pada 15 Disember 2011. Tak dinyatakan masa mula buka dan tutup dan cuti. Dalam kepala aku kata, mesti dibuka setiap hari sampai pelajar masuk kelas.
Kalau dapat beli tadi, selamatlah sebab aku masih bercuti. Dah jadi macam nie nampaknya kena ambil cuti la pula minggu depan. Kedai Buku Sekolah ada bagi "Time Slip" macam klinik dak?
No comments:
Post a Comment