Lepas Jumaat hari nie aku balik nak ke SK Bertam Perdana, sama macam tujuan sebelum nie. Nak beli buku sekolah Sarah dengan Ammar.
Adalah dalam jam 3.15 petang aku berttolak dari tempat kerja. Selepas masuk tol Sg. Dua call isteri aku suruh siap Ammar sebab nak bawa dia sekali untuk beli baju sukan. Tapi isteri aku jawab kawan dia dah pi hari nie tapi buku dah habis, baju pun dah habis. Yang ada seluar tapi tak ada pilihan saiz. Buku akan ada 29/12/2011. Laaaa habis pulak. Dah terlanjur on the way ke sekolah. Tak pa lah aku pi juga kesekolah. Mana tahu kalau boleh buat tempahan.
Sampai depan pondok keselamatn dah terpampang notis buku dah habis dan akan ada semula 29/12/2011. Tanya kak keselamatan yang ada kat situ kedai buku masih buka lagi ka ? kot-kot boleh buat tempahan. Dijawabnya kedai buku dah tutup, 29/12 nie baru buka balik. Lagi pun kak keselamatan tu kata kedai buka dari pagi sampai buku habis ja lebih kurang jam 2 petang dan sabtu dan ahad tutup.Aduhhh kena mai lagi la.
Kalau boleh beli buku kat kedai luar, masalah nie tak timbul. Tapi buku-buku yang nak dibeli nie akan ada logo sekolah, ini yang jadi masalah.
Macam mana buku boleh habis? Sedangkan dah tahu bilangan murid dan dah di edarkan notis mereka akan buka kedai mulai 15hb Disembar nie. Kalau tak mau berniaga, bagi kat orang lain.
Wahaiiii kedai sekolah, hari sabtu 31hb Disember nie dan hari pertama sekolah buka dak? rasa nak pi hantar anak kesekolah terus beli buku ja.
No comments:
Post a Comment