Kali nie sambut birthday orang paling tua dalam keluarga, aku la tuuu. Cerita lama dah. Pusing punya pusing yang terbaik ialah yang dekat sajalah. Apa lagi ke Bertam Perdana Darul Makan. Kali nie pekena nasi arab. Restoran makanan arab yang baru buka kat sini (sekarang dah lama la). Ni dia Restoran Al Kanz Hadramawt. Jangan tersilap ada sebiji restoran yang nama hampir sama kat Kulim, Al Khanz.
|
Restoran Al Kanz Hadramawt Nasi Arab Bertam Perdana |
Di sini boleh bersantap di luar kedai atau di dalam kedai. Restoran nie tiga tingkat, tingkat atas pun disediakan tempat makan. Kami makan kat tingkat bawah saja.
Kami oder set untuk 4 orang iaitu nasi madghout kambing sekilo ~ tengok kat menu di bawah. Biasalah anak-anak dah besar.... cover line. Set yang sungguh mewah dengan hidangan sampingan, ada hummus, roti lubnan, sos arab harrah, sup arab iddam, salatah, buah campur, air oren dua jug dan teh arab dua teko.
Restoran nie menyediakan masakan dari Timur Tengan, Yaman. Tak perlu ke Yaman, kat sini pun dah dapat rasa keenakan makanan Yaman. Sama atau tak dengan masakan di negara asal? Aku sendiri tak pernah kesana. Apa-apa pun janji kena dengan lidah aku, kira OK.
|
Menu set Nasi Arab Al Kanz |
|
Selain menu di atas terdapat juga western food dan pasta. Untuk memudahkan pelanggan dan tak perlu cerita banyak-banyak. Setiap hidangan disediakan gambar, mudah nak oder. |
Makanan boleh kata cepat juga sampai. Maklumlah semua bahan dah ada, tak seperti kedai tomyam yang perlu dimasak selepas di ketika di pesan. Layan gambar kat bawah.
|
Nasi Madghout kambing dengan salatah, sos harrah, sup iddam telupalah ada ka tak sup nie. Nasi macam biasa beras panjang, lembut. Kambing pun lembut, mudah cubit. Campur semua bersama cabai hijau memang terbaik. |
|
Hummus dengan kambing |
|
Roti Lubnan goreng |
|
Teh arab. |
Set yang kami oder nie bagi aku sesuai untuk 4 orang dewasa yang betul-betul dewasa. Selesai makan, nasi licin tapi hidangan sampingan berlebihan dan juga air pun berlebihan (dua jug air oren dan dua teko teh arab ~ kembung perut lah kalau habis).
|
Buah campur sebagai cuci mulut. |
Akhir sekali terima kasih kat isteri aku sebab belanja kami sekeluarga yang sangat sedap dan terlebih kenyang.
|
Amboiii M Firas suap birthday boy. |
Kepada penggemar makanan arab, restoran nie memang tak mengecewakan. Makanan sedap, servis cepat dan bersih. Kat luar restoran juga ada booth yang menjual burger dan kambing golek. Parking tak ada masalah, kat depan kedai berlambak tempat parking. Lagi satu yang menarik lepas makan boleh bersantai kat mini taman depan restoran bersama lampu LED.
Restoran Al Kanz Hadramawt nie dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 12 malam. Lokasi di belakang Mc Donalds Bertam.
Alamat :
No 2G, Lorong Dagangan 8,
Bandar Bertam Perdana.
Talifon: 04-5750126, 012-5299108
GPS: 5°31'02.2"N 100°27'02.0"E
5.517285, 100.450544
Terima kasih tuan kerana review yang positif ni...
ReplyDeleteUntuk pengetahuan tuan, kami dah buat penjenamaan semula, bertukar nama ke Asraar Hadramawt Restaurant sejak April 2016.
Chef pun dah bertukar, chef skrg didatangkan khas dari Yaman...silalah singgah ke restoran kami lagi.
Terima kasih lawat sini... dah nampak nama baru baru. Nanti boleh rasa dari chef ori dari Yaman, Insyallah.
DeleteTerima Kasih kerana review tentang Alkanz Hadramawt ketika saya masih bekerja di sana.
DeleteServis yang mengecewakan. Hari ni pi berbuka puasa di sana. Ayam habis, nasi habis. Ada yang tak dpt makan. Kawan seofis saya booking takda meja bila sampai di restoren. Saya sendiri ditukarkan meja padahal masa booking dikatakan duduk di dalam restoren tapi bila datang baru nak carikan meja utk family saya. Sangat mengecewakan. Saya takkan dtg lagi ke kedai nasi arab ni
ReplyDelete