Tempat pertama di lawati ialah ke ladang unta. Kami dibawa kesuatu lokasi padang pasir. Dapat dilihat ada beberapa kelompok unta disini menunggu pengunjung untuk dilawati, lalu dipilih sekelompok. Oklah bolehlah turun bas dan bermesra dengan unta-unta ini. Yang nak rasa susu atau air kencing unta boleh dibeli disini.
Susu dan air kencing unta dijual. |
Bersama unta-unta. |
Dah puas selfie dengan unta kami dibawa ke Muzium Haramain, sebuah muzium yang menematkan sejarah perkembangan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tetapi malangnya kami tak boleh masuk sebab dah penuh. Untuk memasuki muzium ini kena booking dahulu dan diberi permit sebab muzium ini tak boleh masuk ramai-ramai, kena tunggu giliran. Oklah redho ja lah, tak ada rezeki.
Tempat terakhir ialah Masjid Hudaibiyah. Apa yang menariknya di masjid ini? Disinilah tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah. Dulu-dulu disekolah kisah Perjanjian ini akan dipelajari dalam subjek Agama. Sedikit sejarah.
Masjid Hudaibiyah atau Masjid Asy Syumaisi yang berwarna putih. |
Setibanya di Asfan, mereka telah mendapat berita bahawa Kaum Quraisy telah bersedia untuk berperang. Rasulullah tidak mahu pertumpahan darah, lalu diutuskan Usman Bin Affan untuk berunding. Tetapi Usman Bin Affan pula di tahan oleh Kaum Quraisy. Peristiwa ini telah membuat para sahabat berbai'at kepada Rasulullah untuk memerangi Kaum Quraisy, dikenali Bai'at Al-Ridwan.
Tinggalan tembok dan tiang-tiang Masjid Bai'ah Ar Ridwan |
Ustaz Erdie memberi penerangan mengenai Hudaibiyah. |
Ada beberapa perisiwa seperti penolakan oleh mereka penggunaan "Bismillah..." dengan menukar ke ayat lain dan penggunaan nama Rasulullah. Perjanjinan ini dari mata kasar tidak memihak kepada Kaum Muslimin tetapi.... nak tahu lebih lagi sila cari di buku-buku dan boleh saja google.
Tahun ini Rasulullah dan para sahabat tidak dapat melakukan Haji dan boleh lakukannya tahun hadapan. Selama perjanjian ini Kaum Muslimin telah membangunkan masjid diberi nama Masjid Bai'ah Ar Ridwan di tempat berlakunya perjanjian tersebut. Tapi sekarang masjid ini telah tidak digunakan lagi hanya tinggal tiang-tiang dan tembok batu sahaja. Masjid Baharu telah didirikan dihadapan tapak masjid ini diberi naman Masjid Asy Syumaisi.
Selesai berniat umrah kami balik ke Makah dan alhamdulillah dapat menyelesikan umrah.
Selepas sembahyanh Isya di Majdil Haram, sekali lagi keluar. Kali ini untuk menikmati daging unta. Aku pun tak pernah makan daging ini. Van membawa kami ke sebuah restoran. Restoran Kabsa Hashi. Aku pun tak tahu dimana tempat ini.
Restoran Kabsa Hashi. |
Tunggu hidangan sampai. |
Saprah dihampar sementara menunggu talam-talam. |
Nie dia nasi arab bersama daging unta. |
Kegembiraan terpancar bersama kambing 😁😁😁 |
Bukan makan berdua saja. Kami makan berempat. Dua orang tak ada dalam gambar. |
Selepas makan dihidang dengan laban. Katanya daging unta panas, jadi laban boleh menuruhkan balik kepanasan. |
[ Pautan Perjalanan Umrah Keluarga pada 30/11/2017-10/12/2017 bersamaan 11 hingga 21 Rabiulawal 1439H ]
1. Perjalanan Dari KL Ke Madinah
2. Ziarah Sekitar Masjid Nabawi
3. Ziarah Masjid Quba, Ladang Kurma dan Syuhada Uhud
4. Ziarah Istana Urwah dan Kota Yahudi
5. Ziarah Dar AL Madinah Museum
6. Perjalanan Ke Makah
7. Ziarah Kota Taif - Alkur Amusemnet Park, Kereta Kabel
8. Ziarah Kota Taif - Pasar Buah, Kilang Ros, Masjid AbdullahIbn Abbas
9. Ziarah Kota Taif - Masjid Siku, Masjid Addas
10. Ziarah Ja'aranah
11. Ziarah Hudaibiyah
12. Ziarah Sekitar Masjidil Haram
13. Selamat Tinggal Kota Makah
14. Kota Jeddah
15. Pulang Ke Malaysia
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Umrah
dan Ziarah pada tahun 2017/ 1439H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini juga bukan panduan mengerjakan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Beautiful journey, beutiful write up and beautiful memories.
ReplyDeleteBeautiful journey, beutiful write up and beautiful memories.
ReplyDelete