Nurul Ikan Bakar

Dah ujung-ujung baru geng-geng kat Bahagian terfikir nak buat makan-makan berbuka puasa. Tapi bukan buka puasa sebab kami berbuka kat opis dulu baru pi sana, senang tak payah kalut-kalut balik solat. Boleh sembang lama sikit.

Mula dirancang pada hari Jumaat lepas di Teluk Tempoyak, tapi setiausaha pula masa tu sakit mata, MC, jadi tunda Isnin. Hari ni di pilih Nurul Ikan Bakar, tempahan menu dibuat seawal pagi. Teluk Tempoyak depa kata mahal dan tak sedap dah. Dulu sedap tapi sekarang kurang sikit. Nurul Ikan Bakar pun OK, janji sedap.

Lepas azan Maghrib, makan dulu alas perut ambil berkat berbuka yang disponser oleh En Husni, ayam KFC dengan oren segar botol. Ayam KFC pilih yang kecik sebab nak balun lepas nie.

Lebih kurang jam 8 malam kami bertolak dari pejabat ke Nurul Ikan Bakar. Aku tak berapa reti jalan ke tempat nie. Jadi En Azhar dan En Ahmad selaku Pengarah dan Setiausaha tak bertauliah untuk projek ini menjadi juru pandu.
Nurul Ikan Bakar Special

Sampai disana kereta memang banyak tetapi tak ada masalah, sebab parking luas. Masa sampai orang dah beransur keluar sebab pakat-pakat balik la lepas berbuka kat situ, solat. Jadi bila kami sampai dalam kedai dah clear. Baru selesa nak makan. Tak payah berebut.

Kawasan ini terdapat tiga buah kedai makan, semuanya ikan bakar. Setelah membelok dari lebuhraya ke kawasan ini, mula-mula akan jumpa Marton Ikan Bakar , dihadapan sikit (kena belok) Idrus Ikan Bakar dan yang terakhir Nurul Ikan Bakar, haaa...inilah destinasi perut. Parking lah tempat mana yang kosong, janji tak ganggu lalu lintas.

Dihadapan Nurul Ikan Bakar nie di letakkan replika perahu diatasnya diisi dengan ikan, ketam, udang untuk pilihan tetamu.
DSC_0880
DSC_0881

Dalam kedai memang menarik dan luas, macam-macam pilihan tempat duduk ada. Ada yang meja berkerusi dalam kedai, bersila, makan bawah pokok pun boleh dan nak makan atas pokok pun boleh ( bukan atas pokok tapi tempat tinggi macam rumah kampung yang mempunyai tiang yang dan kena naik melalui tangga - menarik ).
DSC_0876
DSC_0866
Ruan Bersila
DSC_0868
DSC_0872
Boleh makan atas pokok
DSC_0875
Kami pilih makan bersila, kira macam ala-ala kampung Thailand.
DSC_0863
Tak berapa lama, hidangan pun sampai. Pesanan telah dibuat pagi tadi oleh setiausaha tak bertauliah. Yang diorder untuk 6 orang ( 2 set) tetapi yang dapat hadir 5 orang saja. Tapi main dengan puasa, balun macam lebih dari 6 orang. Betul manusia makan sebab bulan puasa syaitan masa nie kena ikat.

Menu di order 2 set terdiri dari: Seekor ikan siakap masam manis (sweet & sour la tuu, besar), sotong celup tepung untuk 2 orang, telur bungkus untuk 2 orang, kangkong goreng belacan untuk 2 orang, tomyam campur untuk 2 orang, nasi dan sejug air tembikai.
Siakap masam manis, ikan rapuh ( feberet aku la kalau rapuh) dan besar dan sos memang sedap tapi sikit.
DSC_0856
Siakap masam manis.
DSC_0858
Telur Bungkus ~ lama dah aku tak makan.
DSC_0861
Tom yam  campur

Kangkong goreng belacan, sedap dan kuantiti yang puas hati lah. Mula-mula nak order kailan ikan masin tapi setiausaha tak makan kailan jadi tukar ke kangkong.
DSC_0857
Terakhir sekali sotong celup tepung, tepungnya dia rangup dan bila dicicah dengan sos memang sedap. Yang kurang, minyak terlebih sedikit. Beli sebungkus bawa balik.
DSC_0886
Sotong celup tepung
Harga keseluruhan tak termasuk sotong yang aku bungkus, rasa aku RM 130.00 kot, nanti aku check balik dengan setiausaha. Keseluruhan makan di sini memang selesa dan sedap tambahan pula harga yang diberikan berpatutan.

Nurul Ikan Bakar di buka setiap hari dari jam 5.00 ptg hingga 1 pagi. Menurut pemilik kedai iaitu En Idris, mereka telah membuka kedai tersebut lebih kurang 8 tahun. Kebanyakan pekerjanya merupakan anak-anak serta saudara mara dan tukang masak merupakan isteri beliau. Kedai-kedai ikan bakar yang bersebelahan juga dimiliki oleh saudara mara beliau. Kira kedai ikan bakar kawasan tu mempunyai tali kekeluargaan.

Nak booking Nurul ikan Bakar sila lawat mukabuku / facebook la tuu.
http://www.facebook.com/pages/gelugor-penang/nurul-ikan-bakar-special/121949727815471

Jalan ke sana aku nak cerita susah sikit sebab ia berada selepas sedikit sahaja dari Jambatan Pulau Pinang untuk ke Bayan Lepas. Dari Lebuh Raya Jelutong menghala ke Bayan Lepas akan melalui flyover Jambatan Pulau Pinang. Selepas flyover nie sila rapatkan kenderaan kebahu jalan (jangan sampai bergeser dengan divider sudah lah). Jangan pandu laju sangat sebab dah nak sampai, lebih kurang 100- 150M dari flyover tu akan ada satu lorong disebelah kiri. Masuk saja anda akan nampak kedai Ikan Bakar. Ada tiga buah kedai, pilih saja yang mana berkenan. Kalau nak pilih Nurul Ikan Bakar, terus ke hujung.Restoran nie juga berhadapan dengan Merin Polis Batu Uban.

Kalau dari Bayan Lepas kena terus sehingga lepas jambatan dan buat U-turn ( kalau tak silap aku kat jalan nak masuk TESCO ) patah balik ke arah Bayan Lepas. Lihat peta dibawah untuk lebih jelas (klik imej untuk paparan lebih besar).

View Ikan Bakar in a larger map



7 comments:

  1. Replies
    1. Boleh try 013 4555430 atau 017 5778302. Boleh juga dapat kat FB nurul ikan bakar special.

      Delete
  2. Salam.

    Mohon saya petik satu gambar dari blog ini ya tuan harrizam.

    Saya kredit blog tuan dalam blog saya (https://goo.gl/F3sYqS)

    Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      OK no problem dan terima kasih lawat blog saya.

      Delete
  3. Salam,

    saya nak minta kebenaran Encik untuk meminjam beberapa gambar dalam blog encik boley? nanti saya akan kredit blog Encik didalam website saya. nnati saya akan update link.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... terima kasih lawat sini. OK boleh saja janji bagi kredit kat blog ni.

      Delete