Kali ini kita terjah sebuah restoran hipster sikit sempena birhday big boy, aku lah tu. Ini cerita lama. Jarang-jarang kami ke kedai seperti ini. Terletak disebuah bangunan kedai di Taman Pokok Sena. Nak mudah, terletak di bangunan kedai betul-betul di simpang tiga Pokok Sena (boleh nampak Mr DIY disitu).
Big Tas Tea Pokok Sena. |
Boleh tahan pengunjung ramai. |
OKlah masuk saja kedalam kedai terasa suasana berubah menjadi suram-suraman maklumlah dinding warna gelap dengan lampu hiasan.
Macam tak tahu nak pilih yang mana. |
Kami pilih satu meja panjang untuk memuatkan 6 orang. Pelayan pun datang dengan menu. Disini kebanyakan menunya ala Western. Berbagai jenis chop, grill dan pasta. Boleh tengok menu di bawah.
Berbagai jenai chop dan grill |
Pilihan pasta pun berbagai. |
Meraikan peminat Korea, ada set ayam korea. |
Berbagai jenis air, panas dan sejuk. |
Oleh kerana birthday aku, jadi pilih saja menu apa yang nak makan, isteri aku belanja πππ. Apa nak oder tulis dalam kertas yang diberikan dan serah ke kaunter. Semetara hidangan sampai, anak-anak aku buat kejutan dengan hadiah. Terima kasih bebanyak dengan hadiah, mamang tak dijangkakan.
Tak berapa lama hidangan pun sampai. Jadi layan sahaja gambar kat bawah.
Lasagna. Puas hati dengan daging cinang dan cheese. Sedap memang puas makan saiz besar. |
Spageti Meatball. |
Fetuchini Carbonara. Memang sedap dia punya sos menjadi. |
Korea Chicken kombo. Macam biasa ayam dengan salutan sambal korea. Boleh layan lah. |
Lamb Grill, Saiz yang besar, sos black paper memang menjadi. Kambing pun lembut. |
Chicken Grill. |
Alhamdulillah kebanyakan menu yang dipesan memang sedap dan saiz hidangan pun besar. Harga pula sedikit mahal bertepatan dengan saiz hidangan dan juga suasana restoran. Dari segi keselesaan mamang amat selesa dengan susun atur meja yang kemas dan ruang makan yang luas tak lah bersesak sesak dan bersih. Dekorasi pula ringkas dan sedap mata memandang. Sesuai nak buat majlis seperti hari jadi.
Alhamdulillah semua bersih. |
Kepada yang hendak datang dibawah sedikit maklumat.
No. 32A, 1, Kampung Baru Pokok Sena,
Taman Pokok Sena,
Kepala Batas, Penang
Telefon:
011-1311 7014
Waktu operas:
Dibuka setiap hari dari jam 3 petang hingga 11 malam.
GPS:
5°29'17.2"N 100°27'27.7"E
5.488116, 100.457683
Lokasi Google Map:
Assalammualaikum Saya nak complaint sedikit..harap lepas ni sebelum bungkus makanan tu double check dulu makanan tu betul atau tak..Saya order grilled lamb tapi yang sampai chicken grilled..resit Saya simpan lagi gambar Pon Saya tangkap..harap benda ni Tak berulang lagi
ReplyDeleteA franchise network called has locations primarily in northern Malaysia, including Kelantan, Sungai Daini, Ipoh, Penang, and semestinya in Arau, Perlis. BIG TAS'TEA started out solely offering viral beverages, but has since evolved to include a wide range of delectable menu items at affordable pricing.
ReplyDeletebig tas tea sungai petani is a chain of franchises mainly in the northern part of Malaysia such as Kelantan, Sungai Daini, Ipoh, Penang and semestinya in Arau, Perlis. initially BIG TAS'TEA only served viral drinks but has since expanded to offer a variety of delicious menu items and reasonable prices!
Delete