Shariff Nasi Kandar yang dulunya beroperasi berhampiran dengan Pejabat Pos Gelugor telah berpindah ke Jalan Permai. Kena masuk dalam sikit dari lokasi asal.
|
Komplek Pasar dan Makanan Jalan Permai, Gelugor |
Kali nie bukan tepi jalan lagi tetapi dalam Kompleks Pasar dan Makanan Jalan Permai atau Kompleks Pasar MPPP Jalan Permai, Gelugor. Jadi kalau tengok kat luar tak berapa nampak, kena masuk dalam baru tau. Masa aku beratur, ramai juga pelanggan lama yang pertama kali sampai ke sini termasuk aku.
|
Orang tetap ramai |
Dok dalam kompleks nie kira sangat selesa. Walau tetap kena beratur tapi kalau hujan tak basah dan yang menarik meja dan kerusi banyak dan selesa yang MPPP sediakan. Parking kenderaan boleh kat tepi jalan depan kompleks atau pun boleh masuk terus bawah kompleks.
|
Lauk pauk masih seperti dulu cuma biasalah harga naik sikit. |
Kedai nie bagi aku sempit jadi tak ramai pekerja yang boleh berada kat dalam seperti lokasi lama. Jadi pelanggan terpaksa tunggu lama sikit untuk di layan. Harap bersabarrr.
|
Aku punya |
Rasa masakan masih sama cuma harga dah naik sikit. Tapi harga masih OK berbanding dengan nasi kandar lain. Disamping Shariff nie ada beberapa kedai lain yang di buka menyediakan masakan ala Thai, mee, nasi goreng dan air. Jadi kalau tak nak makan nasi kandar, ada pilihan lain.
Nasi Kandar Shariff nie beroperasi seperti dulu juga setiap hari dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam dan tutup hari Sabtu. Telefon 017-4586 786. Lokasi seperti kat google map kat bawah.
GPS: 5.371708, 100.301533
5°22'18.1"N 100°18'05.5"E
jauh jalan2 cari makan... :)
ReplyDeletetak jauhh... dekat ngan tempat keja saja.
Deletekawan sy ckp mmg sdap...hrp tlong viral kn tmpt sedap cmni supaya rmai pelancong dtg.
ReplyDeleteDulu tahun 1997 time belajar kat USM, selalu makan kat nasi kandar sharif..depan 7e gelugor.....besttttt
ReplyDeleteTerima kasih lawat sini.. Tempat baru pun best lebih selesa.. Tp ayam goreng goreng panas tak dak
DeleteBest nasi kandar.tapi kari recylce 10 tahuan pubga
ReplyDeleteMakan nasi kandar dapat penyakit kanser
ReplyDelete