Thailand : Trang

Cerita tahun-tahun lepas. Yang nie cuti-cuti sambil kerja ke Thailand lebih tepat ke Trang. Aku nie kira tukang mengikut ja.

Kami bertolak dari USM lebih kurang jam 8 pagi. Sebelum sampai ke sempadan singgah dulu ke kedai kopi CTC Recreation.


Tempat nie selalu jadi lokasi utama untuk tukar duit sebelum sampai ke border. Boleh kata kadar tukaran diberi lebih tinggi dari kat Penang. Sebelum nie dah tukar sikit, tengok rate macam OK ja, tukar sikit lagi lah. Kat sini ada disediakan kedai makan, tapi tak tergamak nak makan ~ paham-paham ja la nooo. Lagi pun berhenti sekejap saja untuk tukar duit dan ke bilik air. Selesai, perjalanan diteruskan.



Tak berapa sampai lama sampai ke sempadan, turun dari bas dan cop pasport dan naik bas semula. Perjalanan diteruskan ke Trang. Kini aku lebih muda sejam sebab beza masa kat Thailand kurang sejam dari Malaysia. Lepas nie aku guna jam Thailand.
Kalau dah nampak tiang letrik dengan wayer berceragah, maksudnya dah masuk Thailand la tuu.


Perjalanan masih jauh lagi, singgah sebentar di Hat Yai untuk solat dan makan tengahari.
Tom Yam jadi kepala hidang.

Thai Malaysia Restaurant, Hay Yai.

Perut pun dah kenyang, naik bas dan sambung perjalanan. Dalam jam 4 petang kami sampai ke Trang dan check in ke Hotel Thumrin Thana.
Hotel Thumrin Thana, Trang



Plug elektrik kat sini jenis 2 pin, jadi bawak universal adapter. Aku pinjam kawan punya, nasib baik dia bawak.



Malam nie keluar semula untuk makan malam. Tak tau apa namanya tapi tempat nie ada parking luas kat depan yang selalu bas pelancong selalu berhenti. Yang aku tahu, selalu jika ikut rombongan mesti berhenti kat sini. Restoran ada dibelakang, didepan ada berbagai makanan dan cenderahati dijual. Restoran nie ada logo halal.

Selesai makan balik ke hotel semula. Malam nie tak ada aktiviti apa-apa. Badan pun dah letih kita tidur dulu.



Pepagi esoknya merupakan aktiviti rasmi di Prince Of Songkhla University. Pakat-pakat semua pi kesana. Mula-mula dianggarkan program akan tamat sebelah petang tapi sebelum solat Jumaat program dah selesai. Jadi lepas solat kat masjid berdekatan kami balik ke hotel.
Waktu solat.

Malam nanti baru ada program semula. Sebelah petang nie kira aktiviti bebaslah. Jadi aku ambil kesempatan untuk pusing-pusing pekan Trang. Boleh tahan sebok bandar Trang nie.
Teksi menunggu penumpang.

Kereta roda tiga, tuk-tuk

Kat Thailand nie kalau diperhatikan berbagai warna plat nomber kenderaan. Yang biasa ialah warna putih denga tulisan hitam, yang nie untuk kereta persendirian yang telah didaftarkan. Untuk teksi warna kuning dengan tulisan hitam. Yang menariknya ialah plat warna merah dengan tulisan hitam, yang nie ialah plat sementara untuk kenderaan baru yang belum didaftarkan ~ tak daftar pun boleh ronda-ronda dah.
Plat nombor kereta putih dan merah.


Pekan Trang nie bukan sebuah kawasan pelancongan jadi masa aku jalan-jalan tu jarang terjumpa pelancong yang dok tercangak-cangak macam aku nie. Ia merupakan sebuah pekan yang boleh kata jenis klasik dengan bangunan-bangunan yang dah sedikit berusia.

Balik sekolah. Kalau kat Melaysia dah tentu kena perambat dah.




Jalan punya jalan sampai ke Ruenrom Road ( selepas cari kat internet baru tau nama jalan nie ) ada pasar malam kat situ.  Pasar malam nie dibuka setiap hari dari petang hingga malam. Aku sampai dalam jam 4.30 petang  boleh kata semua gerai dah buka. Layan gambar kat bawahhh....

Ada juga kuih buah melaka ~ rasanya lah kot, aku tak tanya pun.



 Makanan kat sini boleh kata berbagai dan warna pun memang ceria-ceria. Ada juga peniaga Muslim kat sini tapi sangat terhad. Nak kenal mudah saja, kalau perempuan selalunya bertudung kalau tak pun kat gerai dilukis logo halal.
Nasi beriyani pun ada.



Telor burung goreng.


Yang kat atas nie aku tunjuk gambar makanan saja, tapi pasar malam nie seperti kat Malaysia juga, macam-macam ada. Bukan setakat makanan, pakaian, cendera hati, mainan dan macam-macamlah dijualnya tapi yang banyak ialah gerai makananlah.


Kat pasar malam nie aku tak beli apa-apa. Dah selesai pusing pasar malam aku pusing kot jalan lain pulak untuk sampai ke hotel. Bolehlah tengok sekitar pekan Trang nie.
Nampak tak polis bertopi keledar sebelah motor di sebelah kiri gambar Aku dok perati dia nie dok picit suis kawal lampu isyarat kat dalam pondok sebelah tu. Mungkin masa puncak sistem automatik tak boleh guna kot.

Motor yang di buat serupa teksi. Driver motor pakai vest hijau. Kalau nak pi mana-mana driver nie lah yang akan membonceng kita.



Dalam jam 6 petang aku dah sampai balik ke hotel untuk acara rasmi malam nie. Oklah sambung esok pula, perjalanan akan ditersukan ke Krabi.

[ Pautan lain dalam siri jalan-jalan Thailand Disember 2013 ]

1- Thailand : Trang
2- Thailand : Krabi
3- Thailand : Krabi ~ Island Hopping
4- Thailand : Krabi ~ Pasar Malam Muslim
5- Thailand : Hat Yai


2 comments: