Kupon Sajian KFC Murah Sangat ka?

Ada sesiapa yang dapat Kupon Sajian KFC? Kupon yang diberi percuma setelah berbelanja besar kat supermarket atau apa-apa saja. Aku dapat kupon nie setelah bebelanja dengan berhemah kat TESCO (TESCO nie bantu zionis ka? Maklumat tak berapa pasti lagi, jika benar nanti nak kena boikot nie).

Kupon nie bukan dapat makan free, kena bayarlah dengan diberi sedikit diskaun. Dalam kupon nie tertulis kena bayar cuma RM 16.50 untuk 3 ketul ayam (ayam KFC la nie kadang-kadang saiz ayam tak cukup zat ja... tak macam dulu-dulu), coleslaw besar, teh lemon ais besar. Harga asal RM 21.20, dapatlah jimat RM4.70 atau 22%.
Kupon Sajian KFC

OKlah sekarang aku ambil harga dari KFC dalam talian. Harga 3 ketul ayam RM11.40, coleslaw besar RM5.65 dan teh ais lemon besar RM5.30. Jumlah RM22.35. Jadi mahal dari harga asal yang tertulis dalam kupon. OKlah kira untung lagi lah.
Dinner Plate KFC

Cuba pula lihat pula harga kombo Dinner Plate yang terdiri dari 3 ketul ayam, coleslow biasa, kentang putar biasa, roti dan air gula karbonat cuma RM14.95. Jika dibeli berasingan, 3 ketul ayam RM11.40, coleslaw biasa RM2.45, kentang putar biasa RM2.45, bun RM0.70 dan air karbonat biasa RM3.05 berjumlah RM20.05. Beza harga RM 5.10 atau 25%. Ini tak termasuk jika ada promosi lagi.

Jadi apa yang dikatakan jimat atau potongan harga tu tak lah jimat sangat. Kadang-kadang lebih kepada strategi pemasaran saja. Oleh itu jika nak beli KFC menggunakan kupon, berhati-hati dan lihat dulu tawaran harga yang ada.




No comments:

Post a Comment