Nasi Lemak Royale



Nasi Lemak Royale sangat femous di Alor setar, dengar cerita ada 3 cawangan di sekitar Alor setar, tapi aku hanya tahu 1 cawangan sahaja. di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di panggil Nasi Lemak Royale Hijau kuning. Ini lawatan sambil makan aku yang kedua. Pertama kali aku datang adik aku bawa, dia belanja, siap guna GPS untuk tahu lokasi.


Hari ni aku datang bungkus saja, bawa balik makan dengan orang tua aku. Nasi lemak yang ditulis tu, rasa aku bukan nasi lemak macam kita makan pagi-pagi tu warna putih, tapi warna kuning, mungkin nasi lemak dari india kot, hantam saja la labuuu.



Lauk-lauk dia style mamak dan tak berapa banyak pilihan tapi ok la, ada ayam goreng/madu, limpa, sotong, telur rebus dll. Yang paling special aku rasa ialah kuah campur dia. Campur ada mathematik punya, bukan macam kedai mamak/bangla Penang yang campur taram ikut suka mak bapak dia ja. Rasa kuah campur tu ada pedas, manis, susah la nak cerita nanti pergi rasa sendiri.


Harga boleh tahan laaa. tapi aku konpius masa adik aku belanja murah ja, nasi 8 piring (piring ja....sebab pinggan kecil), ayam 3ketul, sotong sepiring(banyak), telur 5 biji, kuah campur baru RM 38.....tapi aku beli bungkus, ayam 2 ketul, sotong, kuah campur dah RM19, rasa hari tu dia kira silap kot.

Ramai orang makan, semua bangsa ada, siap beratur nak ambil order. Tapi yang tak best, gerai dekat dengan longkang, busuk dan sumbat pulak tu, tapi kerana sedap dah tak bau dah longkang tu.

Lokasinya dari pekan Alor Setar kearah Tandop menggunakan Lebuhraya Sultan Abdul Halim terus sehingga jumpa stesen minyak BHP disebelah kiri, gerai selepas stesen minyak tu. Akan nampak sign board Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Parking la tepi jalan atau ada sedikit tempat parking disebelah gerai tu. Gerai dibuka petang ke malam sahaja, jam berapa aku tak pasti.

Nak mudah lihat saja google map kat bawah.

View Nasi Lemak Royale in a larger map

11 comments:

  1. Ha ha ha ...
    Sebab adik ampa vogue...

    ReplyDelete
  2. maknakata hang ni tak betui2 piau aloqstaq la ni. hehe.. royal headquarters kat bangunan buruk berhadapan dengan plaza alor ria, kat pawnshop cina lama. cawangan2 lain yang ada termasuklah lebuhraya darulaman, tanjung bendahara dan juga anak bukit.

    ReplyDelete
  3. seres..TQ...aku memang orang aloq setaq tapi jarang-jarang ada kat sana...nanti aku kena pi kat dia punya HQ.

    ReplyDelete
  4. ermm...tp cawangan lain sama ke rasa dia??
    setahu sy, yg ramai customer kat kat tepi stesen minyak BHP..tp kat tanjung bendahara x ramai sgt..so x berani nak try takut x sedap, kiciwa lak nnt..huhu...
    sy mmg promote kat mber2 from negeri lain n dorg ckp mmg two thumbs up la!
    sampai ader yg bg nama baru utk royale..Gerai Nasi Ganja..aduss!! pitam tokei royale kalau dia tau..huhu..

    ReplyDelete
  5. TQ lawat blog saya....kalau ada tempat best kat alor setar bagi tauu

    ReplyDelete
  6. Tapi bagi saya nasi Lemak Haji Ali di seberang Perak Alo Setar lagi best,kuah pedas nya lebih kaw and keadaan kedai lebih bersih dan kemas.Ayam Goreng ada bermacam jenis and digoreng panas panas.

    ReplyDelete
  7. utk pgetahuan semua. ns lmk ryle hjau knng adalah cwgan pertama ns royale yg dibuka pd wktu mlm. mula buka pada tahun 2000. cwgan tanjung bndahara bkn lah cwagan sbenar. sekadar mngunakan nama shj.

    ReplyDelete
  8. HEHEHEH..UJUNG MINGGU NI BALIK NAK P BELI..LAMA DAH X MAKAN...SEBULAN..KEHKEHKEH..UNTUNG UMAH BELAKANG TU JA..(GOOGLE NASI ROYALE SEBAB TERINGIN NI..TGK PIC PON JADI LA..HAHAHA)

    ReplyDelete
  9. Teringin nak makan tak pa jangan teringin kat mamak tuuu....saya lagi la...dah bertahun tak pi situ.

    ReplyDelete
  10. mesti sedap lah royale hijau kuning.....kalau p alor str mesti nak try......

    ReplyDelete