"Setiap kebenaran wajib disembahkan dan jangan sama sekali dirahsiakan daripada pengertahuan beta. Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah; sedangklan realiti yang berlaku dikalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan denagn apa yang diceritakan."
Titah Sultan Perak yang baharu ketika Mesyuarat Dewan Undangan Negara Perak ke-159. Perikan dari Utusan Malaysia 21 Jun 2014. |
Jadi orang-orang kepercayaan seperti setiausaha dan juga orang-orang kanan menjadi mata dan telinga pemimpin bagi mendapat maklumat kawasan. Oleh itu orang-orang ini tolonglah sampaikan dengan benar dan jangan dok sembunyi-sembunyi setiap aduan dari kawasan masing-masing.
Ramai pemimpin yang baik tetapi nampak buruk di mata rakyat disebabkan orang-orang bawahan yang menjadi kepercayaan ini menangguk diair keruh. Tidak menyampaikan kebenaran dan mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberi.
Para pemimpin diharap jangan percaya sangat kat depa-depa nie. Sekali sekala buat pemeriksaan mengejut keatas orang-orang kanan, biar diperbetul dari awal lagi. Jangan biar "Rosak bawang kerana jambak".
Diharap Tuanku dapat memerintah negeri dengan adil dan diberkati Allah.
p/s: Bila sekolah kat Bandar Putra Bertam, Kepala Batas nak naik? Pasaraya Mydin pun dah nak siap. SK Bertam Perdana telah melebihi had, terpaksa buat sesi pagi petang. YB tolong tengok sat.
No comments:
Post a Comment