Cerita lama tapi lupa pulak sempena meraikan apa entahlah. Yang pasti isteri aku belanja. Biasalah jalan-jalan cari makan. Kali nie kami ke Pokok Sena Tasek Gelugor. Restoran pun nama pelek sikit Kerang Berapi 'A' Tomyam. Jadi sapa nak dapat A UPSR PMR dan sebagainya mai makan kat sini.
Jalan raya untuk sampai ke sini gelap sikit, hati-hati. Sampai di lokasi, parking depan kedai hampir penuh, tapi ada ruang sikit dapatlah menyelit. Nak parking tepi jalan macam bahaya saja sebab jalan sempit dan gelap.
Masuk kedai apa lagi pilih tempat dulu la. Tak berapa lama menu pun sampai. Isteri aku pilih. Menu masakan kat kedai nie ada kelainan sikit dari kedai-kedai tom yam lain. Menu istimewa yang tak dapat kat kedai lain seperti siakap kerabu mangga, daging goreng serai, udang salad dan banyak lagi lah.
|
Menu Berapi - menu istimewa |
Lepas buat oder, kami pun tunggulah. tunggu punya tunggu.... lama punya menunggu. Firas dengan Fatini dah mula cemuih. Mula ide nak merap menjadi. Sat nak dukung sat nak jalan sat nak teriak.
|
Bila nak sampai nieee |
Sebelum depa dua mengamuk apa lagi buat rondaan kawasan sekitar kedai la. Lambat juga oder nak sampai. Bolehlah ronda dalam dan luar kedai.
|
Signboard kat tepi jalan. |
|
Restoran Kerang Berapi A Tomyam |
Dah cemuih jalan keliling kedai baru menu datang. Yang pertama datang ialah air. Tak tau la apa kenama air nie, ada terasa bandung tapi memang sedap dan ada buah lagi kat dalam tu.
Selamat.... nasi goreng udang untuk firas sampai dulu. Dapat lah dia diam kejap. Sepinggan bahagi dua untuk si adik sikit.
|
Firas banyak... adik sikit ja. |
|
Nasi goreng udang tak pedas. Pilihan Firas. Baru boleh senyum |
Selepas tu baru hidangan lain sampai. Nie dia menu yang di pesan.
|
Daging daun bawang. Yang nie memang sedap. Daging goreng bersama daun bawang dan capsicum, terasa kebawangannya ~ wangi |
|
Tom yam seafood. Boleh tahan sedap dan kuah pun pekat. Dalam tu ada kepah, sotong, ketam. |
|
Siakap asam boi stim. Ikan besar tapi asam boi tak terasa pun, tapi bolehlah. |
Manusia yang datang boleh tahan ramai juga. Bersesak jugalah dalam kedai nie. Jadi kalau nak datang, kena datang awal sikit.
|
Jemput makan..... |
Yang terakhir datang setelah kami separuh jalan makan ialah sotong celup tepung sebagai pencuci mulut.
|
Sotong celup tepung. Lain dari yang lain. |
Keseluruhan makan kat sini boleh kata sedap dan harga pun sedikit mahal. Mungkin sedikit kesilapan semasa oder makanan, sepatutnya kena oder menu yang menjadi nama kedai nie iaitu kerang berapi. Baru tau dia punya power. Parking depan kedai pun luas dan kedai pun bersih.
Tapi yang tak bestnya hidangan lambat sampai dan kipas angin yang aku dok kira cuma ada dua saja dalam kedai yang luas nie. Rasanya kedua-dua faktor ini menjadikan restoran ini BERAPI.
Apa-apa pun terima kasih kat isteri aku belanja makan. Kedai nie terletak di Jalan Arumugam Pilai, Pokok Sena. Nak mudah tengok kat google map kat bawah. Waktu dibuka aku tak pasti sebab lupa nak interview.
No comments:
Post a Comment