Friday, June 27, 2014

Haji Umrah 2013 : Perjalanan Ke Madinah

Setelah lebih 30 hari berada di Kota Mekah dan pagi nie merupakan pagi terakhir kami disini. Selepas kami menunaikan solat subuh di Masjidil Haram dan terus malakukan tawaf selamat tinggal 7 pusingan, tawaf wada. 

Selesai tawaf, pulang terus ke Maktab tunggu bas yang akan membawa para jemaah ke Madinah. Selepas melakukan tawaf wada tak boleh lagi nak bersefie dan bersedekah, kena terus bergegas untuk keluar dari Kota Mekah.

Sebelum itu, malam sebelumnya kami telah pek semua barang didalam beg. Beg beroda dihantar dulu. Kami cuma bawa beg kecil sahaja didalam perjalanan nanti.

Kini bermulalah perjalanan lebih dari 400 KM merentasi padang pasir, batu-batan dan juga gunung ganang. Keadaan sekeliling yang kontang dan sesekali terlihat pokok-pokok apa entah yang boleh hidup kat padang pasir dan juga ladang-ladang unta.
Padang pasir kontang.
Bagaimana Rasulullah ketika merentas padang pasir ini ketika berhijrah? tidak ada kenderaan dan juga jalan raya seperti sekarang.
Tiba disuatu tempat, bas berhenti. Mungkin check point menandakan keluar dari Kota Mekah. Ada anak pak arab yang masuk kedalam bas memberi sedikit juadah, blehlah buat makan ketika lapar dalam perjalanan.
Rezeki, juadah dalam pek untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
Perjalanan diteruskan. Dikiri kanan jalan merupakan padang pasir. Sepanjang perjalanan ada beberapa tempat dijadikan tempat RnR, walau tak secantik dan secanggih kat Malaysia tapi cukuplah untuk meregangkan urat, bersolat dan makan.
bas yang kami naik

Isi perut dengan nasi arab. Nasi, Ayam dan sedikit cabai besar.

Ada juga kiosk ice blended. isteri aku beli, boleh tahan sedap.


Antara pemandangan sepanjang lalun.
Sepanjang menaiki bas nie, ada beberapa tempat yang driver berhenti untuk jemaah menunaikan hajat. Ada suatu tempat tu aku masuk ke toilet dia, air sangat sejuk. Masa tu terasa seperti nak mandi saja.

Tunaikan solat.
Semakin jauh perjalanan suasana semakin dingin, berbeza dari di Mekah. Walau matahari memancar terik tapi kedinginan tu masih terasa ditambah dengan tiupan angin yang lembut.
Bas dari berbagai nagara berhenti di RnR.


Dalam perjalanan nie, bas ada beberapa kali berhenti. Air cond pun kadang-kadang padas. Bas ada masalah sikit, enjin panas katanya. Bila berhenti saja para jemaah pun dapat turun meregangkan badan atau ke tandas. 
Bas meragam, jemaah juga turut membantu apa yang patut.

Perjalanan sapailah ke check point kedua, rasanya untuk memasuki Madinah. Kali nie pun ada juadah yang di edarkan kepada jemaah.
Alhamdulillah, rezeki.
Alhamdulillah kami dah masuk ke Kota Madinah setelah 9 jam dalam perjalanan, hari pun dah petang. Kota yang moden dengan bangunan-bangunan yang besar. Ketika bas menyusuri dicelah-celah bangunan ternampaklah menara Masjidil Nabawi di kejauhan. Tempat inilah akan menjadi tempat untuk kami beribadat dan beriktikaf pula. Tak tau nak kata apa dah.
Menara Masjid Nabawi nampak di kejauhan.

Bas berhenti dihadapan Hotel Holiday Villa Madinah. Hotel yang menjadi tempat kami berteduh ketka disini. Cuaca yang sejuk ditambah dengan angin menyambut kami. Lebih kurang seminggu kami akan berada disini dan akan ditemani cuaca yang sebegini. Sebelum ini badan dah biasa dengan cuaca panas di Mekah dan kini kena membiasakan diri dengan cuaca yang sejuk disini. Harap-harap diberi kesihatan yang baik dan dapat beribadat dengan sempurna.
Bilik dalam Hotel Holiday Villa Madinah.
Bilik di Hotel Holiday Villa Madinah mengikut standard hotel cuma ditambah katil untuk menampung jemaah yang ramai. Jadi sempitlah sedikit, pandai-pandailah susun barangan masing-masing diruang yang ada. Lihat kepada kesejukan dan juga tilam yang mabelas, terasa nak tidor saja.

Selepas susun apa yang patut, aku rehat dulu menghilangkan letih dalam perjalanan. Malam nie baru nak mula ke masjid.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...