Abraj Al Janadriyah, bangunan 15 tingkat berada bersebelahan stesen bas menjadi tempat berteduh sepanjang kami berada di Mekah. Bangunan ini menjadi tempat penginapan jemaah dan juga pada tahun ini Tabung Haji menjadikan lokasi nie sebagai Ibu Pejabat depa.
|
Abraj Al Janadriyah berwarna perang |
Jarak Masjidil Haram dengan Abraj lebih kurang 700 meter. Berjalan melintsi kawasan lapang stesyen bas. Walau nampak
jauh tapi dengan keadaan manusia yang berpusu-pusu ke masjid terasa
sebentar saja dah sampai.
Mula-mula kami rasa tempat yang kami duduk ini tak menarik dibanding dengan jemaah yang dapat tempat di sebelah Menara Jam. Maklum lah lebih meriah. Tapi bila dengar penerangan bahawa dataran sebelah Safa Marwah tempat kami berulang alik merupakan antara tempat permainan Rasulullah semasa kecil. Sebab ada rumah kelahiran Rasulullah SAW (telah dijadikan perpustakaan) di situ. Lagi pun dari sini boleh ke Masjid Haram melalui jalan yang Rasulullah selalu masuk ke masjid iaitu melalui Bab Al-Salam atau Babussalam. Bertuahnya kami.
|
Lokasi maktab Tabung Haji sekitar Masjidil Haram |
Kami berada Maktab 91, tingkat 11. Dapatlah merasa macam dok kat asrama. Setiap orang dapatlah sebuah katil bujang. Dalam bilik nie juga disediakan TV, air cond, peti ais, bilik air dan sebuah almari untuk dikongsi bersama. Pandai-pandailah kongsi dan bertolak ansur. Jadi pandai-pandailah susun bag dan sebagainya. Jangan dok merungut, kita datang nak beribadah bukan datang melancong.
|
Lokasi bilik tingkat 11 |
Aku dok sebilik 6 orang, cukup luas. Katil disusun keliling bilik, kepala bertemu kepala dan kaki bertemu kaki. Kawasan tengah jadi tempat bersantap. Kebanyakan bilik pasangan lelaki
dan perempuan berada ditinggkat yang sama. Kadang-kadang bilik bersebelahan saja. Mudahlah kalau ada apa-apa urusan.
|
Ahli bilik 1169 |
Kat Abraj Al Janadiriyyah nie Tabung Haji letakkan beberapa buah maktab antaranya Maktab 90, 91 dan 97. Setiap maktab nie berada di tingkat yang berlainan. Untuk memudahkan jemaah, lif-lif yang ada kat sini juga dibahagikan mengikut maktab ketingkat-tingkat tertentu. Jadi taklah jadi sebok.
Masa yang sebok sekali kat lif ialah waktu selepas solat fardu. Para jemaah baru balik dari Masjid. Penuh para jemaah kat lobi. Masa nielah jemaah kena bersabar. Ada juga jemaah yang ikut suka hati saja masuk lif, potong Q. Apa-apa pun kena bersabar.
|
Sabar menunggu lif. |
Ketika solat fardu ada juga jemaah yang mengerjakan solat di Maktab sahaja. Boleh kata setiap tingkat ada yang melakukan solat fardu berjemaah. Harap kepada yang tak mempunyai keuzuran dapat melakukan solat di Masjid, bukan semua orang dapat datang sini menjadi Tetamu Allah. Lobi setiap maktab nie juga dijadikan tempat taklimat dan ceramah.
|
Berjemaah di lobi tingkat 11. |
Makan jangan risau. TH bagi makan 2 kali sehari, tengahari dan malam. Makanan di di pak dalam bekas aluminium. Disediakan nasi, lauk, sayur, buah dan air botol. Setiap hari lauk yang berbeza, ada ayam, ikan dan sotong. Yang syoknya kat sini nasi jenis panjang.
|
Beratur mengambil makanan. |
Ketika mengambil makanan yang disediakan oleh TH nie kalau boleh ambil untuk diri sendiri saja kecuali ada rakan-rakan yang pesan. Kadang-kadang kita ingin buat kebajikan dengan mengambil makanan nie dua tiga pek untuk diberi kepada rakan sebilik dan rakan-rakan lain pun beranggapan begitu juga. Mereka pun ambil dua tiga pek. Maka dalam bilik akan berlambak dengan makanan, sedangkan makanan itu untuk jemaah lain juga. Selepas itu tak dipulangkan balik ke kaunter. Jangan dok buat macam nie, kesian kat jemaah lain dan juga berlaku pembaziran.
|
Nak makan dalam bilik boleh, nak makan kat depan bilik pun boleh. |
|
nie la bentuk bekas nasi yang TH bagi ~ ambil dari blog laporanhaji.blogspot.com |
|
Beras panjang ooooo |
Maklumat-maklumat terkini dari TH bolehlah jenguk kat papan kenyataan, jadi rajin-rajin lah tengok. Ada maklumat-maklumat yang nak disampaikan seperti waktu solat, jadual bertolak, taklimat, ceramah dan maklumat-maklumat lain.
|
Antara maklumat yang di tampal ~ cara top up sim card Mobily. |
Alhamdulillah Abraj Al Janadiriyyah nie dijadikan sebagai Ibu Pajabat Tabung Haji jadi banyaklah kemudahan yang di sediakan. Kami tak perlulah jalan jauh untuk dapatkan perkhidmatan dari TH. Antara perkhidmatan yang diberi ialah:
- Kaunter Kewangan TH. Bolehlah keluarkan duit kat sini. Tak perlu bawa buku akaun TH cuma guna kad nama yang diberi sahaja. Yang aku dok perahatikan kadar pertukaran matawang kat kaunter Tabung
Haji nie lebih tinggi berbanding pertukaran kat penggurup wang di
Malaysia. Jadi kepada jemaah yang nak datang nanti tak perlulah tukar
wang Arab banyak-banyak. Tukar sekadar nak guna semasa sampai sahaja dan
kalau boleh dapatkan duit-duit kecil. Bawa kad nama jemaah saja untuk keluarkan duit, tak perlu guna buku.
- Kaunter Bimbingan dan Nasihat. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah atau persoalan tentang ibadat haji seperti larangan dan dam bolehlah bertanya disini. Disediakan ustaz dan Ustazah yang akan melayan para jemaah.
- Klinik dan Farmasi. Kalau ada apa-apa masalah kesihatan boleh berjumpa dengan doktor disini.
- Kefeteria. Di tingkat bawah disediakan sebuah kafe yang menyediakan makanan dan minuman. Bolehlah pekena roti canai, ketayap, teh tarik dan sebagainya. Jangan banding rasanya dengan di Malaysia. Janji makan.
- Kaunter Pos. Dah beli barang mungkin banyak, kalau nak bawa semasa balik mungkin susah jadi Pos Malaysia menyediakan satu kaunter untuk menguruskan penghantaran barangan ke Malaysia.
Kemudahan lain yang ada seperti booth jualan seperti kitab,
kurma, jubah, minyak wangi dan kaunter dobi pun ada.
Diluar Abraj nie, tak jauh pun cuma di kiri kanan pintu masuk dan hadapan abraj saja dah tersedia berbagai kedai. Bolehlah dapatkan barangan keperluan seperti sabun, berus, tali, baldi, pakaian, makanan, roti, kedai dobi, jubah dan macam-macam lagi.
|
Kedai-kedai menjual berbagai barangan keperluan boleh didapati di luar pintu masuk Abraj Al Janadriyah |
Selain dari kedai, ramai juga mengambil kesempatan berniaga di kaki lima Abraj dan juga pingir jalan dengan menghamparkan kain saja. Jika waktu pagi, ramai warga indon yang menjual makanan melayu seperti nasi lemak, ketayap, apom dan sebagainya. Walau rasa tak berapa sama seperti di Malaysia tapi OKlah. Waktu petang boleh jumpa orang yang jual pakaian, barang kemas dan sebagainya.
|
Makanan, barang kemas, jubah juga di jual. |
Kat Abraj nie soket elektrik lain dari kat Malaysia. Jadi kena bawak universal travel adapter untuk disesuaikan dengan alatan yang kita bawa. Tahun yang aku pi nie TH bagi universal adapter, selamattt. Bilangan soket yang disediakan dalam setiap bilik pun terhad untuk dikongsi. Kalau tak silap soket yang free cuma satu saja. Soket yang lain untuk peti ais dan ceret letrik. Nak mudah bawa extention soket boleh kongsi ramai-ramai.
|
Contoh soket elektrik kat Abraj. |
Harga dobi kat sini boleh kata mahal maklumlah kawasan tumpuan manusia dan juga penggunaan air. Nak murah basuh sendiri. Beli saja sabun basuh dan baldi kat kedai runcit kat bawah, basuh kat bilik air dan naik ketingkat atas dan jemuq. Dalam masa dua jam saja boleh kering. Kat atas bumbung abraj menjadi lokasi tempat sidai baju para jemaah.
|
Pandai-pandailah tarik tali buat penyidai. |
Masa aku sampai sini, tali untuk sidai baju memang dah banyak ditarik oleh jemah-jemaah lain. Bolehlah guna apa yang ada atau pun rentang tali baru. Mana tau kita meyusahkan jemaah lain ketika menggunakan tali depa. Masa rentang tu niatlah apa yang kita buat tu sebagai wakaf, dapat juga pahala jika ada yang menggunkannya.
Ada juga jemaah yang telah mewartakan tali depa nie. Diletakkan notis peringatan tali yang disediakan untuk golongan tertentu sahaja. Tak pa lah itu hak depa, jangan dok pi kacau.
Sebut mengenai bilik air, bila diingat balik seronok juga. Kat Malaysia kita pasang water heater untuk panaskan air. Kat sini dari siang hingga malam air paip sentiasa panas, tak perlu water heater. Kalau mandi pun tak boleh lama-lama.
Dalam bangunan Abraj nie juga ada pekerja-pekerja dari negara luar seperti Bangladesh, bekerja sebagai tukang cuci. Depa nie juga jual top up dan sim card handphone sebagai pendapatan sampingan. Bolehlah beli top up kat pekerja nie disamping bersedekah. Gaji depa nie pun bukannya banyak sangat. Lagi pun bersedekah di Mekah nie ganjarannya besar.
Inilah serba sedikit perihal maktab yang aku duduk yang telah disediakan oleh Tabung Haji. Memang terbaik. Jika ada kekurangan anggaplah semua itu dugaan di Tanah Suci dan kita datang untuk beribadat, bukan datang menikmati layanan hotel.
Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:
1.
Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7.
Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8.
Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9.
Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10.
Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11.
Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12.
Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16.
Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17.
Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18.
Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19.
Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24.
Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25.
Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26.
Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27.
Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28.
Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang
Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah
dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk
berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut.
Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan
Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan
dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi
teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.
Haji dan Umrah 2013 / 1434H KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah