Update - 9hb Oktober 2017 :
Dalam rancangan Majalah3 ada siar cerita Sup Torpedo maka ramai yang cari Restoran Sup Hameed. Ramai yang singgah disini. Untuk makluman Restoran Sup Hameed di Kepala Batas Penang dah di
TUTUP.
Restoran Sup Hameed di Georgetown tetap dibuka. Klik
sini.
~~~~~~***~~~~~~
Walau bersepah restoran Nasi Kandar kat Kepala Batas nie, rasanya aku pernah update satu gerai saja. Entah pasai pa, rasa macam tak menarik.
Tapi kali nie aku nak update satu lagi restoran nasi kandar terbaru dibuka kat Bertam. Apa yang istimewa nasi kandar nie? Istimewanya ialah ia merupakan cawangan nasi kandar yang femes kat Penang terutama hidangan sup. Nie dia Restoran Sup Hameed, dibuka dekat Sunshine Pusat Bandar Bertam Perdana.
|
Restoran Sup Hameed Kepala Batas. |
Apa yang ada kat sini? Dah nama pun restoran SUP maka macam-macam sup yang ada. Tengok menu kat
bawah, sikit punya panjang menu sup. Tapi tak pastilah pulak yang dia
senarai tu ada ka tak. Kadang-kadang senarai macam nak rak tapi tak ada.
Kami selalu oder cuma sup kambing, urat dan daging saja.
Kami selalu makan kat sini waktu malam, jadi sup cicah roti menjadi menu utama. Selain tu ada lah mee goreng, mee rebus, nasi goreng, roti canai dan macam-macam lagilah. Takkan nak hirup sup ja kan. Gambar kat bawah bukan sekali aku datang tapi entah berapa kali datang ~ bukan jin. Layanzzzz...
|
Sup cicah roti dengan dua keping roti benggali. Roti dia potong nipis sangat~ jimat kot. |
|
Sup urat campur kambing ~ aku punya feberet. Rasa memang terbaik. |
|
Mee goreng mamak. Rasa kadang-kadang sedap, kadang-kadang ada sedikit kurang. |
|
Pasembur yang syoknya ada cucuq rapuh. |
|
Roti canai telur. Roti biasa saja tapi kuah dia yang menarik. |
|
Set roti nan dengan ayam tandori. Roti nan terlampau garing kurang menarik dan juga kuah pencicah rasa macam ada yang tak kena. |
Aku tak berapa berkenan la nie kat kedai-kedai nasi kandar, adalah sebabnya. Tapi restoran nie aku boleh makan lepas interview pekerja dia dan dia punya tokey (rasanya kot sebab dia dok kira duit) dan dapat maklumat kat sini tak guna pekerja non-muslim. Rasa yakin nak makan.
|
Selfie kejap. |
Apa yang menarik Sup Hameed nie ialah supnya dimasak di HQ kat Penang Road dan dibawa ke Bertam. Menurut tokey kedai, sup nie kena masak banyak-banyak baru rasa tak lari sebab tu dimasak kat HQ. Jadi nak makan sup jangan datang awal sangat, menurutnya hidangan sup mula jam 3 petang keatas.
|
Bawak bapak, mama dengan adik aku mai makan kat sini. |
|
Nie adik beradik belah isteri aku pulak ~ anak-anak ja, mak bapak duduk meja lain, ramai. |
Hidangan lain, waktu pagi sampai malam biasalah roti canai, roti nan, mee goreng, rebus, pasembur, nasi goreng, nasi kandar dan macm-macam lagilah. Nasi kandar dan lain-lain menu dimasak kat kedai nie juga. Tak pernah rasa lagi nasi kandar kat sini.
|
Stall sup. |
Restoran Sup Hameed nie dibuka setiap hari dari pagi hingga malam. Lokasi bersebelahan LHDN Kepala Batas lihat google map kat bawah.
No comments:
Post a Comment