Tuesday, April 22, 2014

Haji Umrah 2013 : Makah 2

Hari kedua berada di Mekah. Setelah berehat di maktab betulkan lenguh sana sini baru mulakan rutin harian dan tujuan utama ke Mekah disamping melihat suasana di sini.

Hari nie mutawif dah tak ada tapi rasa yakin untuk ke masjid berpandukan tunjuk arah mutawif semalam dan juga kursus yang dihadiri. Hari nie dimulai dengan ke Masjidil Haram untuk solat subuh. Tak perlu risau suasana luar, cerah dangan lampu dan juga ramai dengan jemaah yang pergi ke masjid. Semua nak pakat kumpul seratus ribu kali ganda pahala mengerjakan ibadat di tanah suci Makkah.

walau samapi awal tapi jemaah dah ramai menanti solat subuh.

Jemaah dari berbagai negara menerjakan ibadat. Di Makkah tak ada waktu haram untuk beribadat dan bersolat sunat. Buatlah semaksimum mungkin.


Pintu apa entah, dah lupa.

Keluar dari Masjidil haram, saja nak lihat Menara Jam Diraja Makkah "Makkah Royal Clock Tower".




Perut dah lapar, bawah bangunan berdekatan Menara jam terdapat berbagai kiosk. Macam-macam makanan ada.

Entah apa nama roti nie tapi kebanyakan kedai ada jual rasa macam kek dan ais krim.

Peniaga mengambil peluang berniaga di atas jalan raya diantara bangunan di situ.

Dok kami lepak-lepak kat situ tetiba kebanyakan peniaga di situ bungkus barang dan lari. Dengarnya ada polis datang.

Masih lagi tak biasa dengan jalan-jalan disekitar Masjidil Haram. Kami mengambil jalan yang sama untuk balik ke maktab.

Jalan balik melalui kawasan sa'i.

Keluar dari kawasan sa'i terus ke dataran stasen bas untuk ke Maktab. Abraj Janadriyah yang berwarna cokelat tu.

Ada sebuah kedai dobi bertentangan dengan maktab. Senanglah nak mendobi.




Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...