Wednesday, April 30, 2014

Haji Umrah 2013 : Menghampiri Wukuf

Ketika menghampiri hari wukuf, bilangan jemaah yang berada di Masjidil Haram makin bertambah. Bas-bas yang menghantar jemaah ke Masjidil Haram pun makin banyak. Jemaah-jemaah yang naik bas nie kebanyakannya tinggal jauh dari masjid. Rakyat Malaysia beruntung sebab Tabung Haji dapat menyediakan tempat penginapan yang boleh kata dekat dan boleh jalan kaki saja.


Masjidil Haram waktu malam diambil dari atas Abraj Janadriyah

Masjidil Haram waktu siang. Kelihatan deretan bas membawa jemaah.


Bas-bas menghantar jemaah ketika waktu pagi.

Bas-bas ini akan menghantar jemaah yang tinggal jauh setiap pagi dan mengambil semula jemaah waktu malam selepas isyak.
Semakin ramai jemaah yang datang dan seluruh pelosok dunia. Suasana sekitar Masjidil Haram bertambah meriah dengan berbagai gelagat. Ketika ini jemaah yang nak datang sembahyang dalam Masjidil Haram kena datang awal. Pengawal akan tutup pintu masjid kadang-kadang sejam sebelum masuk waktu sembahyang bagi mengawal kepadatan jemaah yang ada dalam tu. Kalau lambat bolehlah sembahyang kat dataran sekitar masjid. Kalau solat Asar dengan Zohor kat luar masjid boleh tahan la panas.
Jemaah yang datang dengan bas dan juga yang tinggal berhampiran menuju ke Masjidil Haram.

Menyahut panggilan menjadi tetamu-Nya.

Tetiba polis tahan suruh turun, penuh sangat.

Bendera menjadi panduan kepada kumpulan-kumpulan jemaah tertentu supaya tak tersesat.

Yang datang semua saudara.

Jemaah pulang dari Masjid selepas isyak. Kadang-kadang ada jemah yang kalut keluar dari masjid untuk mengejar bas.
Ketika ini bolehlah lihat kain-kain ihram yang di jemur disekitar Masjid dan juga bukit-bukit berhampiran.

Jemaah semakin betambah dan semakin ramai yang mengerjakan umrah. Lihat kat bukit belakang tu, kain-kain ihram disidai disitu. Cuaca yang panas sekejap saja kain ihram kering.

Dalam cuaca yang panas aku tengok depa nie selamba ja panjat dan sidai kain ihram kat atas bukit tu.

Ada juga yang sidai kain ihram kat sekitar Masjid.
Alhamdulillah jemaah Malaysia sangat beruntung. Dahlah dapat tempat menginap yang dekat dengan Masjid, dapat juga basuh pakaian dan sidai atas Maktab.


Jemaah Malaysia beruntung dapat sidai kain kat atas bumbung Maktab. Sidai 2 jam sudah kering.

Kat sini motor nie amat femes. Suzuki AX100.

Pemandangan yang biasa kat sini jemaah-jemaah mungkin dari belah-belah Pakistan dan India dengan selamber makan kat tempat-tempat lapang. Macam berkelah pulak.


seronok tengok depa makan dengan kawan-kawan.


Bila pulang dari masjid jangan lupa bawa balik benda yang tak dapat kat mana-mana di dunia, air Zam Zam. Kalau kat masjid bolehlah minium dari paip kat situ jadi bila balik ada yang tadah dalam tong bawa balik. Boleh kata sepanjang berada kat sana air nie ja diminum.



Setelah lebih dua minggu berada di Makah tibalah masanya untuk berwukuf di padang Arafah. Tungguuuu... lepas nie kita ke Arafah pulak.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...