Kali ini aku ditemani oleh Muhammad Ammar dengan Ahmad Firas, Siti Sarah pula datang juga ke sekolah tapi untuk buat gotong royong kat perpustkaan.
Oklah majlis dimulai dengan bacaan Doa oleh Ustaz Adly dan diikuti ucapan YDP PIBG Tn Hj Abd Latif Saidin. Beliau memberitahu bahawa SKBP mendapat tempat ke 2 dalam pencapaian UPSR 2013 bagi parlimen Kepala Batas.
Beliau juga memberitahu bahawa kutipan PIBG tidak dapat dilakukan lagi disebabkan ada aduan yang dibuat ke peringkat Kementerian. Oleh itu mesyuarat PIBG kali nie akan memutuskan tentang kutipan ini.
Selesai saja YDP PIBG berucap, Guru Besar (GB) Tn Hj Ahmad Baker Othman pula ambil alih. Dibawah aku tulis sedikit sebanyak dari ucapan GB yang aku paham.
Menurut beliau, dibawah program LINUS pelajar-pelajar perlu menguasai BM, BI dan math mengikut tahun pengajian supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika naik kelas.
GB juga menggalakkan murid-murid membaca buku sekurang-kurangnya 60 buah buku dari tahun 1 hingga tahun 6 di bawah program NILAM. Oleh itu digalakkan disediakan 40 buah buku setiap kelas untuk menggalakkan pelajar membaca.
Untuk memantapkan penggunaan bahasa inggeris disarankan juga pelajar untuk menghafal perkataan-perkataan supaya menambahkan bilangan perbendaharaan kata bagi memudahkan pembinaan ayat dan juga mengarang.
Ibu bapa diminta membetuk sikap anak-anak yang baik untuk berjaya dan juga mendidik mereka menjaga kebersihan di sekolah dan juga dirumah. Untuk memantapkan akhlak yang mulia GB juga berharap murid tahun 4 hingga 6 dapat mengerjakan solat secara istiqamah.
GB juga mengharapkan penglibatan ibu bapa membantu pelajar untuk mencapai kejayaan melalui program Sarana Ibu Bapa. Diharap juga Ibu bapa yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dapat meghulur bantuan kepada sekolah dalam bidang-bidang tertentu seperti menjadi jurulatih sukan seperti bola sepak, pidato dan sebagainya melalui program KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa).
Inilah sedikit sebanyakk yang diucapkan oleh GB. Kalau ikutkan banyak lagi tapi aku yang tak sempat catit dan apa yang aku tulis nie pun mengikut kefahaman aku saja.
Dan acara kemuncak perasmian dilaksanakan oleh En Prius Che Man mewakili YB Reezal Merican yang tak dapat hadir. Beliau menyarankan kerjasama ibu bapa dan guru untuk meningkatkan kejayaan sekolah. Segala saranan atau permohonan sekolah akan di majukan kepada YB.
Majlis diserikan dengan beberapa cabutan bertuah. Alhamdulillah nombor kat buku M Ammar naik. |
Selesai saja perasmian majlis rehat seketika. Ibu bapa disediakan sarapan pagi untuk beri tenaga bagi mengikuti agenda utama iaitu Mesyuarat Agung PIBG.
Macam biasalah bila AGM dimulai dengan mengesahkan minit mesuarat yang lalu, membentang dan menerima laporan tahunan dan penyata kewangan PIBG 2013. Seterusnya pembahasan usul.
Kali ini ada penambahbaikan dimana setiap usul yang dicadangkan oleh ibu bapa telah dimasukkan dalam buku Mesyuarat Agung. Usul-usul yang di berikan telah di bahagikan kepada dua iaitu USUL YANG DITERIMA SEBAGI USUL dan USUL YANG DITERIMA SEBAGAI CADANGAN. Usul yang diterima sebagai usul merupakan usul ibu bapa dan guru yang akan dibahaskan manakala usul yang diterima sebagai cadangan merupakan usul yang tak boleh dibahaskan sebab melibatkan pentadbiran sekolah.
Dari buku aturcara didapati ada lima orang ibu bapa dan guru yang membuat sejumlah lapan usul untuk dibahaskan tetapi sayang tiga orang tidak hadir. Oleh itu hanya dua usul oleh dua ibu bapa dan guru sahaja. Enam usul lagi tak dibahaskan ~ bagi pendapat aku usul tu menarik dan dapat memberi banyak faedah kepada sekolah, tapi sayang apa nak buat pengusul tak datang.
Usul pertama iaitu penurunan sumbangan PIBG diturunkan ke RM 30 sahaja. Adalah pro dan kon dengan usul ini tetapi keputusan tidak diambil lagi sebab dalam aturcara majlis akan dibahas selepas ini.
Usul kedua memohon supaya waris tahun enam dan sesiapa saja untuk memberi sumbangan dana untuk aktyiviti khas tahun enam disamping sumbangan yang telah diberikan oleh PIBG. Usul ini diluluskan dan dan jumlahnya akan dinyatakan kemudian.
Dalam dok bahaskan usul terkeluar satu usul secara tak sengaja iaitu isu beg sekolah terlampau berat. Disarankan supaya pelajar membawa buku mengikut jadual dan tak perlulah bawa semua. Lalu ada seorang ibu memberi pandangan yang rasa aku cukup bernas. Beliau berkata pelajar dah mengikut jadual tetapi masih berat. Ini disebabkan ada mata pelajaran yang mempunyai lebih dari satu buku dan terpaksa membawa semua sekali. Oleh itu beliau sarankan supaya cikgu tetapkan buku apa yang nak di gunakan. Dijawab cikgu akan terbeban dengan penambahan tugasan baru untuk menentukan buku-buku tersebut.
Aku juga ada bertanya anak aku mengenai perkara ini, dia jawab kena bawak semua sebab tak pasti cikgu nak guna yang mana. Pernah tanya juga kepada kawan-kawan yang anak mereka kat sekolah lain dan mendapat jawapan macam tu juga.
Selepas usul diatas dibahaskan, dilakukan perbincangan penetapan sumbangan PIBG tahun 2014. Gedebak gedebuk dibahaskan dan dipendekkan cerita sumbangan ditetapkan sebanyak RM50.00. Insyallah apa yang disumbangkan akan kembali kepada kemajuan sekolah dan peningkatan anak-anak kita.
Akhir sekali pembubaran AJK PIBG 2013/2014 dilakukan dan pemilihan AJK 2014/2015. Kali ini PIBG SK Bertam Perdana mendapat YDP baru iaitu Ustaz Ahmad Jailani bersama beberapa AJKnya. Seterusnya ucapan penangguhan oleh YDP PIBG yang baru. Majlis TAMMAT.
Terima kasih kepada YDP PIBG bersama barisan AJK 2013/2014 yang lepas diatas usaha tuan-tuan membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan diharap barisan AJK PIBG 2014/2015 yang baru akan meneruskan kecemerlangan dan memberi sumbangan yang terbaik kepada sekolah dan juga pelajarnya. Terima kasih kepada guru-guru yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk memajukan pelajar dari segi pelajaran dan juga kokurikulum terutama kepada anak-anak kami.
No comments:
Post a Comment