Saturday, April 19, 2014

Haji Umrah 2013 : Mekah 1

Tanggal 26hb September malam, bermulalah perjalanan. Sebelum turun semua beg dan barangan yang akan dibawa kesana dimasukkan kedalam kereta siap-siap. Nanti bila nak turun taklah terkalut-kalut angkat beg.

Turun dari rumah. Taktaulah macam mana perasasn ketika itu. Ketika turun bapak aku baca doa dan diikuti dengan azan dilaungkan oleh jiran kami En Yusri.
Azan ketika turun dari rumah.

Tak taulah masa tu macam-macam perasaan dok mai, nie bukan sama dengan perjalanan pi melancong biasa tapi perjalanan menjadi Tetamu Allah. Tak tau apa nak kata, orang putih cakap speechless.

Kami di bawa ke Komplek Tabung Haji Bayan lepas oleh abang dan abang ipar aku. Sampai disana, Tabung Haji sediakan beberapa khemah untuk rombongan yang menghantar berteduh. Lepas itu kami pun mendaftar untuk bermalam di Hotel TH bersama jemaah-jemaah lain. Kami ambil satu bilik tambahan untuk anak-anak ditemani abang ipar dan kak ipar. Bermalam semalam sementara menunggu perjalanan esok pagi.

Pemandangan dataran hadapan Tabung Haji Bayan Lepas dari atas Hotel TH. Khemah disediakan untuk saudara mara yang hantar jemaah berhimpun.

Dah bersedia untuk perjalanan yang jauh. Kami cuma bawa beg sandang dengan beg kecik saja. Beg yang besar dah ditinggalkan kat kaunter TH.
Pagi 27hb September bermulalah perjalanan dari Tabung Haji ke Mekah. Para jemaah di panggil berperingkat-peringkat untuk turun ke lobi dan diberi taklimat sebelum ke Lapanga Terbang.
Name tag jemaah dilekatkan dengan maklumat kapal terbang dan tempat tinggal di Makkah. Kami naik kapal terbang MAS KT50 dan dok kat Abraj Janadriyah Maktab 91 tingkat 11. Tulis bagi jelas mungkin ada yang sama naik ngan aku baca.

Semakin berdebar, jemaah meniki bas dari Komplek Tabung Haji ke lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Hujan rintik-rintik mengiringi kami. semakin berdebar. Nie bukan perjalan yang biasa atau makan angin. Berbagai cerita boleh merungsingkan.

Beg sandang TH bagi. Beg nie boleh kata melekat kat badan sepanjang perjalanan. Letaklah barang kecil seperti ubat, buku kesihatan, pasport sedikit wang arab dan lain-lain.

Ruang menunggu lapangan terbang. Tunggu kapalterbang datang.

Alhamdulliah dah masuk keperut kapal terbang. Pramugari pun semua bertudung.

Selamat tinggal Pulau Pinang

Makanan disediakan memang sedap. Kat rumah tak lalu tapi kat sini roti calit dengan majerin pun sedap... clearrr. Sebelum sampai ke Jeddah rasanya diberi tiga kali makan kot ~ tak ingat dah. Yang pasti perut sentiasa kenyang.

Nie dia yang menarik, diberikan Tiger Balm dan Minyak Cap kapak. Bolehlah guna kalau rasa meloya atau pening. Kalau perjalanan biasa benda nie depa bagi ka??


Dah sampai ke Lapangan Terbang Jeddah. Kat sini ada pekerja Am dari Indon dok tawar SIM card talipon kat Makkah. Harga boleh kata murah. Tapi sapa pi Kursus Haji Perdana, TH dah bagi SIM card Mobily tapi cara guna tak tau. Bila ditanya kat pekerja Indon tu cara guna SIM card yang TH bagi kebanyakan depa kata tak tau atau mungkin depa nak juai SIM card depa. Ramai yang beli maklumlah nak talipon sanak saudara bagi tau dah samapi.

Selepas tu semua jemaah dibawa untuk mengambil bagasi masing-masing. Ketika barangan dibawa keluar ada ramai pekerja Am yang datang membantu angkat beg ke atas troli. Mula-mula ingat percuma atau dalam pekej tetapi lepas di angkat beg ke atas troli dan serah kat kita depa minta tip. Jadi sebelum datang ke sini diharap jemaah dapat menukar sedikit wang Arab Saudi dan sebolehnya dapatkan wang kecil untuk memudahkan jika berlaku seoperti ini. Apa yang berlaku anggaplah sebagai sedekah.

Selesai urusan imegresen kami dibawa menaiki bas kedsetinasi yang membuat kami bertambah gementar, Makkah.

Program yang di aturkan oelh TH kepada jamaah Maktab 50. Ada berbagai aktiviti seperti tarikh ceramah, tarikh wukuf dan lain-lain.

Pagi pertama di Makkah. Umrah Wajib atau tawaf selamt datang. Pihak TH menyediakan mutawif memberi panduan ke Masjidil Haram

Dihadapan sana Masjidil Haram. Rasnya lebih kurang 800 meter juga nak sampai.

Mutawif tempatan membawa kami mengerjakan umrah dan tawaf selamat datang. Setiap Jemaah Maktab 50 yang baru sampai diberikan kalung pengenalan yang sama untuk mudah kenal.

Dihadapan pintu untuk memasuki Masjidil Haram. Mutawif jalan cepat sangat. Kami dah tak nampak dia, cuma ikut jemaah yang pakai kalung sama dengan kami saja. Alhamdulillah dengan panduan dan latihan yang diberikan dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh TH dapat kami selesaikan umrah wajib kami.

Sehingga pintu ini kamera ditutup dan sepenuh perhatian ditumpaukan mengerjakan umarah wajib. Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil Haram dan melihat Kaabah yang selama nie menjadi arah kiblat, tak tau nak akata apa.

Alhamdullillah, dah selesai bercukur. Dekat Masjidil Haram ada satu komplek yang menempatkan banyak kedai gunting. Harga boleh tahan la tapi tak sama satu kedai dengan kedai yang lain dan boleh tawar menawar. Tak perlulah berlebihan menawar, kita mai beribadah, yang lebih tu anggap saja sebagai sedekah.

Perjalanan balik melalui datran yang banyak burung merpati.

Ada banyak kedai sebelum sampai ke penginapan, Abraj Janadriyah. Boleh la beli apa yang patut.

Kami dok kat tinggakt 11, keluar saja lif dah ada kaunter nak ambil makanan tengahari. Makan tray saja, tapi alhamdulillah sedap. Dalam tray ada nasi, sayur dan lauk dan diberi buah dan air botol setiap kali makan.

Waktu sembahyang

Berakhirlah hari pertama di Makkah. Hari nie selepas mengerjakan umrah wajib kami balik ke Maktab untuk berehat. Badan pun terasa letih maklumlah perjalanan yang jauh dan juga kesan jet lag. Perbezaan masa lebih kurang 6 jam. Kat Makkah aku muda 6 jam. Nanti sambung siri seterusnya.



Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...