Royal Belum - Tasik Temenggor : Perjalanan dari Penang

Oleh kerana COVID-19 bermaharaja lela maka aku mengambil keputusan untuk berada dalam hutan buat sementara waktu. 😁😁😁 Semua tu cari pasai. Ini cerita tahun lepas. Program persatuan tempat kerja.

Kali ini tak nak lihat bangunan-bangunan dan kereta. Nak lihat hijau pula. Program 2 hari 1 malam ke Hutan Royal Belum. 

Perjalanan bermula dengan berkumpul di Masjid Al Malik Khalid USM seawal 6.30 pagi. Sebelum bertolak beberapa persiapan telah dibuat seperti pakaian untuk aktiviti seperti t shirt dan seluar trek atau apa apa yang selesa dan juga kasut sebab ada aktiviti air, mendaki sedikit dan meredah hutan.

Sebuah bas telah ditempah untuk aktiviti ini untuk lebih kurang 25 orang peserta. Hampir jam 7 pagi perjalanan bermula. Semua berjalan lancar. Apabila sampai sahaja di Gerik tiba-tiba sebuah Kereta Peronda JPJ tahan. Apa kebenda lah pulak. Berhenti tepi jalan, driver bas dan pegawai JPJ sembang, lepas tu kena ikut ke pejabat JPJ Bandariang.
JPJ Bendaring, bas di tahan.

Disini baru tahu ada beberapa benda yang terlepas pandang kerana syarikat bas sewakan bersama pemandu yang lesen tamat tempoh. Pujukabang JPJ bagi driver hantar kami dulu tapi tak layan. Jadi tunggu syarikat hantar pemandu lain, baru boleh teruskan perjalanan. Jadi sebagai ingatan ketika berurusan dengan syarikat bas pastikan mereka hantar bas dan driver yang cukup syarat. Lewat lah sikit nak sampai sebab kena tunggu driver ganti.
Semua urusan selesai perjalanan diteruskan semula. Dalam jam 11 pagi, Alhamdulillah kami sampai di Jeti Awam Royal Belum atau Jeti Tasik Banding. Untuk makluman memasuki hutan simpan Royal Belum ini perlu dapatkan permit dan dikenakan sedikit bayaran. Oleh kerana ambil pekej bersama house boat, bayaran permit ini telah dimasukkan sekali. Tak payah pening-pening isi borang.
Pintu masuk Jeti Awam Tasik Bnading.

Pemandangan dari atas jeti, kelihatan beberapa house boat berada ditepi tasik.
Oklah punggah barang yang hendak dibawa ke jeti. House boat pon dah sedia menunggu. Pakat-pakat turun ke bot. Macam manarik saja bot ni. 
Dari jeti kena turun kebawah untuk ke bot.



Inilah bot yang akan membawa kami menjelajah Tasik Temenggor.
Dari atas jeti kelihatan beberapa house boat. Ada yang satu tingkat ada yang dua tingkat, yang tiga tingkat tak nampak lagi. Bot kami satu tingkat sahaja bersesuaian dengan jumlah peserta. Bot ini ada satu ruang untuk lepak-lepak atau utnuk aktiviti, 4 bilik tidur dengan beberapa katil dalam setiap bilik beserta kipas angin, 2 bilik air dan tandas kongsi dan dapur.


Salah satu bilik tidur

Jamban atau tandas. Masuk pi lah dalam sini buat kenangan.

Bilik air.

Dapur, walau sederhana tapi lengkap.

Oklah sampai sahaja masukkan barang dalam bilik. Diluar nasi lemak bungkus dah tersedia. Makan bagi kenyang dulu sambil bot mula perjalanan. Masa ini hantar dulu apa-apa pesanan talifon seperti wasap dan FB sebab selepas berlayar jauh talian hayat talifon dan data dah tak ada. Bye bye dunia luar.
Selfie dulu. Dekat jeti line talifon ada lagi.

Makan nasi lemak dulu buat alas perut.


Semetara berlayar bos kami beri sedikit kata dan selepas itu semua memperkenalkan diri, bukan tak kenal tetapi ingin lebih mengenali diluar suasana kerja.
Sedikit ucapan dari Bos.

Ice breaking.

Tokey bot pun bagi ucapan juga. Penerangan mengenai bot dan juga maklumat Hutan Belum.

Tokey House Bot pun selepas itu memberi sedikit penerangan mengenai Royal Belum ini. Ramai yang tak tahu Hutan Belum ini sangat luas dikatakan seluas 4 kali Singapura dan hutan ini berusia 130 juta tahun. Nantilah aku tulis sedikit mengenai hutan ini di lain entry.
Peta Huatn Belum yang berusia 130 juta tahun seluas empat kali Singapura.

Semasa bot berlayar membelah Tasik Temenggor, bolehlah layan keindahan Tasik Temunggor dengan kiri kanan hutan berusia 130 juta tahun. Sepanjang perjalanan masih dapat dilihat ada lagi tunggul-tunggul pokok tinggalan dari proses mengempang ar untuk membentuk Empangan Temenggor.
House boat ini di tolak oleh bot ini sebab enjin asal house boat rosak.







Hause boat dua tingkat. Kalau peserta ramai boleh booking yang ini.



Nikmailah keindahan ciptaan Allah.


Dalam 2 jam perjalanan bot rapat ketebing. Ada beberapa batang pokok mati tinggalan dari projek empangan manjadi tempat penambat bot supaya tak hanyut. Berhenti kami di suatu lokasi yang aku pun tak tahu dimana. Setiap pengusaha bot tahu lokasi-lokasi tempat berlabug bot mereka.


Proses melabuhkan bot. Bot diikat ke tunggul-tunggul pokok mati di tebing tasik.

Selepas bot ditambat dan sebelum apa-apa aktiviti di mulakan kita makan dulu. Sungguh berselera makan sambil tengok keindahan alam. Makanan disediakan oleh pihak house boat dan top up sikit dengan bekalan yang kami bawa. Boleh saja masak di dapur mereka.
Yang aku ingat ayam pandan dibawa oleh kami.


Alhamdulillah berselera sungguh makan atas bot. Ala-ala nelayan gitu.

Oklah kita sambung cerita sedikit sejarah Royal Belum dan terjadinya tasik disini.

[ Pautan Jalan-jalan Menjelajah Royal Belum pada 15hb dan 16hb Februari 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Royal Belum - Tasik Temenggor : Perjalanan dari Penang
2. Royal Belum - Tasik Temenggor : Masyarakat Orang Asli dan Air Terjun Sungai Kooi.
3. Royal Belum - Tasik Temenggor : Santuari Kelah dan Bunga Rafflesia


Perutusan PM Hari Pekerja - COVID-19

Sekali lagi perutusan oleh kita punya PM sempena Hari Pekerja 2020. Kali ini mungkin  mengembirakan banyak sektor awam dan swasta sebab telah dibolehkan beroperasi tetapi dengan syarat syarat tertentu. Diperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)Harap. semua bertanggungjawab.



TEKS PERUTUSAN KHAS

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

PERDANA MENTERI MALAYSIA

1 MEI 2020

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat wal afiat.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja di Malaysia.

Pada tahun ini ketibaan Hari Pekerja tidak disambut seperti biasa. Tiada perhimpunan besar diadakan dalam situasi semasa penularan wabak COVID-19. Selain itu, kebetulan pula Hari Pekerja tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan.

Dengan trend kes dunia sedia ada, wabak COVID-19 dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama. Ia tidak akan berakhir dalam jangka waktu yang terdekat.

Walaupun tiada sambutan Hari Pekerja 2020 peringkat kebangsaan pada tahun ini, sumbangan dan pengorbanan para pekerja sektor awam dan swasta selama ini amat dihargai oleh pihak Kerajaan.

Bermula 18 Mac yang lalu, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP. Ini pertama kali dalam sejarah, kerajaan menguatkuasakan perintah seumpama ini.

Dalam tempoh ini, bekerja dari rumah dan duduk di rumah merupakan pengorbanan besar para pekerja dalam membantu Kerajaan menangani penularan COVID-19.

Disiplin kita untuk duduk diam-diam di rumah atau bekerja dari rumah setakat ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Pertama, kita telah mampu mempertingkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam untuk menangani jumlah pesakit COVID-19. InsyaAllah kita mempunyai sumber tenaga kerja, ruang katil di hospital, pusat kuarantin, ubat-ubatan, alat bantuan pernafasan atau ventilator, peralatan perlindungan diri dan makmal-makmal ujian yang mencukupi seandainya kadar jangkitan meningkat semula.

Kedua, kita perlu terima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan COVID-19. Yang perlu dilakukan ialah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Jadi, walaupun kita telah berjaya mengawal penularan COVID-19, jangan kita alpa. Teruslah berwaspada. Amalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai penutup hidung dan mulut atau face mask di kawasan awam dan segera berjumpa doktor sekiranya bergejala.

Ketiga, kita mempunyai lebih banyak kawasan zon hijau berbanding zon merah. Ini juga adalah hasil usaha kerjasama saudara-saudari yang amat berdisiplin. Teruskan usaha ini agar kita dapat ‘menghijaukan’ lebih banyak kawasan terjejas secepat yang boleh.

Menurut Kementerian Kesihatan, negara kita juga telah memenuhi enam kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO.

Pertama, kawalan sempadan negara kita telah diperketatkan untuk mengelakkan kes import positif COVID-19 berlaku;

Kedua, kawalan pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan;

Ketiga, peningkatan keupayaan fasiliti kesihatan;

Keempat, keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya;

Kelima, amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul, tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai face mask; dan

Keenam, pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti normal baharu.

Alhamdulillah, pengorbanan kita sepanjang pelaksanaan PKP tidak sia- sia.

Jumlah kes-kes baharu telah menurun dengan ketara. Jumlah pesakit yang sembuh juga telah meningkat. Penggunaan ruang-ruang katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 tidak melebihi 30 peratus.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Sejak dari awal, Kerajaan mempunyai perancangan yang jelas dalam memerangi wabak Covid-19 dan menghadapi krisis ekonomi Kerajaan menggunakan strategi yang merangkumi 6 pendekatan:

Pertama ialah ketegasan atau resolve dalam tindakan mengawal penularan wabak Covid-19 dengan melaksanakan PKP;

Kedua, membina ketahanan atau resilience melalui pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN untuk meningkatkan kemampuan rakyat dan ekonomi;

Ketiga, menjana semula atau restart ekonomi secara teratur dan terkawal;

Keempat, melaksanakan strategi pemulihan atau recovery ekonomi dalam menghadapi norma baharu;

Kelima, memperkasa atau revitalize ekonomi secara menyeluruh demi kelangsungan masa hadapan; dan

Keenam, menyusun semula atau reform struktur ekonomi untuk membolehkan negara dan saudara-saudari semua melangkah ke era kehidupan yang sudah berubah dengan adanya ‘norma baharu’ atau ‘new normal’.

Alhamdulillah, pendekatan pertama dan kedua telah membuahkan hasil.

Kini, kita telah bersedia untuk memulakan pendekatan ketiga, iaitu membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati. Dengan ini kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan. Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi.

Saya tahu setelah hampir dua bulan menjalani PKP, ramai dalam kalangan saudara-saudari yang ingin kembali bekerja. Bagi peniaga, nak membuka semula perniagaan. Bagi pengusaha industri, nak pastikan perusahaan masing-masing dapat beroperasi semula.

Ini penting kepada saudara-saudari kerana pekerjaan dan perniagaan adalah sumber pendapatan dan mata pencarian saudara-saudari. Kalau terlalu lama berada dalam PKP, maka terputuslah mata pencarian dan ini memberi kesan yang buruk kepada kedudukan kewangan masing- masing.

Begitu juga bagi negara kita. Terhenti aktiviti ekonomi bermakna terhentilah sumber pendapatan negara. Cukai tidak boleh dikutip, industri tidak boleh berkembang, pertumbuhan ekonomi terencat dan yang paling ingin kita elakkan ialah lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai pekerja kehilangan pekerjaan.

Saya hendak sebutkan di sini bahawa negara kita rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion. Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Pada masa yang sama, ramai juga yang bimbang jika PKP ditamatkan. Apa akan jadi kepada usaha kita untuk menangani COVID 19. Virus ini masih ada di luar sana. Walaupun jumlah kes-kes baharu COVID 19 semakin berkurangan, risiko peningkatan kadar jangkitan tetap ada. Ramai yang akan keluar bekerja dan bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini. Dengan itu, adakah ini bermakna wabak COVID 19 akan menular semula.

Jadi saya sedar, saudara-saudari bimbang. Saya pun bimbang juga. Dan memang telah pun berlaku di beberapa buah negara lain, apabila ‘lockdown’ dihentikan, jumlah kes-kes positif COVID 19 meningkat semula dengan mendadak. Ini mesti kita elakkan.

Jadi, saya telah berbincang secara panjang lebar mengenai perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri. Kita mesti cari jalan untuk mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data-data yang dikumpul dan amalan terbaik yang ditentukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat.

Bermula 4 Mei 2020, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi. Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal. Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan semua bentuk persidangan dan pameran.

Selain perniagaan, aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium. Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan. Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.

Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah- rumah ibadat juga tidak dibenarkan.

Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.

Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara. Senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes- kes jangkitan COVID-19.

Selain daripada senarai yang tidak dibenarkan, semua sektor perniagaan dan industri, sektor awam dan sektor sosial adalah dibenarkan untuk beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan semasa serta SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

SOP ini termasuk penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai topeng muka, melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara online.

Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan. Misalnya, mulai 4 haribulan Mei, iaitu hari Isnin minggu depan, Pak Salleh boleh buka semula restoran yang ditutup. Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi, dan beli stok barang-barang mentah.

Pastikan meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya 2 meter antara satu meja dengan meja yang lain. Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.

Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja. Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan.

Keduanya, buatkan garisan di lantai depan kaunter bayaran. Ukur garisan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain. Ini untuk memastikan pelanggan beratur dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter di depan atau di belakang pelanggan yang lain ketika mereka hendak membuat bayaran.

Ketiganya, sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Pelanggan yang dah bayar boleh gunakan hand sanitizer untuk bersihkan tangan. Sediakan juga sabun atau hand wash yang mencukupi di tempat basuh tangan.

Ketiganya, beli penyembur pembersih meja yang mencukupi. Setiap kali selepas pelanggan makan, beritahu pekerja supaya bersihkan meja cepat-cepat sebelum pelanggan lain duduk.

Keempat, beli face mask. Beri kepada pekerja dan pastikan mereka pakai face mask setiap masa. Pak Salleh pun kena pakai face mask.

Kelima, pada hari pertama restoran dibuka, seboleh-bolehnya periksa suhu badan pelanggan sebelum dia dibenarkan masuk ke restoran. Boleh guna alat pengimbas suhu yang sesuai untuk periksa suhu badan pelanggan.

Keenam, catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan- pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

Jadi, sebenarnya banyak kerja yang Pak Salleh kena buat sebelum boleh buka semula restoran.

Semua ini penting untuk pastikan supaya tiada pelanggan Pak Salleh yang terkena jangkitan COVID 19. Pemilik restoran, food truck dan gerai makan yang lain pun mesti buat perkara yang sama.

Kalau semua dah buat begini, pelanggan-pelanggan boleh datang makan di restoran atau beli makanan dengan rasa selamat. Jika masih was-was, bungkus sajalah. Tak perlu makan di restoran. Ini mungkin lebih baik.

Satu lagi contoh ialah stesen minyak. Ini penting kerana bagi pekerja yang nak balik semula bekerja, mereka dah tentu nak isi minyak kereta atau motor masing-masing. Jumlah pelanggan pasti akan bertambah. Jadi, belilah lebih banyak hand sanitizer untuk digunakan oleh pelanggan.

Syarikat-syarikat pengangkutan awam juga mesti bersedia. Sudah tentu jumlah pengguna akan meningkat. Dalam keadaan kita nak mengawal penularan COVID 19, kita mesti elakkan kesesakkan di stesen-stesen bas, LRT, MRT dan sebagainya. Mesti ada tindakan diambil oleh pengendali syarikat pengangkutan awam untuk kawal pergerakan orang ramai.

Untuk membantu mengelakkan kesesakan di stesen-stesen pengangkutan awam dan di dalam kenderaan awam, saya mencadangkan supaya semua majikan melaksanakan waktu bekerja

yang anjal. Tak semua pekerja mesti masuk bekerja pada waktu yang sama. Jadi sedikit sebanyak kita boleh elakkan semua orang daripada berkejar-kejar untuk masuk pejabat pada waktu yang sama.

Saya juga nak menasihatkan semua pengguna pengangkutan awam supaya memakai penutup hidung dan mulut. Anda akan sentiasa terdedah kepada penularan wabak COVID 19. Jadi ambil langkah- langkah untuk lindungi diri sendiri. Pakai penutup hidung dan mulut dan simpan juga satu atau dua lagi dalam beg. Sentiasa bawa hand sanitizer untuk digunakan jika perlu.

Di tempat kerja, majikan mesti periksa suhu badan pekerja setiap hari. Kalau suhu badan tinggi, nasihatkan pekerja supaya balik atau pergi ke klinik dengan segera. Selain itu, anda sebagai pekerja pastikan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan di pejabat sentiasa bersih. Elakkan sentuhan atau body contact dengan rakan sekerja yang lain.

Ini adalah antara langkah-langkah yang mesti dibuat untuk lindungi diri anda daripada jangkitan COVID 19. Mustahil saudara-saudari boleh berkurung di dalam rumah selama-lamanya. Saudara-saudari perlu juga keluar untuk bekerja, berniaga dan membeli barang-barang keperluan harian. Yang penting jaga kebersihan diri. Jaga keselamatan dan keluar rumah hanya untuk urusan-urusan yang perlu sahaja.

Malah, walaupun semua sektor ekonomi dibuka, majikan boleh galakkan pekerja untuk bekerja dari rumah. Ini norma baharu yang kita mesti amalkan. Bincang dengan pekerja. Mana-mana tugas yang boleh dibuat di rumah, buat di rumah. Ini lebih baik. Mungkin boleh susun jadual hari bekerja secara selang seli. Hari ini masuk pejabat, esok bekerja dari rumah.

Saya fikir ini juga boleh menyelesaikan masalah penjagaan anak. Walaupun pusat-pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan SOP kesihatan yang tertentu, saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang untuk menghantar anak-anak mereka. Jadi, kalau majikan boleh memberi sedikit kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang bekerja untuk datang ke tempat kerja secara selang-seli atau every alternate days, ini boleh membantu menyelesaikan masalah penjagaan anak.

Hari ini isteri bekerja dari rumah, suami bekerja di pejabat. Esok suami bekerja dari rumah, isteri bekerja di pejabat. Jadi anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan. Hanya mereka yang tiada pilihan sahaja menghantar anak mereka. Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan jumlah kanak-kanak di pusat penjagaan dan lebih mudahlah untuk penjaga mengurus anak-anak ini mengikut SOP kesihatan yang ditetapkan.

Jadi saya nak minta tolong dengan majikan jika boleh benarkan pasangan suami isteri yang ada keperluan untuk menjaga anak-anak kecil di rumah supaya dibenarkan bekerja every alternate days atau bekerja dari rumah.

Bagi sektor awam yang akan mula beroperasi mulai 4 Mei 2020, kerajaan menggalakkan kakitangan awam bekerja dari rumah kecuali bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat. Mesyuarat juga digalakkan diadakan secara online menggunakan medium yang selamat. Bagi mereka yang mempunyai kesulitan penjagaan anak-anak di rumah, kerajaan membenarkan penggiliran pekerja selain melaksanakan waktu bekerja anjal.

Saya minta supaya semua Ketua Jabatan mengadakan perbincangan di peringkat jabatan masing-masing untuk menyusun semula keperluan sumber manusia di jabatan dengan mengutamakan konsep bekerja dari rumah.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Saya faham saudara-saudari agak bimbang apabila sektor-sektor ekonomi kita mula dibuka. Ramai yang akan keluar rumah untuk bekerja. Mereka akan berada di mana-mana. Di jalan raya, di stesen LRT, di stesen minyak, di dalam bas, di dalam grab, di restoran, di pasaraya dan di tempat-tempat lain. Virus COVID 19 tetap ada di luar sana dan risiko terkena jangkitan sentiasa ada. Saya pun bimbang juga.

Apapun kita jangan panik dan jangan mengalah. Saya yakin dengan kemampuan para petugas barisan hadapan kita untuk menjalankan tugas mereka membendung wabak ini.

Tetapi yang lebih penting ialah diri kita sendiri. Tanggungjawab kita sendiri. Jaga kebersihan diri kita. Jangan keluar rumah kecuali jika perlu. Patuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa. Pakai penutup hidung dan mulut bila keluar ke tempat awam. Bawa hand sanitizer. Seboleh- bolehnya, jadikan bekerja dari rumah sebagai amalan norma baharu.

Anda yang merupakan ketua keluarga, ketua masyarakat juga mesti memainkan peranan. Nasihat anak-anak, anggota masyarakat supaya sentiasa berhati-hati. Elakkan perkumpulan beramai-ramai di kejiranan kita. Amalkan penjarakan sosial sebagai norma baharu dalam kehidupan. Jika berlaku kes-kes bergejala COVID 19 di tempat tempat kerja atau di kawasan perumahan saudara-saudari, cepat-cepat laporkan kepada pihak berkuasa.

Dalam memerangi COVID-19, pengesanan kontak atau contact tracing adalah sangat penting. Petugas kesihatan mesti tahu siapa yang pernah berada dekat dengan orang yang dikenalpasti positif COVID-19. Untuk memudahkan pengesanan kontak, kerajaan telah mewujudkan applikasi MySejahtera dan MyTrace. Saya harap anda semua yang mempunyai telefon pintar muat turun aplikasi ini untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan melakukan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan baharu. Ini adalah tanggungjawab kita semua.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaan dan juga ucapan selamat Hari Pekerja khususnya kepada para petugas barisan hadapan kita – doktor, jururawat, polis, tentera, anggota RELA, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, APMM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja di sektor awam dan swasta.

Saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua pimpinan dan ahli kesatuan-kesatuan sekerja termasuk pimpinan CUEPACS dan MTUC.

Sempena sambutan hari pekerja pada hari ini, saya ingin mengingatkan para pekerja dan majikan agar sentiasa mematuhi Akta Kerja 1955, Akta Perusahaan 1966 dan akta-akta perburuhan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang sedang berkuatkuasa. Kementerian Sumber Manusia telah mengeluarkan panduan pelaksanaan bayaran gaji penuh, bayaran gaji cuti sakit dan hospitalisasi bagi pekerja yang dikuarantin, alternatif tindakan cuti tanpa gaji dan pengurangan gaji dengan persetujuan bersama di antara majikan dan pekerja dalam tempoh PKP. Panduan ini boleh dirujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.

Semua majikan dikehendaki mematuhi garis panduan mengenai pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya yang membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian pekerja. Majikan juga boleh mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja disebabkan COVID-19 seperti disyorkan dalam tatacara keharmonian perusahaan atau Code of Conduct, iaitu mengehadkan kerja lebih masa dan mengurangkan hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja seminggu.

Besarlah harapan saya agar semua warga pekerja dan majikan dapat terus mendokong dan menjiwai cara kerja baharu atau norma baharu pekerjaan dalam keadaan kita sedang menangani wabak COVID-19. InsyaAllah, kita pasti menang.

Akhir kata, saya ucapkan “Selamat Hari Pekerja 2020” kepada semua warga pekerja di Malaysia.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuΓ‘laikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Perutusan PM - Perlanjutan PKP Fasa 4

PKP disambung 2 minggu lagi. Kali ini ada sedikit kelonggaran diulang sedikit kelonggaran bukan longgar terus.

Disini aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan mungkin ini adalah Ramadhan yang lain dari yang sebelum nya. Apa pun biar ia menjadi Ramadhan yang terbaik


TEKS PERUTUSAN KHAS

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

PERDANA MENTERI MALAYSIA

23 APRIL 2020

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.

Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.

Apa khabar semua?

Saya harap saudara-saudari sihat wal-afiat dan sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah s.w.t.

Pertamanya, saya nak mengucapkan selamat menyambut Ramadan al- Karim kepada semua umat Islam. Esok adalah hari pertama kita berpuasa. Jadi malam ini kita mulakan ibadat puasa kita dengan berterawih, niat berpuasa untuk esok hari dan awal pagi esok kita semua bangun untuk bersahur sebelum masuknya waktu Imsak.

Ibadah puasa adalah satu ibadah yang istimewa. Ia satu ibadat yang kita lakukan tanpa sesiapapun mengetahui kita sebenarnya sedang beribadat kepada Allah. Tidak seperti ibadat lain yang boleh dilihat dengan nyata dari segi perbuatan, ibadat puasa tidak boleh dilihat. Kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara- perkara yang boleh membatalkan puasa kita.

Hanya diri kita dan Allah sahaja mengetahui yang kita sebenarnya sedang berpuasa. Kita berpuasa kerana kita bertakwa kepada Allah, bukan untuk menunjuk kepada sesiapa.

Oleh sebab itu, Allah s.w.t. menyebut di dalam Al-Quran, ibadat puasa diwajibkan ke atas umat Islam agar kita semua bertakwa kepada-Nya. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

يَΨ§ Ψ£َيُّΩ‡َΨ§ Ψ§Ω„َّΨ°ِΩŠΩ†َ Ψ’Ω…َΩ†ُوا ΩƒُΨͺِΨ¨َ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ُ Ψ§Ω„Ψ΅ِّيَΨ§Ω…ُ ΩƒَΩ…َΨ§ ΩƒُΨͺِΨ¨َ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ§Ω„َّΨ°ِΩŠΩ†َ Ω…ِΩ†ْ Ω‚َΨ¨ْΩ„ِΩƒُΩ…ْ Ω„َΨΉَΩ„َّΩƒُΩ…ْ ΨͺَΨͺَّΩ‚ُΩˆΩ†َ

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Ertinya, orang yang bepuasa adalah orang yang ikhlas beribadat hanya kerana Allah, dan mereka itulah orang yang sebenar-benarnya beriman dan bertakwa kepada-Nya.

Bulan Ramadan juga adalah satu bulan yang mulia bagi umat Islam. Di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan dari azab neraka.

Kerana itu, umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan penuh pengharapan untuk melalui satu perjalanan kerohanian yang amat bermakna. Selain berpuasa, kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita membaca al-Quran, mendirikan solat terawih, qiyamullail, bersedekah kepada fakir miskin dan melakukan amal kebajikan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mempereratkan hubungan sesama manusia.

Dengan kata lain, Ramadan adalah satu bulan di mana kita berjihad melawan hawa nafsu, menyucikan jiwa, dan mengharapkan keredaan Allah. Di hujung Ramadan, kita bebas daripada dosa dan meraikan kemenangan.

Sauadara-saudari yang saya kasihi,

Ramadan kali ini tidak kurang istimewanya. Malah, bagi saya ia lebih istimewa buat kita semua.

Sejak lebih sebulan yang lalu, kita berjihad melawan COVID 19. Sepertimana ibadat puasa, kita dikehendaki berjihad melawan hawa nafsu. Kita lalui satu tempoh yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.

Kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang kita suka. Kita tak keluar berjalan-jalan, kita tak menonton wayang bersama kawan- kawan, kita tak pergi melancong, kita tak makan di restoran kesukaan kita.

Bagi yang minat bersukan, mungkin dah lama anda tak main bola, tak main badminton, tak main bowling, tak berjogging, tak kayuh basikal. Anda cuma duduk di rumah sahaja. Ini satu jihad dan pengorbanan yang besar.

Tetapi, pengorbanan yang anda lakukan ini telah membuahkan hasil. Pertamanya, anda dan keluarga terselamat daripada jangkitan COVID 19. Keduanya, anda juga menyelamatkan orang lain daripada terkena jangkitan. Ketiganya, anda semua menyumbang kepada usaha membendung penularan wabak COVID 19 dalam masyarakat dan negara kita.

Hari ini, kes-kes baharu COVID 19 telah berkurang dengan ketara. Daripada ratusan kes baharu setiap hari di awal perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, Alhamdulillah pada hari ini kita bersyukur kerana kes-kes baharu telah menurun kepada puluhan kes sahaja. InsyaAllah, dengan usaha-usaha yang sedang giat dilakukan oleh para frontliners kita, dan disiplin anda semua mematuhi PKP, kita akan dapat mengurangkan lagi kes-kes baharu COVID 19 ke tahap yang paling minima, dan membendung sepenuhnya penularan wabak ini.

Kita juga bersyukur kerana jumlah pesakit COVID 19 yang telah sembuh meningkat dengan ketara. Seramai 3,542 pesakit COVID 19, atau 63.2 peratus daripada keseluruhan pesakit telah pun sembuh setakat ini. Saya harap dengan rawatan yang diberikan dan doa kita semua, lebih ramai pesakit COVID 19 akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. Sekali lagi kita bersyukur kerana negara kita merupakan antara negara yang mencatatkan kadar kesembuhan yang tertinggi di dunia.

Dengan penurunan kes COVID 19 yang ketara ini, dan kita harap trend ini akan berterusan, kerajaan telah memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran. Saya ulang, sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar.

Pertamanya, pelajar-pelajar yang masih berada di kampus, yang mana di peringkat awal dahulu mereka tak dibenarkan pulang kerana keadaan masih belum menentu dan kita nak pastikan mereka selamat, insyaAllah boleh pulang ke rumah masing-masing sedikit masa lagi. Proses untuk membawa pelajar-pelajar ini pulang sedang dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Jumlah pelajar yang terlibat adalah besar, iaitu hampir 100,000 orang. Jadi kita mesti rancang pergerakan mereka dengan teliti untuk pastikan ianya teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan. Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala COVID 19.

Kepada anak-anak kita yang berada di kampus, insyaAllah dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga.

Butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu. Beri sedikit masa kepada pihak kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini. Saya tahu anda semua rindukan anak masing- masing. InsyaAllah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat.

Keduanya, bagi anda yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini. Kebenaran ini hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

Pergerakan ini tentunya akan melibatkan jumlah yang besar. Oleh itu, kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan saudara-saudari. Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terlibat boleh mendaftar secara online di aplikasi yang disediakan oleh PDRM, atau membuat temujanji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran.

Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian-hentian di lebuh raya. Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan. Butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, SEDIKIT kelonggaran. Bukan terlalu longgar. Pelaksanaan kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi COVID 19.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Berdasarkan data-data yang dibentangkan kepada saya oleh Kementerian Kesihatan, saya dapati bahawa usaha-usaha untuk membendung wabak COVID 19 masih perlu diteruskan. Walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.

Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.

Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial. Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini.

Dengan kemungkinan pelanjutan tempoh PKP, kerajaan sedang mengkaji kaedah untuk memulihkan ekonomi, atau revive the economy, secara bertahap. Ini termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.

Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh. Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara.

Antara inisiatif yang sedang dirangka ialah membina keupayaan dan kemahiran rakyat, menggalakkan perbelanjaan domestik, meningkatkan daya tahan industri termasuk PKS, serta memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan.

Saya tahu persoalan yang sedang bermain di fikiran saudara-saudari pada masa ini ialah bilakah saudara-saudari boleh kembali bekerja, atau kembali memulakan perniagaan atau operasi syarikat masing-masing.

Saya ingin memberikan sedikit bayangan. Walaupun PKP mungkin akan dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat bekerja.

Pada masa ini pun beberapa sektor ekonomi telah dibuka. Selepas ini, kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan sub- sektor yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat. Ini untuk menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat. Garis panduan serta syarat- syarat yang terperinci akan diberikan kepada para pelabur dan sektor korporat untuk memulakan operasi syarikat masing-masing.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Kita masih belum menang dalam perang menentang COVID 19. Tetapi saya yakin insyaAllah kita akan menang.

Yang penting ialah jihad dan istiqamah. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, tingkatkan jihad kita memerangi COVID 19. Teruslah istiqamah dengan usaha kita.

Tak mengapa Ramadan kali ini kita tak pergi ke bazar Ramadan. Tak makan nasi beriyani, murtabak atau juadah kuih-muih yang kita suka. Yang penting kita selamat daripada wabak COVID 19.

Kita lihat secara positif. Mungkin inilah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengamalkan sebenar-benar ibadah puasa. Kita berbuka puasa dan bersahur sekadarnya. Makan masakan isteri kita dan tidak membazir. Kalau masakan tak jadi pun tak apa. Boleh post dalam grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’.

Tak mengapalah kita tak dapat mendirikan solat terawih secara berjemaah di masjid. Mungkin ini peluang yang Allah s.w.t. berikan kepada kita untuk berjemaah bersama keluarga di rumah. Jika tidak sekarang, bila lagi. Kita jadi imam, anak dan isteri jadi makmum. InsyaAllah, ganjaran pahala dan barakah yang kita terima tidak kurang besarnya.

Apa yang penting, kita lalui jihad ini bersama-sama. Seperti bulan Ramadan, di akhirnya adalah kemenangan buat kita semua dalam melawan hawa nafsu. Kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t, mudah-mudahan di akhir jihad kita melawan COVID 19, kita juga akan diberikan kemenangan, kesihatan dan keselamatan daripada wabak penyakit ini.

Mudah-mudahan bulan Ramadan yang mulia ini akan membawa rahmat kepada kita semua. Banyakkan berdoa kepada Allah, mohon pertolongan daripada-Nya, insyaAllah kita semua akan dilindungi daripada sebarang musibah, amin ya rabbal alamin.

Kepada frontliners yang akan berpuasa dalam keadaan menjalankan tugas, saya harap anda terus tabah. InsyaAllah, pengorbanan anda semua akan diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t.

Saya dan seisi keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Karim kepada semua umat Islam di negara ini dan di mana jua anda berada.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuΓ‘laikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Dah ada dalam perut pesawat. 18 jam ini kami akan terperuk dalam pesawat dilayan oleh crew BA. Servis memang terbaik tapi kalau dibanding fizikal, tentulah crew penerbangan Malaysia lebih comei. Kalau crew BA ini mohon kerja dengan Penerbangan Malaysia rasanya semua kena reject.

Tak tau arah berada lama kat sini. Lenguh tak boleh nak habaq. Duduk sekejap senget ke kiri sekajap ke kanan. Kadang-kadang jalan ke depan dan belakang buat hilang lenguh. Hilang bosan layan movie.

Selama lebih kurang 7 hari di sana ada beberapa yang menarik aku dapat. Yang tak menarik kita simpan sajalah.

Semasa di sana, aku lihat terutama warga tua amat polite. Kalau berselisih boleh bagi Selamat Pagi atau Selamat Hari Kriamas (dalam bahasa Inggeris la, ada ka punca cakap BM pulak). Aku kalau berselisih sesama Islam pun buat dekkk ja.

Kalau pasal makan halal di sini bagi aku tak ada masalah sabab banyak kedai makan muslim yang kebanyakan di usahakan oleh imigran Muslim. Kebanyakan mereka menjual kebab, burger dan pizza. Jadi belasah sajalah apa yang ada. Nak jemu pun tahanlah sikit, bukan tinggal lama di London.



Dari segi penganggkutan awam bagi aku dah tip top, aku tak kiralah berapa saat dia lambat atau cepat, tapi bagi aku memang on time. Lagi pula pengangkutan awam seperti train dan bas dapat dipantau melalui aplikasi handphone. Masa bertolak, jangkaan masa sampai, tambang dan juga pilihan laluan pun ada. 
Train disini jangan harap pintu buka automatik untuk kau. Nak masuk atau keluar tolong tekan tombol.
Train disini memang selesa, walau berdiri sekali pun tak sendat. Mungkin disebabkan bilangan perjalanan yang banyak menyebabkan penumpang tak terlalu ramai. Terbayang Komuter KTM dari Tasik Gelugor ke Alor Setar, berhimpit macam sardin. Dapat duduk tu seperti kata P. Ramlee 'kadang-kadang'.

Satu lagi mengenai lampu isyarat di sini. Aku tak jumpa lagi yang mempunyai counter. Disini lampu oren banyak memain peranan. Warna hijau bermakna berjalan. Selepas itu keluar warna oren bermakna bersedia untuk berhenti dan keluar warna merah bermakna berhenti. Selepas itu lampu merah dan oren pula bernyala serentak bermakna bersedia untuk jalan. Cara ini driver taklah kelang kabut tukar gear dan jalan terus, maklumlah kereta belakang dah bunyi hon. Tak perlu counter bagai, jimat beratus ribu nak pasang benda tu, tak kira lagi pejam kena kilat.

Lampu isyarat warna oren amat bermakna.
Nombor plat kenderaan disini pun jika dilihat semua mempunyai saiz yang sama. Dia orang ni memang tak kreatif langsung la.


Harga minyak disini memang tak isilah kalau tukar duit Malaysia, satu liter ₤1.49 atau lebih kurang RM7.50 . Lagi satu sangat sangat bersyukor tinggal di Malaysia ialah pam angin tayar pun kena bayar. Sekali pam angin kena £1, bersamaan RM5πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯.
Pam angin pun kena bayar!!!

Jika diberi kesempatan olehNya untuk menjejak kaki disini lagi. Mungkin kami tak akan pilih waktu seperti ini, musim sejuk/ winter. Terasa amat kalut sebab waktu siang yang pendek. Cuba bayangkan jam 3 petang gelap seperti jam 7 petang. Walau kami hanya sampai ke Liverpool dan London sahaja tetapi memang banyak tempat menarik. Ada kalanya selfie pun dalam gelap. Kalau memang datang untuk merasai cuaca sejuk, silakan - baik pi negara bersalji terus.
Musim sejuk juga kerap berlaku hujan. Alhamdulillah masa kami berada disana hujan renyai-renyai sahaja.
Masa kami sampai pun dalam minggu Krismas. Oleh itu waktu operasi kebanyakan tempat ada perubahan masa begitu juga pengangkutan awam pun ada kalanya terhad. Tetapi jika sesiapa yang datang untuk merasai suasana Krismas dengan dekorasi ala ala Krismas dan juga untuk berbelanja ketika Boxing Day sila kan, memang terbaik.

Alhamdulillah dalam jam 4 petang kami sampai ke KLIA. Pakat-pakat lapaq nasik. Pekena nasi campur di cafe KLIA. Penerbangan Malindo malam ini jam 11.15 malam. Uihhh apa nak buat kat sini, lambat lagi. Jenuh melilau di KLIA.
Dapatkan pas berlepas Malindo.
Dengan penuh kebosanan kami telah berjaya mengharungi sehingga jam 11.15 malam. Tetapi apa kan daya Malindo telah dua kali delay. Penerbangan kami jam 12.15 malam.

Alhamdulillah dalam jam 1 pagi kami sampai ke Lapangan Terbang Penang. Katika ini kami berpecah. Pakat balik sendiri. Kami ambil Grab ke USM, kereta simpan disitu.

Perut dah lapar, sebelum sampai rumah nak kena bagi kenyang dulu. Dah sampai Penang mesti kena nasi kandar. Nasi kandar mana yang buka malam makam buta ni? Tak nak lah Nasi Kandar 24 jam Subaidah atau Pelita. Nak cari yang original Mamak Penang punyalah. Yaaa... teringat ada satu yang kami pernah sampai dibuka 24 jam. 
Nasi Kandar Mohamed Raffee. Boleh tahan ramai juga malam-malam buta ni.
Kami menghala ke arah pekan. Nasi Kandar Mohamed Raffee menjadi tujuan. Ingat malam malam buta ni orang tak ada, meleset. Ramai lagi yang datang makan malam malam.

Ini aku punya, Ayam goreng, telur dan cabai hijau dan yang mesti ada kuah campur. Legaaaaa.


Nasi kandar Mohamed Raffee ni memang terkenal untuk rakyat Penang, orang luar pun ada juga lah. Yang menjadi killer disini ialah ayam goreng panas. Jika habis, ada yang sanggup tunggu ayam goreng baharu keluar. Harga standard nasi kandar Penang lah.

Disini tempat parking kereta memang terhad, jika datang waktu puncak kena pusing-pusing carilah. Masa kami datang waktu malam tak ada masalah. Dengan kesedapan nasi kandar ini cari parking pun tak ada masaalah. Kepada yang hendak datang ke sini, dibawah aku letakkan sedikit maklumat.

Alamat:
Nasi Kandar Mohamed Raffee
No 295 Jalan Burma
Pulau Tikus
George Town

Waktu operasi: Dibuka setiap hari 24 jam.

Telefon:
04-2288466

Lokasi dari GPS:

5°25'48.8"N 100°18'45.9"E
5.430224, 100.312745



Oklah inilah perjalanan jalan-jalan kami ke London. Aku ambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua abang-abang ipar dan kakak ipar terutama Abang dan kakak ipar di Kuala Lumpur yang menjadikan perjalanan ini suatu keyataan. Jika dalam penulisan ini ada terlebih kurang atau kesilapan fakta aku mohon maaf.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee


Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan - COVID-19

Satu lagi sejarah yang mewarnai perjalanan sistem pendidikan negara akibat dari wabak Covid-19.

Buat tatapan anak-anak yang terkesan oleh wabak ini.

SIDANG MEDIA MENTERI KANAN PENDIDIKAN

15 APRIL 2020

Assalamualalkum WBT dan salam sejahtera.

1. Kementerian Pendidlkan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada hamplr 500 ribu guru yang telah mengambil pelbagai inisiatif dalam memastlkan penyampalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada anak didlk mereka terus berjalan walaupun dalam keadaan sukar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Terima kasih juga kepada ibu bapa kerana telah bersama-sama KPM dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah.

3. Seperti mana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan khas beliau pada 1 O April 2020, sesi persekolahan akan ditangguhkan dahulu sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

4. Pada masa yang sama, KPM memahami semangat berkobar-kobar lebih lima (5) juta anak-anak yang ingln kembali ke sekolah untuk belajar seperti biasa dan bertemu guru-guru serta rakan-rakan. Kami juga memahaml kebimbangan ibu bapa tentang keselamatan dan keslhatan anak-anak apablla sekolah dlbuka semula.

5. Menyedari bahawa lsu persekolahan ini mellbatkan hampir setiap lapisan masyarakat, KPM telah mengadakan beberapa sesl perblncangan bersama-sama exec pendidikan negeri, wakil daripada majlls agama Islam negeri, pengarah pendidlkan negeri, pegawai pendidikan daerah, gabungan majlis pengetua serta guru besar, persatuan ibu bapa dan komuniti, pengusaha sekolah swasta, antarabangsa dan pusat bahasa, guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang berkaitan dengan pendidikan. Kami juga telah mendapatkan pandangan daripada ibu bapa dan guru melalui pelbagai saluran.

6. Selain itu, KPM juga telah mengadakan perbincangan secara mendalam dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaltan dengan pembukaan semula sekolah.

7. Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, pandangan dan cadangan yang telah diberikan. Secara umumnya, dapatan daripada sesi perbincangan ini menunjukkan secara jelas bahawa aspek keselamatan dan keslhatan murid mesti diutamakan.

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

8. KPM memahaml bahawa ibu bapa bimbang sekiranya mereka tidak dapat membuat persediaan sewajarnya jika pengumuman pembukaan semula sekolah dibuat secara tiba-tiba. lbu bapa tidak perlu risau. KPM akan sentiasa berbincang dengan KKM untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pembukaan semula sekolah. KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

9. Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan ini hanya akan dibuat apabila kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Pada peringkat lni, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggl Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan ar.tarabangsa yang setara.

10. Apablla sekolah dlbuka semula, semua aspek keselamatan, kebersihan, dan pengawalan penularan jangkitan termasuklah amalan penjarakan sosial akan diberi keutamaan. KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca PKP yang mesti dirujuk oleh pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan pengurusan sekolah berjalan lancar dan Pengajaran dan Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat.

11. Calon-calon peperiksaan SPM, SVM, STPM dan ST AM pastinya tertanya-tanya sama ada terdapat perubahan kepada tarikh peperiksaan mereka.

12. KPM ingin memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM dan SVM akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021.

13. Untuk calon STPM, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogas 2020, manakala peperiksaan Semester 3 akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

14. Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama tahun 2021.

15. Menyedari bahawa penundaan tarikh peperiksaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajlan tinggl, KPM dan Kementerian Pengajian Tlnggl (KPT) telah bersetuju untuk menangguhkan tarlkh kemasukan baharu ke lnstltusl pengajian tinggl (IPT) bagi program asasl, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogas 2021 manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021.

PEMBATALAN UPSR  DAN PT3

16. lbu bapa tentu bertanya, bagaimana pula dengan murld-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 tahun ini?

17. KPM ingin memaklumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3} bagi tahun 2020 dibatalkan.

18. Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah menglkuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain. Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Dlraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan lni yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata

19. Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemllihan untuk kemasukan

ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.

20. KPM akan memastikan dalam apa jua keadaan pun, akses murid kepada PdP tetap diberikan keutamaan.

21. Keputusan ini akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana instltusl pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga dlsarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

22. Sekali lagi KPM lngin menegaskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan selepas PKP adalah tertakluk kepada perkembangan semasa dan nasihat daripada KKM dan MKN. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan murid.

23. Sekian, terima kasih.


Kementerian Pendidikan Malaysia
15 April 2020

Perutusan Perlanjutan PKP Fasa 3


TEKS PERUTUSAN KHAS

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

PERDANA MENTERI MALAYSIA

10 APRIL 2020

Bismillahirrahmanirrahim.

AssalamuΓ‘laikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.

Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.

Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat sejahtera bersama keluarga di rumah. Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja dan jaga kesihatan. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan apabila balik ke rumah jangan lupa mandi dulu. Kemudian barulah buat apa-apa aktiviti bersama keluarga.

Di awal ucapan saya ini, saya nak menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada anda semua sebagai rakyat Malaysia. Anda adalah manusia yang hebat.

Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad. Tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetapi terus berkhidmat dengan cekal. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada doktor dan jururawat di hospital swasta. Ketika hospital kerajaan sibuk merawat pesakit COVID 19, hospital swasta menerima pesakit-pesakit bukan COVID 19 untuk dirawat.

Terima kasih juga kepada anggota polis dan tentera yang menjaga sekatan jalan raya. Anda berpanas, berhujan, tetapi terus menjalankan tugas. Syabas saya ucapkan.

Juga kepada anggota Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, RELA, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi yang turut membantu. Saya ucapkan terima kasih.

Terima kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan. Mereka buat secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda adalah insan yang hebat.

Begitu juga kepada anda yang bekerja menghantar makanan. Samada Grab Food, Food Panda atau lain-lain. Anda mengambil risiko. Orang lain duduk di rumah, anda keluar rumah untuk pastikan orang lain boleh makan. Anda melakukan satu pekerjaan yang mulia. Pesan saya, jaga kesihatan, jaga keselamatan, jangan bawa motor laju-laju. Anda juga insan yang hebat.

Pendek kata, kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Saudari-saudari yang saya kasihi,

Berdasarkan situasi terkini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dapat membantu para petugas kesihatan kita mengawal penularan COVID-19 ke satu tahap yang agak stabil. Menurut unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, PKP yang dilaksanakan dalam tempoh hampir sebulan yang lalu telah sedikit-sebanyak mengurangkan kebolehjangkitan dan penularan COVID-19.

Dengan usaha-usaha yang telah dibuat, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.

Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.

Namun begitu, kita tidak boleh mengambil mudah situasi yang sedang berlaku. Penularan wabak ini masih di peringkat pertengahan dan memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan yang berterusan. Malahan, usaha-usaha mencegah wabak ini mesti diperhebatkan lagi bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan. Ini termasuk memberi tumpuan khusus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti menjadi punca penularan wabak ini.

Sehubungan itu, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April 2020. Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas- petugas kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat.

Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara- negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.

Itupun kehidupan kita mungkin tidak boleh kembali seperti sediakala. Selagi virus ini masih ada, amalan penjarakan sosial mesti diteruskan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri. Elakkan sebarang perhimpunan. Hindari tempat yang sesak.

Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk berterawih. Jadi berterawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.

Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi.

Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di Facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari saya pun bimbang juga. Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya.

Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolah sehingga kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih.

Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.

Walaupun keadaan di negara kita insya-Allah akan kembali pulih dengan langkah- langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita.

Saya nak beritahu, di sepanjang sempadan negara kita ini banyak terdapat lorong-lorong tikus. Pendatang asing tanpa izin biasanya bolos menerusi lorong-lorong ini. Jika kita tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk ke negara kita. Na’uzubillah.

Jadi, saya telah arahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imigresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya perketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara.

Ringkasnya, kehidupan kita untuk bulan-bulan atau tahun yang mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa. Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi.

Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat. Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat. Ini adalah “the new normal”, atau kebiasaan baharu.

Begitu juga perkara yang kita tak biasa buat sebelum ini seperti basuh tangan. Sekarang dan untuk masa yang akan datang kita mesti biasakan membasuh tangan dengan lebih kerap. Gunakan sabun, hand sanitizer dan sebagainya. Juga memakai face mask.

Banyak lagi contoh-contoh lain yang tak perlu saya sebut kerana saya fikir saudara-saudari faham maksud kebiasaan baharu yang mesti kita amalkan dalam menjalani kehidupan seharian untuk tempoh yang mendatang.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan-sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa. Untuk itu, kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

Sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahanan diwujudkan untuk meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih untuk dibuka secara berperingkat.

Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan. Perintah ini masih berkuatkuasa dan semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mestilah dipatuhi. Jika terdapat pengusaha, kilang atau syarikat yang melanggar peraturan, kerajaan akan menarik balik kebenaran yang diberikan.

Senarai sektor ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai. Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja, tetapi juga satu kehilangan besar buat negara.

Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan.

Let me remind you that the war on COVID-19 is not yet over. The fight is still on. We are doing well so far, so just uplift your spirits and continue to fight. If we persevere, insya-Allah we will win.

Saya bertuah kerana anda semua adalah insan yang berdisiplin dan patuh kepada undang-undang. Tahap pematuhan PKP di negara kita adalah tinggi dan ini menunjukkan saudara-saudari semua faham akan kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Teruskanlah sikap yang terpuji ini. Teruslah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Insya-Allah kita akan berjaya mengharungi ujian ini bersama-sama. Kepada Allah jualah kita berserah.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Heathrow Airport :: Tuntutan VAT

HARI KE SEMBILAN

28hb Disember 2019, Sabtu.

Semenjak di landa COVID-19 rasa malas nak sambung balik cerita ke London. Apa pun sambung balik. Lagi pun ini hari terakhir di England.

Pagi ini kerja kita kemas barang masukkan dalam beg. Alat penimbang amat membantu. Beg besar seorang 20kg dan beg kecil 7kg ( walau beg besar BA benarkan 23kg tapi nak kena transit ke Malindo jadi pek ikut Malindo saja lah - tak kuasa nak adjust di KLIA).

Periksa dalam poket ada lagi berbaki Pound. Kalau bawa balik tukar ke RM besar juga kerugian. Kalau duit Riyal Arab Saudi syoq juga buat sedekah ke kawan-kawan nak buat umrah atau haji. Duit pound ni tak kuasa aku nak bagi kawan-kawan berjimba di England😁😁😁.
Pasaraya Morrisons.

Oleh kerana pound masih ada dan perlu dihabiskan dan berat beg pun masih tak sampai limit, jadi pagi ini aku dengan penuh semangat jalan kaki ke Pasaraya Morrisons - dekat sahaja. Lebih kurang Pasaraya Sainsburys juga. Banyak juga cokelat aku beli.

Alhamdulillah beg-beg telah di penuhkan dan berat pun dalam kawalan. Satu lagi yang nak kena disiapkan ialah mengisi borang tuntutan cukai VAT. Setiap resit yang kita beli akan ada satu borang tuntutan VAT. Tempat-tempat yang perlu diisi ialah nama, alamat, no pasport, tarikh sampai dan balik, cara duit di pulangkan dan tandatangan.
Borang VAT yang perlu diisi.

Pemulangan duit ada beberapa cara disenaraikan, antaranya ialah dimasukkan ke dalam kad kredit dan diberi secara tunai. Kami pilih secara tunai, cepat sikit dapat balik.

Satu lagi sebelum terlupa semasa packing barang, sebolehnya letakkan barangan yang hendak di buat tuntutan VAT di dalam beg yang sama. Ini bagi memudahkan jika mereka ingin melihat barang yang dibeli semasa buat tuntutan VAT.

Selesai semuanya, rumah yang kami duduki ini perlu dibersih dan dikemaskan seperti mana kami sampai. Masa ini bilik airlah yang mejadi perkara utama, kena bersihkan dan keringkan. Tak nak nanti tuan rumah cas kami😟😟😟.
Semua beg telah sedia untuk di angkut.


Perjalanan balik kali ini aku dengan isteri bersama kakak ipar belah Penang sahaja. Yang lain masih di London katanya hendak ke Liverpool layan bola. Aku tak minat bola. Dalam jam 1.30 tengahari kami bertolak ke Lapangan Terbang Heathrow. Dalam 1 jam kami sampai ke lapangan terbang.

VAT Refunds. Ikut sahaja arah yang diberi dan sediakan borang VAT, resit, pasport dan juga beg yang ada barang yang akan dibuat tuntutan.

Masuk sahaja terus ke kaunter tuntutan VAT. Tertulis besar papan tanda berwarna merah biru "VAT Refunds". Disini bawa semua resit, borang tuntutan VAT, pasport dan juga beg yang mempunyai barangan yang kita buat tuntutan. Ikut sahaja laluan pergerakan yang dibuat.
Nanti akan diberi satu kad. Matawang apa yang mereka akan kembalikan VAT. Kami tulis Ringgit sajalah.

Semua tuntutan VAT dibayar tunai kecuali satu tuntutan diminta untuk dimasukkan ke dalam Kad Kredit. Ini disebabkan tuntutan yang kecil, mungkin mereka tak ada duit syilingπŸ€”πŸ€”πŸ€”.

Boleh tahan rendah kadar tukaran Pound ke RM. Mengalahkan Along. Tak pasti kalau kami ambil dalam bentuk Pound? Nilai VAT yang dibayar pun bukan sepenuhnya seperti dalam resit, tetapi ditolak sebahagian mungkin cas perkhidmatan.

(Ini cerita selepas balik bila dapat penyata Kad Kredit: Dalam sebulan juga tuntutan VAT masuk dalam akaun kad kredit. Kadar tukaran Pound ke RM untuk VAT yang dimasukkan lebih kurang 4.9%. Jika dibandingkan penggunaan kad kredit semasa shopping kadar tukaran ialah 5.52%. Memang kot mana pun kad kredit juga untung)



Selesai buat tuntutan VAT kimi dapatkan Pas Berleps. Di lapangan terbang ini tiada kaunter. Kami perlu dapatkan Pas Berlepas melalui mesin sahaja. Tetapi disebabkan perbezaan nama ( baca entry semasa kami bertolak datang) kami terpaksa meminta staf BA yang stand by disitu membantu. Alhamdulillah selesai.
Alhamdulillah dapat PAs Berlepas selepas dibantu oleh pegawai di situ.

Dapat sahaja Pas Berlepas bolehlah check in bagasi dahulu. Ringan sikit tangan nak jalan-jalan disini. Penerbangan kami ialah 7.05 petang, dalam jam 5 petang kami check in untuk pemeriksaan imegresen. Semua benda berbesi perlu di scan, air tidak boleh dibawa masuk. Sekarang boleh lepak-lepak sambil layan skrin, lihat paparan maklumat Balai Berlepas atau Gate.


Hampir jam 6 petang terpapar Gate B, jadi naik train ke lokasi. Lepak sekejap di Balai Berlepas dan dipanggil memasuki pesawat. Alhamdulillah moga selamat sampai ke KLIA.

[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee