Hari kedua di Tasik Temenggor. Bangun awal pagi dengan penuh harapan ingin melihat cahaya oren ketika matahari naik. Tapi keciwa sebab tiada garisan warna oren yang selalu dilihat waktu matahari naik. Hanya warna yang suram muncul sebab bukit-bukau disekitar menyebabkan ketika matahari naik agak terlindung.
|
Ini sahaja gambar tercantik aku dapat ketika matahari naik. |
|
Pancing yang tak mengena. Bukan kawasan ikan. |
|
Bihun goreng telor mata dan cucuq. Orang utara panggil menyorok atau srapan la tu. |
Oklah selepas sarapan hari ini ada aktiviti melihat ikan kelah. Kali ini katanya ada sedikit hiking dan yang penting boleh berendam πππ. Seperti biasa dua buah bot membawa kami ke lokasi. Berdesup bot meluncur kesebuah tepat yang terdapat ikan kelah iaitu di Santuari Ikan Sungai Ruok.
|
Duduk atas bot mesti depan, baru dapat tengok keliling. |
Sampai ke muara sungai. Pakat-pakat jalan. Kali ini lebih mencabar dari semalam tetapi masih dalam kategori tidaklah mengguakan fizikal yang kuat. Abang bot menjadi jurupandu kami disini. Kami menyusuri laluan hutan sambil menikmati keindahan alam.
|
Mulalah perjalanan menjejak ikan kelah. |
Adakala jalan mendatar ada kala mendaki ada kala menurun bukit. Melewati anak-anak sungai dan air terjun. Memang cantik, puas lah ambil gambar. Tapi matlamat untuk bertemu ikan kelah belum sampai lagi.
|
Salah satu ait terjun yang ada di sana. Jangan tanya nama aku tak tahu. |
Alhamdulillah tak berapa lama ketemu juga tempat di tuju, Santuari Ikan Sungai Ruok. Disini apa lagi boleh berendam sepuas hati, qada aktiviti semalam yang hanya dapat lihat air terjun sahaja. Tapi air dia tak boleh bawa bincang, seperti baru keluar peti ais. Jejak kaki ke air saja dah mengigil.
|
Alhamdulillah sampai ke lokasi ikan kelah. Santuari Ikan Sungai Ruok. |
Disini banyak ikan kelah tapi kecil-kecil. Tapi sayang lupa bawa roti nak bagi makan, jika tidak bolehlah ikan ini datang gigit gigit jari. Menurut abang bot, diatas air terjun ini ada satu kawasan merupakan tempat pembiakan ikan kelah. Katanya di situ boleh lihat ikan kelah yang besar-besar. Tapi tempat itu telah dipagar dan menjadi kawasan larangan.
|
Ikan kelah boleh nampak dalam air tetapi tak datang dekat mungkin tak ada makanan. Jadi kamilah yang jadi ikan berendam disini. |
Di hutan ini juga terdapat bunga terbesar di dunia, Bunga Refflesia atau Bunga Pakma. Menurut abang yang bawa bot, bunga ini ada di atas lagi, kena mendaki. OKlah, sayang kalau tak tengok bunga ini. Aku pun bukan pernah tengok secara live, selalu dapat lihat dalam buku atau TV sahaja. OKlah kami beberapa orang ambil keputusan untuk naik keatas di pandu oleh abang bot tadi.
Kali ini boleh tahan juga mendaki. Tak berapa lama dapatlah ketemu bunga ini. Tapi tak kembang lagi, masih kudup seperti kubis. Menurut abang bot ada yang dah kembang tetapi kena masuk kedalam lagi. Tak apalah kami lihat yang ini sahajalah.
|
Bergambar dengan Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma. Bunga ini bukan sembarangan, jangan di usik sebab ia dibawah lindungan Perbadanan Taman Negeri Perak. |
|
Bunga Rafflesia atau Bunga Pakma yang belum kembang. |
Setelah puas swafoto dengan Bunga Rafflesia kami turun semula ke air terjun, kita sambung berendah lagi. Sayang air serupa ais ini kalau tengok sahaja. OKlah dah sampai waktu balik.
Sedikit nasihat buat yang bawa gejet seperti handphone dan kamera atau lain-lain benda berharga ketika menaiki bot laju (ketika melawat tempat-tempat tertentu). Ada kalanya didalam tasik ada kayu atau objek terapung atau tunggul-tunggul kayu yang masih bersisa semasa proses empangan. Jadi bot yang laju ini kadang-kadang tersasar dan melanggarnya. Yang ini terjadi dekat kami. Boleh tahanlah kuat langgarannya - terkejut sampai keluar segala bagai doa. Kalau tak pegang kuat-kuat gejat alamat masuk dalam tasiklah. Jadi buatlah apa yang patut supaya selamat dan sentiasa pakai life jacket.
Sampai ke house boat. Alang-alang baju dah basah, apa lagi pakat-pakat ambil rakit yang diguna semalam. Kita mendayung pula. Jangan bazirkan masa, guna sepenuhnya. Maklumlah dalam tengahari kami akan berangkat balik.
|
Makan tengahari pun diatas rakit juga. |
|
Nasi Ayam diatas tasik. |
Dalam jam dua petang kami berangkat balik. House boat berlayar membawa kami ke Jeti Awam Royal Belum.
|
Ini tuan House Boat yang kami ambil. Permata Belum Ent. |
Sementara menunggu bas, bolehlah membaca berbagai maklumat mengenai Royal Belum di tampal sekitar jeti ini seperti sejarah, tumbuh-tumbuhan, haiwan yang terdapat disini dan juga pekej-pekej disedikan kepada pelawat dan sebagainya.
|
Waktu bayaran dan urusan permit Perbadanan Taman Negeri Perak. |
|
Antara pekej House Boat yang disediakan. |
|
Berbagai maklumat mengenai Royal Belum di latakkan di Jeti Awam Royal Belum. |
Tak berapa lama bas pun sampai. OKlah setakat ini dulu cerita perjalanan di Royal Belum. Memang terbaik program kali ini dapat menenangkan otak melihat alam semula jadi.
No comments:
Post a Comment