Oleh kerana COVID-19 bermaharaja lela maka aku mengambil keputusan untuk berada dalam hutan buat sementara waktu. πππ Semua tu cari pasai. Ini cerita tahun lepas. Program persatuan tempat kerja.
Kali ini tak nak lihat bangunan-bangunan dan kereta. Nak lihat hijau pula. Program 2 hari 1 malam ke Hutan Royal Belum.
Perjalanan bermula dengan berkumpul di Masjid Al Malik Khalid USM seawal 6.30 pagi. Sebelum bertolak beberapa persiapan telah dibuat seperti pakaian untuk aktiviti seperti t shirt dan seluar trek atau apa apa yang selesa dan juga kasut sebab ada aktiviti air, mendaki sedikit dan meredah hutan.
Sebuah bas telah ditempah untuk aktiviti ini untuk lebih kurang 25 orang peserta. Hampir jam 7 pagi perjalanan bermula. Semua berjalan lancar. Apabila sampai sahaja di Gerik tiba-tiba sebuah Kereta Peronda JPJ tahan. Apa kebenda lah pulak. Berhenti tepi jalan, driver bas dan pegawai JPJ sembang, lepas tu kena ikut ke pejabat JPJ Bandariang.
|
JPJ Bendaring, bas di tahan. |
Disini baru tahu ada beberapa benda yang terlepas pandang kerana syarikat bas sewakan bersama pemandu yang lesen tamat tempoh. Pujukabang JPJ bagi driver hantar kami dulu tapi tak layan. Jadi tunggu syarikat hantar pemandu lain, baru boleh teruskan perjalanan. Jadi sebagai ingatan ketika berurusan dengan syarikat bas pastikan mereka hantar bas dan driver yang cukup syarat. Lewat lah sikit nak sampai sebab kena tunggu driver ganti.
Semua urusan selesai perjalanan diteruskan semula. Dalam jam 11 pagi, Alhamdulillah kami sampai di Jeti Awam Royal Belum atau Jeti Tasik Banding. Untuk makluman memasuki hutan simpan Royal Belum ini perlu dapatkan permit dan dikenakan sedikit bayaran. Oleh kerana ambil pekej bersama house boat, bayaran permit ini telah dimasukkan sekali. Tak payah pening-pening isi borang.
|
Pintu masuk Jeti Awam Tasik Bnading. |
|
Pemandangan dari atas jeti, kelihatan beberapa house boat berada ditepi tasik. |
Oklah punggah barang yang hendak dibawa ke jeti. House boat pon dah sedia menunggu. Pakat-pakat turun ke bot. Macam manarik saja bot ni.
Oklah sampai sahaja masukkan barang dalam bilik. Diluar nasi lemak bungkus dah tersedia. Makan bagi kenyang dulu sambil bot mula perjalanan. Masa ini hantar dulu apa-apa pesanan talifon seperti wasap dan FB sebab selepas berlayar jauh talian hayat talifon dan data dah tak ada. Bye bye dunia luar.
|
Selfie dulu. Dekat jeti line talifon ada lagi. |
|
Makan nasi lemak dulu buat alas perut. |
Semetara berlayar bos kami beri sedikit kata dan selepas itu semua memperkenalkan diri, bukan tak kenal tetapi ingin lebih mengenali diluar suasana kerja.
|
Sedikit ucapan dari Bos. |
|
Ice breaking. |
|
Tokey bot pun bagi ucapan juga. Penerangan mengenai bot dan juga maklumat Hutan Belum. |
Tokey House Bot pun selepas itu memberi sedikit penerangan mengenai Royal Belum ini. Ramai yang tak tahu Hutan Belum ini sangat luas dikatakan seluas 4 kali Singapura dan hutan ini berusia 130 juta tahun. Nantilah aku tulis sedikit mengenai hutan ini di lain entry.
|
Peta Huatn Belum yang berusia 130 juta tahun seluas empat kali Singapura. |
Semasa bot berlayar membelah Tasik Temenggor, bolehlah layan keindahan Tasik Temunggor dengan kiri kanan hutan berusia 130 juta tahun. Sepanjang perjalanan masih dapat dilihat ada lagi tunggul-tunggul pokok tinggalan dari proses mengempang ar untuk membentuk Empangan Temenggor.
|
House boat ini di tolak oleh bot ini sebab enjin asal house boat rosak. |
|
Hause boat dua tingkat. Kalau peserta ramai boleh booking yang ini. |
|
Nikmailah keindahan ciptaan Allah. |
Dalam 2 jam perjalanan bot rapat ketebing. Ada beberapa batang pokok mati tinggalan dari projek empangan manjadi tempat penambat bot supaya tak hanyut. Berhenti kami di suatu lokasi yang aku pun tak tahu dimana. Setiap pengusaha bot tahu lokasi-lokasi tempat berlabug bot mereka.
|
Proses melabuhkan bot. Bot diikat ke tunggul-tunggul pokok mati di tebing tasik. |
Selepas bot ditambat dan sebelum apa-apa aktiviti di mulakan kita makan dulu. Sungguh berselera makan sambil tengok keindahan alam. Makanan disediakan oleh pihak house boat dan top up sikit dengan bekalan yang kami bawa. Boleh saja masak di dapur mereka.
|
Yang aku ingat ayam pandan dibawa oleh kami. |
|
Alhamdulillah berselera sungguh makan atas bot. Ala-ala nelayan gitu. |
Oklah kita sambung cerita sedikit sejarah Royal Belum dan terjadinya tasik disini.
[ Pautan Jalan-jalan Menjelajah Royal Belum pada 15hb dan 16hb Februari 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ πππ]
1.
Royal Belum - Tasik Temenggor : Perjalanan dari Penang
2.
Royal Belum - Tasik Temenggor : Masyarakat Orang Asli dan Air Terjun Sungai Kooi.
3.
Royal Belum - Tasik Temenggor : Santuari Kelah dan Bunga Rafflesia
No comments:
Post a Comment