Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tepian Tebrau

Hari kedua isteri aku kursus. Pagi nie isteri aku belanja sarapan di hotel sebelum ke kursus. Ala-ala honeymoon gitu ~ sekali sekala. Selepas dia pergi kursus, balik kebilik dan bawa bebudak ke kolam. Rendam sampai kecut.

Tengahari sekali lagi aku repeat ke Medan Selera Bomba Larkin. Macam tak puas hari tu makan Kacang Pool Haji. Walau tengahari, anak-anak makan ringan-ringan saja.
Medan Selera Larkin. Tetiba sahaja makan tengahari ringan-ringan.

Hari ini lewat tengahari isteri aku dah habis kursus, kursus di percepatkan sebab ramai nak balik awal. Jadi agenda jalan-jalan diteruskan. Kali ini mencari pintu masuk Legoland yang tak kesampaian kami sampai hari sebelumnya. Kali Alhamdulillah sampai kami ke sana.
Dapat bergambar depan pintu Legoland pun cukuplah.

Hari ini cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai. Samapi ke Legoland bukan nak masuk pun. Saja nak bergambar dan jalan-jalan kawasan sekitar.


Perjalanan diteruskan ke mercutanda Negeri Johor. Kalau tak ambil gambar dengan benda nie, maka tak konfirm sampai Johor. Ikon terbaru Negeri Johor iaitu pintu gerbang berbentuk mahkota di hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene. Harap-harap jumapa TMJ.
Mahkota hadapan pintu masuk Istana Bukit Serene.

Tak dapat jumpa TMJ pun dapat bergambar dengan post kawalan pun jadilah.

Lewat petang acara jalan-jalan pun tamat. Macam biasa perut pun perlu diisi maklumlah penat berjalan. Kali ini macam tak ada arah tujuan mencari tempat makan. Tapi godek-godek jumpa juga satu medan selera. Kami terjah ke Medan Selera Tepian Tebrau, Pantai Lido. Satu blok yang panjang yang menempatkan berbelas gerai makan. Boleh kata pengunjung memang ramai.
Medan Selera Tepian Tebrau

Tak tahu gerai mana yang sedap. Kami pilih gerai yang di tengah. Duduk sahaja, ada pelayan yang datang mengambil oder. Memang ramah, dicerita menu yang ada dan cara-cara nak oder disini. Disini jika duduk dihadapan suatu gerai katakan Gerai A maka kena oder makanan utama di Gerai A dan makanan sampingan boleh dioder dari gerai-gerai bersebelahan.

Menu Laksalicious

Kami duduk dihadapan Gerai Laksalicious House. Ini dia apa yang kami oder untuk makan malam. Kami oder sup tulang, sup singapore, nasi goreng dan nasi putih dari Gerai Laksalicious dan ayam dan sotong dari Gerai Dol Mat Mini disebelah.
Sup Singapore @ Sup tulang merah singapore. Katanya sup tapi merah dan pekat macam sambal tumis. Rasa tak pedas dan kuah boleh hirup begitu saja, memang sedap. Ada dicucuk straw, boleh sedut sum sum.

Sup tulang
Nasi goreng udang untuk Firas. Puas hati banyak.

Kepak ayam masak lemon madu. 

Sotong goreng rangup bermadu. Sotong ini rapuh boleh makan macam keropok. Kalau makan susah nak berhenti.

Alhamdulillah semua makanan memang sedap. Disini tempat parking sukar sedikit sebab pengunjung yang ramai dan lot parking yang terhad. Jadi pandai-pandailah parking ditepi jalan. Dibawah sedikit maklumat Medan Selera Tepian Tebrau ini.

Medan Selera Tepian Tebrau
Jalan Sungai Chat
Johor Bahru

Wakti dibuka aku tak pasti sebab banyak gerai.

GPS:
1.461013, 103.738102
1°27'39.6"N 103°44'17.2"E

Lokasi dari Google Map.



Ini merupakan malam terakhir berada di Johor Bahru. Esok pagi sayonara, selamat tinggal Johor. Disini aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kat isteri aku yang banyak sponser dalam perjalanan ini. Lain kali sponser lagi hahahahaaa.

[ Pautan jalan-jalan ke Johor dan Singapore pada 28/11/2015 - 2/12/2015]

1. Restoran ZK Kuala Lumpur
2. Kacang Pool Haji dan Abah Beriani JB
3. Senibong Seafood Village
4. S.EA. Aquarium Singapore dan Restoran Zam Zam
5. Singa Hibrid Merlion dan Garden By The Bay Singapore
6. Mee Rebus Hj Wahid dan Restoran ZZ Sup Tulang
7. Istana Bukit Serene dan Medan Selera Tebrau

3 comments:

  1. Alamak nampak sedpa smeua makanan. Nanti kalau ke johor lagi boleh la try siakap stim limau paksoh. Sedap. Kat area stulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq lawat sini... Banyak tempat sedap tapi tak boleh pi semua... masa terhad... nanti kalau sampai JB lagi pi setulang pula.

      Delete
  2. Siakap Goreng kat Restaurant Rahmat Pasir Gudang dan nasi goreng kg di gerai no 31 Tepian Teberau pun mabeles. Pmrestaurant seafood di pantai rengit...gerai plg hujung..order la nasi goreng seafood special(1 pinggan blh mkn 2 org) dan shell out RM30 utk 3 org..mmg sgt berbaloi..x percaya..cuba lah..i pun x percaya.

    ReplyDelete