Friday, August 15, 2014

Haji Umrah 2013 : Madinah 5

Kat Madinah nie pun macam kat Mekah juga, dah ramai umat manusia datang  kesini maka bersepah dengan bermacam jualan. Ada yang buka di tepi jalan, tengah jalan dan di bawah bangunanan.

Macam-macam ada dari pakaian, alat permainan, tasbih, buah-buahan, tamar, lebai, rempah ratus, minyak atar. Kebanyakan barangan boleh tawar menawar. Barangan kat sini murah ka tak? Aaku tak pasti. Layan sajalah gambar kat bawah nie.

Selendang di letak di atas jalan.

Selendang
Serban, lebai.



Berbagai buah-buahan segar seperti pisang, kurma segar, angur, epal, limau.

Rempah dan berbagai kekacang dijual.
Tasbih
Boleh kata kat bawah setiap bangunan hotel sekitar Masjidil Nabawi nie ada dibuat seperti bazar atau kedia-kedai yang menjual berbagai barangan. Kebanyakan bazar kat bawah nie manjual pakaian, jubah, jam dan minyak attar. Siapa yang gila jubah boleh gila, janji bawak duit. Kalau tawar lebih-lebih kat sini bolehlah dengar perkataan "Malaysia Bakhil". Mula-mula kami terkejut juga peniaga kat sini kata perkataan tu. Tapi lama kelamaan dah biasa mungkin cara mereka provok jemaah Malaysia untuk beli dengan harga yang lebih tinggi atau jangan dok tawar lebih-lebih.


Jubah.

Kalau ke Madinah pasti ramai yang tak lepaskan untuk ke Pasar Kurma. Tak jauh dari Masjidil Nabawi, boleh jalan kaki saja.
Pasar Kurma
 Sebuah bangunan yang menempatkan berpuluh-puluh kedai yang menjual kurma, badam, kismis, buah tin, kacang cerdik, cokelat dan sebagainya.

berpuluh kedai menjual kurma, kismis dan senagkatan dengannya dibawah satu bumbung.
 Masuk kat pasar nie macam pasar kat tempat kita lah, pah-pak arab nie akan panggil masuk ke kedai mereka. Nak rasa boleh tapi kena minta kebenaran dulu. Barangan kat sini boleh tawar menawar. Jadi pandai-pandailah menawar.



Datang jalan kaki saja tapi selepas borong buah kat sini, boleh tahan la jalan kaki balik. Terasa jauhhhh saja hotel tuu.

Kalau jemu dengan masakan yang TH sediakan banyak kedai-kedai makan sekitar masjid. Macam-macam ada dari western  hingga ke Indonesia. Ada juga rangkaian restoran makanan segera seperti Starbuck kat sini.
Burger
 



Makan kat sini kira nasib lah. Ada yang kena dengan selera ada yang tak sedap. Apa-apa pun cuba lah masakan kat sini baru tau. Tapi kalau nasi macam biasa, sepingga boleh makan dua orang, aku makan sorang ja.





Dengan kedatang rakyat Indonesia yang ramai, restoran menyediakan makanan Indon memang banyak terutama bakso. Tukang masak bukan indon tapi rakyat negara lain. Yang datang makan pun bukan setakat rakyat Indon, pak arab pun makan sama.


Kalau ikutkan hati boleh tersasar matlamat datang ke Madinah untuk beribadat di Masjid Nabi menjadi beriadah membeli belah.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...