Friday, September 2, 2011

Rempah Kari Pilihan Qalbu

Hari nie sebelum Jumaat, aku pi cari rempah kari. Kedai dekat rumah tutup, jadi pi kedai Cina. Jauh sikit. Ada rempah yang aku mau. Ambik 3 peket. Masa nak bayar kat kaunter. Terdengar perbualan seorang perempuan Melayu dengan apek kedai,

Perempuan M: Apek ! rempah Alagappas tak ada ka?
Apek : Tak dak, Babas ada, mau ka ?
Perempuan M: OK lah

Lebih kurang macam tu lah perbualan mereka. Tak kisahlah perbualan tu macam mana. Yang aku tak puas hati tu sebab masa aku cari rempah tadi ada dua produk bumiputra iaitu rempah Adabi dan  Cap 'O' dan satu produk bukan bumi iaitu Babas dan satu lagi aku tak pas ti cap Tarbus.

Gambar hiasan
Kenapa kita tak pilih produk bumiputra?. Apa kurangnya rempah yang dikeluarkan, dari lidah aku rempah apa pun  yang digunakan bergantung kepada tangan yang memasak kari tu. Walau kesemua ada logo halal tapi biarlah keluaran kita, maklumlah barang makanan dan juga kalau kita tak sokong siapa lagi nak membantu ?.
Jenama yang dipilih mungkin merupakan pilihan turun temurun yang disampaikan sejak bergenerasi. Tapi kita boleh merubahnya, kerana ketika ini sudah banyak di pasaran  produk yang dikeluarkan oleh bumiputra seperti Adabi, Faizah, Cap 'O', Hang Tuah dan banyak lagi jadi tepuk dada tanya selera

6 comments:

  1. Depa ni konon nak gulai mcm mamak.. pi beli rempah india. Siyes ayaq tgn men peranan woa.. rempah apa pon bleh aih.. utamakan keluaran muslim bumiputera.

    ReplyDelete
  2. Betul tu...kalau tak tau masak jangan disalahkan rempah pula.

    ReplyDelete
  3. Tahun 2016 kilang cap o dah ditutup sepenuhnya, cina ambil alih tp anak pd tauke cap o buka produk rempah kari diberi nama cap aween.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa jadi cam tu pulak... jenama dah terkenal juai kat orang

      Delete
    2. MAAF MENYELIT , AWAK KALAU TAK TAHU PASAL NI JANGAN MAIN CAKAP JA K . :)

      Delete
    3. Betul ke tak kilang die ttup?
      aku p cari rempah kari merah da takdak..yg lain ja ada

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...