Kenapa 16 Mei Dipilih Sebagai Hari Guru?

Dah sambut hari guru tiap-tiap tahun, tapi tahu tak kenapa 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia? Tahu dak negara-negara lain kat dunia nie pun menyambut Hari Guru tetapi pada tarikh-tarikh yang berbeza? Tarikh sambutan Hari Guru di setiap negara ditentukan oleh mereka sendiri berdasarkan sejarah atau peristiwa-peristiwa tertentu (rujuk Wikipedia). Jadi kenapa Malaysia memilih 16 Mei untuk menyambutnya?

Maklumat dari http://www.moe.gov.my/v/hariguru:

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 

  •  Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU

Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.


Apa kandungan LAPORAN RAZAK tu???

Antara yang terkandung dalam Penyata Razak ialah:

  1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

  2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

  3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan

  4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

  5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

  6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif

  7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan.

Selepas Laporan Razak, ada beberapa fasa penambah baikan sistem pendidikan di Malaysia seperti Laporan Rahman Taib.

Dah cut paste maklumat kat atas terlupa nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru aku dan guru-guru yang telah mendidik anak-anak aku dari lahir sehingga kini.



No comments:

Post a Comment