Haji Umrah 2013 : Holiday Villa Madinah

Mak bapak ngan anak-anak yang ambil UPSR tahun nie mesti dok tengah tention. Cikgu pun tention sama sebab nak kena buat ulangkaji lagi. Cuti sekolah minggu depan nie nak buat jalan-jalan  cuti Malaysia pun dah kurang meriah. Bebudak tu kena ambil semula kertas Sains ngan BI pada 30hb Septembert nie. Apa-apa pun benda dah berlaku anggap itu sebagai ujian. Mungkin apa yang terjadi Allah nak beri yang lebih baik lagi.
******************

OKlah... Lama terhenti, sambung balik catatan Haji nie. Sepanjang berada di Madinah, Holiday Villa Madinah menjadi tempat kami menginap. Jarak ke Masjid Nabawi lebih kurang 200 meter ke pintu masjid.
Holiday Villa Madinah
 Hotel berapa bintang tak taulah. Masa kami sampai bilik yang mungkin untuk dua orang telah di tambah katil untuk muat empat orang. Sempitlah sikit, jadi pandai-pandai susun beg kat sini. Tapi tilam memang boleh tidur mati. Kemudahan lain seperti sebuah hotel biasa, disediakan cerek air panas, TV, air cond. Kat sini walau cuaca sejuk tapi air kat dalam bilik air tetap panas juga.  
Suasana dalam bilik.

Air bancuh sendiri.
Dari hotel untuk sampai ke masjid rasanya dalam 10 minit saja. Kalau dengar azan sempat lagi jalan ke masjid sebab kat Masjidil Nabawi nie sembahyang dilakukan lebih kurang 15 minit selepas azan.

Menunggu lif
Di hotel ini juga makanan disediakan oleh TH untuk tengahari dan malam, disediakan dalam pek aluminium. Seperti biasa nasi, lauk, sayur, air meneral dan buah. Nasi disini pendek-pendek tak seperti kat Mekah.
Alhamdulillah, rezeki

Nak makan kat dewan makan atau pun nak bawa naik ke bilik pun boleh. Tapi makan kat bilik atau kaki lima bilik tak berapa sesuai sebab sempit, jadi lebih selesa makan kat dewan makan saja.
Santap kat dewan makan.

Kaki lima depan bilik, tempat lepak-lepak dan makan. Kerusi yang banyak di lobi tu dikeluarkan dari bilik untuk memberi ruang kepada beg-beg.
 Dewan makan nie juga di jadikan tempat untuk memberi taklimat dan juga ceramah kepada jemaah.   Masa kami ni sini, TH telah menjemput Prof Muhd Kamil memberi ceramah. Boleh keluaq ayaq mata juga la dia punya ceramah, kena dengan situasi ketika itu.
Mendengar ceramah Prof Muhd Kamil.
Kat sini tak seperti kat Abraj Janadriyah Mekah, boleh basuh baju dan sidai kat bumbung, maklumlah kat sini taraf hotel. Boleh lah basuh sikit-sikit disidai kat bilik air. Nak lebih-lebih kenalah cari kedai dobi. Banyak juga kedai dobi tapi tersorok, kena carilah kat kedai-kedai bawah hotel di sekitar. Harga pula mahal sedikit dari Mekah. Tak kisahlah kat sini cuma duduk lebih kurang lapan hari saja. Lagi pun pakaian tak berapa nak berbau sebab sejuk.

Di Madinah, Tabung Haji menjadikan Hotel Al-Haram, bertentangan dengan hotel Holiday Villa Madinah sebagai ibu pejabat. Kat situ disediakan klinik, farmasi dan kaunter kewangan.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



Siti Sarah : Selamat Menempuh UPSR

Hari nie Siti Sarah bakal menempun satu lagi ujian hidup, bakal menduduki peperiksaan UPSR selama 3 hari. Semoga dia dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Doa oleh guru-guru SK Bertam Perdana.
Guru-guru dan pihak sekolah telah memberi sepenuh usaha untuk membekalkan anak-anak ini dengan ilmu dari kelas harian sehingga di buat kelas tambahan di waktu petang. Motivasi memantapkan diri diberi dan di iringi dengan solat hajat setiap hari dan ada kalanya di buat kelas tambahan hari cuti. Semoga anak dididik berjaya.

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Pusat tuisyen Puji di Masjid At Taqwa Bertam Indah.
Pusat tuisyen juga memberi perhatian yang lebih untuk pelajar tahun 6 dengan ditambah seminar untuk memantapkan pengetahuan anak-anak. Walau dibayar duit tapi komitmen guru-guru tak boleh dibeli.

Ibu bapa lagi lah berdebar  melihat anak-anak akan menduduki peperiksaan. Leteran dan semangat diberikan supaya anak-anak jangan lupa mengulangkaji. Dibeli buku-buku latihan supaya buat latih tubi. Dilapangkan masa dan adik-adik jangan kacau untuk mengulangkaji. Doa kejayaan sentiasa  sentiasa di pohon. Kadang-kadang mak bapa yang ketaq lebih.

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Surau Al-husna Taman Bertam Perdana.
Menghampiri peperiksaan UPSR, masjid dan surau pun tak ketinggalan mengadakan bacaan Yasiin dan solat hajat mohon kejayaan anak-anak khariah. 


Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim.
Segala usaha dan bakti yang dicurahkan oleh guru-guru tak kiralah di sekolah atau di tempat tuisyen kami ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Begitu juga jutaan terima kasih bantuan dan doa yang diberikan oleh rakan-rakan.   

Setelah usaha dan doa dipohon maka hari ini diri diuji. Moga Siti Sarah dan rakan-rakannya dapat menjawab dengan tenang dan mengingati segala apa yang dipelajari. Moga Allah memudahkan Siti Sarah dan rakan-rakannya  menjawab soalan-soalan UPSR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Moga dengan kejayaan akan menjadikan kami insan yang bersyukur dan bertaqwa dan membawa kejayaan ini ke tempat lebih tinggi. Kami berserah kepadaMu Ya Allah, segala keputusan yang Engkau berikan, kami akan terima dengan redha dan jadilah kami orang-orang yang redha dan sabar. Tunjukkanlah jalan-jalan menuju kejayaan yang Engkau redhai ya Allah.




Kuliah Ilmu September 2014

Disini lahirnya sebuah cinta. Haaa... jom pi masjid, cinta denga ilmu yang boleh bawak mati. Pakat ramai-ramai menambah ilmu di masjid dan surau sekitar Bertam Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, SPU:




Masjid At Taqwa Bertam Indah, Kepala Batas:




Surau Al Husna Bertam Perdana, Kepala Batas:





Surau Al-Muttaqin Bandar Putra Bertam:


"akan datang"


Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.


Yasiin - Moga berjaya dunia akhirat

Semalam berlangsungnya solat hajat dan juga bacaan yasin untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Majlis yang dianjurkan oleh Parlimen Kepala Batas untuk penduduk sekitar Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim.

 Segala pelajaran di sekolah dah diikuti, latihan tambahan dah buat, buku-buku diulangkaji, tuisyen dan kelas tambahan dah pi dan jangan lupa apa-apa kejayaan tetap ditangan Allah. Dia yang sebaik-baik perancangnya. Mohonlah kepadaNya.
 
Tahun nie, tahun mencabar buat Siti Sarah. Tak sampai dua minggu saja lagi akan menduduki UPSR. Ya Allah ya Tuhan ku berilah kejayaan kepada anak aku Siti Sarah untuk cemerlang didalam peperiksaan UPSR, untuk mendapat 5A tercapai dan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Begitulah juga kepada anak-anak aku yang lain, Muhammad Ammar, Ahmad Firas dan Nur Fatini semoga mereka juga menjadi manusia yang cemerlang didunia dan akhirat. Amin.


Popia Mohamad King Alor Setar

Kalau balik kampung kat Alor Setar, waktu petang aku selalu beli cucuq kat tepi Jalan Tun Abdul Razak dekat Taman Koperasi. Sebuah van putih parking betul-betul tepi jalan juai macam-macam jenis cucuq. Kali nie pun macam biasa nak beli cucuq tapi tanpa dirancang ternampak sebuah kereta tolak jual popia basah. Jadi tertambah menu popia basah la pulak kali nie.

DSCF4470
Popia Mohamad King
Popia Mohamad King, bunyi pun dah macam raja. Walau nama popia tapi bukan sekadar popia saja di jual. Ada juga pasembor, bahan-bahan adik beradik pasembur juga la tuuu.
DSCF4467

Kat kereta sorong tu kalau baca betul-betul, boleh tahan dia punya femes siap ada gambar dengan Dr Mahathir dan juga VIP-VIP yang lain. Kira tahap raja jugalah popia nie.

DSCF4469
Menu Popia Mohamad King: Popia basah, popia telur, pasembur.

Walau kereta tolak saja tapi cara buat popia ada ISO. Masa aku pi ada 3 orang pekerja semua pakai unifom biru, yang lelaki tu tokey la kot. Kebersihan kat gerai dijaga bersih, periuk berkilat.
DSCF4471
Tempat pembuatan popia bersih dan kemas.
Sat set popia basah ada 5 biji harga RM 4.00. Besar-besar juga saiz popia tu. Bawak balik rumah, nie dia popia tuuu.
DSCF4472
Bagi aku popia nie boleh kata sedap juga. Sos yang dicalit tak berapa pedas, nak cerita pun aku tak tau. Tapi aku lebih suka popia yang di calit sos merah yang pedas-pedas manis. Apa-apa pun ikut kepada cita rasa masing-masing.

Popia Mohamad King nie terletak ditepi Jalan Tun Razak di Taman Koperasi PKNK, berhadapan dengan Giant Alor Setar, kat sebelah tu ada stesen minyak Petronas. Dibuka sebelah petang saja. Susah-susah sangat tengok kat Google map kat bawah.




TV3 Taja 30 Jemaah Haji

Dah dekat musin haji. Alhamdulillah kepada yang telah mendapat tawaran untuk menjadi tetamu Allah. Bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke 30 tahun, TV3 dengan kerjasama Tabung Haji akan menaja 30 orang jemaah haji pada tahun nie.
Gambar dari Berita Harian Jun 2014
Jemaah yang di pilih merupakan mereka yang telah terpilih untuk menunaikan haji tahun nie tetapi kekurangan wang untuk kesana. Program ini dilancarkan pada Jun 2014 lepas. Mereka yang terpilih akan bertolak ketanah suci September nie.

Kita kat malaysia bolehlah melihat cetik-detik persiapan dan perjalanan mereka akan dapat disaksikan menerusi program selangkah haji yang bersiaran pada hari Raya Aidil Adha ini.

Alhamdulillah rezeki bakal tetamu Allah dan juga tahniah kepada TV3. Harap program ini berjalan lancar. Cuma aku harap program ini bukan salah satu program realiti yang bermatlamat keuntungan semata-mata. Jangan pula menganggu perjalanan ibadah mereka dengan  diselitkan acara-acara yang tak bermanfaat.
Petikan akhbar Berita Harian Jun 2014

p/s: Ada terdengar program-program kebajikan di TV yang meminta peserta menangis untuk meningkatkan simpati penonton.



Gambar Mangsa MH17

Aku tak mau tulis mengenai Hari Berkabung Negara atau rentetan peristiwa MH17, semua orang dah maklum.

Aku nak tulis mungkin apa yang kita mungkin lupa. Ini mengenai paparan gambar mangsa terutama mangsa wanita Islam oleh media massa dan juga ahli keluarga mangsa. Bukan apa kasihan kat roh mangsa terutama kaum wanita jika didedahkan gambar tak menutup aurat kepada umum. Jika boleh sebelum nak tunjuk gambar-gambar tu photoshop dulu bagi elok.

Jadi kepada wanita dan lelaki di luar sana simpan juga gambar yang menutup aurat supaya senang ahli keluarga menggunakannya ketika-ketika tertentu.