Hari nie Siti Sarah bakal menempun satu lagi ujian hidup, bakal menduduki peperiksaan UPSR selama 3 hari. Semoga dia dapat menjawab soalan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang.
|
Doa oleh guru-guru SK Bertam Perdana. |
Guru-guru dan pihak sekolah telah memberi sepenuh usaha untuk membekalkan anak-anak ini dengan ilmu dari kelas harian sehingga di buat kelas tambahan di waktu petang. Motivasi memantapkan diri diberi dan di iringi dengan solat hajat setiap hari dan ada kalanya di buat kelas tambahan hari cuti. Semoga anak dididik berjaya.
|
Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Pusat tuisyen Puji di Masjid At Taqwa Bertam Indah. |
Pusat tuisyen juga memberi perhatian yang lebih untuk pelajar tahun 6 dengan ditambah seminar untuk memantapkan pengetahuan anak-anak. Walau dibayar duit tapi komitmen guru-guru tak boleh dibeli.
Ibu bapa lagi lah berdebar melihat anak-anak akan menduduki peperiksaan. Leteran dan semangat diberikan supaya anak-anak jangan lupa mengulangkaji. Dibeli buku-buku latihan supaya buat latih tubi. Dilapangkan masa dan adik-adik jangan kacau untuk mengulangkaji. Doa kejayaan sentiasa sentiasa di pohon. Kadang-kadang mak bapa yang ketaq lebih.
|
Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Surau Al-husna Taman Bertam Perdana. |
Menghampiri peperiksaan UPSR, masjid dan surau pun tak ketinggalan mengadakan bacaan Yasiin dan solat hajat mohon kejayaan anak-anak khariah.
|
Majlis bacaan Yasin dan solat hajat dianjurkan oleh Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim. |
Segala usaha dan bakti yang dicurahkan oleh guru-guru tak kiralah di sekolah atau di tempat tuisyen kami ucapkan jutaan terima kasih, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Begitu juga jutaan terima kasih bantuan dan doa yang diberikan oleh rakan-rakan.
Setelah usaha dan doa dipohon maka hari ini diri diuji. Moga Siti Sarah dan rakan-rakannya dapat menjawab dengan tenang dan mengingati segala apa yang dipelajari. Moga Allah memudahkan Siti Sarah dan rakan-rakannya menjawab soalan-soalan UPSR dan mendapat keputusan yang cemerlang. Moga dengan kejayaan akan menjadikan kami insan yang bersyukur dan bertaqwa dan membawa kejayaan ini ke tempat lebih tinggi. Kami berserah kepadaMu Ya Allah, segala keputusan yang Engkau berikan, kami akan terima dengan redha dan jadilah kami orang-orang yang redha dan sabar. Tunjukkanlah jalan-jalan menuju kejayaan yang Engkau redhai ya Allah.
No comments:
Post a Comment