Cermin Gelap dan Peraturan JPJ

Sehari dua nie sebok dengan isu cermin gelap pulak. Maka undang-undang lama pun di buka semula. Maka tersenarai orang-orang yang boleh pakai cermin gelap. Antaranya asnaf terlibat:

1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri

OKlah senarai tu. Tapi semenjak aku dok naik kereta nie selalu dok berselisih dengan kereta-kereta yang bercermin gelap, tak kan semua tu tergolong dalam 10 asnaf diatas. Ramai yang pasang ikut suka hati saja tanpa kelulusan.

Ingin juga aku nasihatkan JPJ untuk mencuci dahulu pagawai dan bukan pegawai dalaman JPJ dalam pengutkuasaan Kaedah-kaedah kenderaan Bermotor nie. Cuba buat satu hari Pegawai yang nak buat penguatkuasaan nie pi buat pemeriksaan mengejut kat tapak parking staf JPJ. Cuba periksa sport rim, ekzos, cermin gelap, enjin dan macam-macam lagi. Saman dulu bagi bersih, baru mula saman pengguna kenderaan luar? Ada boleh??

Saman pula biarlah telus. Jangan yang naik kereta mahal atau no plat tertulis AMN, PJK dan sebagainya dilepaskan dan yang naik kereta murah atau tak berpangkat kena tahan. Biar undang-undang di dilaksankan untuk semua.

p/s: Tunggu pindaan yang mungkin akan dilakukan lagi.




Haji Umrah 2013 : Ziarah Kota Mekah

Inilah perjalanan ziarah pertama yang kami ikut iaitu ke Kota Makkah. Semua jemaah berhimpun di awal pagi dan menaiki beberapa biji bas. Bas kami dibimbing oleh seorang mutawif dari Malaysia. Aku lupa pula apa nama beliau. Apa-apa pun dia punya cerita sejarah dalam lawatan nie memang menarik.



Mutawif dari Kedah
Destinasi pertama ialah Jabal Thur, iaitu gunung yang mepunyai sebuah gua menyimpan sejarah hijrah Rasulullah. Disinilah Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar menyorok atas perintah Allah daripada ancaman pembesar Bani Quraish. Peristiwa ini berlaku ketika baginda sedang dalam perjalanan Hijrah ke Madinah.

Kami cuma lihat gunung tu dari jauh sahaja mendengar cerita ustaz.
Banyak peristiwa yang berlaku ketika Rasulullah berada didalam Gua Thur ini. Peristiwa Abu Bakar dipatuk ular, kisah cicak yang berbunyi dan kisah labah-labah yang membina sarang di muka pintu gua.  Sejarah Jabal Thur ramai yang tulis, bolehlah cari kat internet.
Nun jauh di sana Jabal Thur.
Dari Jabal Thur kami ke Jabal Rahmah pula. Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. Gunung ini  diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun setelah diturunkan dari langit ke bumi. Adam diturunkan di India dan Hawa diturunkan di Jeddah.

Sehingga kini, gunung ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Tugu tu bukan binaan dulu kala. Banyak jemaah yang naik ke gunung ini untuk melawat atau berdoa di situ.

Kami sampai kesini mula-mula dok pikir nak naik ka atau tak naik? Tapi rasa rugi lah pulak dah sampai tak naik gunung nie. Jadi apa lagi dengan kederat yang ada kami pun panjatlah ~ tulis macam gunung nie tinggi. Daki melalui laluan berbatu-batu.
Mendaki Jabal Rahmah
Alhamdulillah sampai ke kemuncak. Orang punyalah banyak, bersesak-sesak dengan tujuan masing-masing. Ada yang buat benda betul dan ada yang buat perkara bidaah. Jadi jangan dok ikut orang-orang sesuka hati, datang dengan tujuan baik tetapi dikotori dengan pekara mengarut.

Tugu atas kemuncak Jabal Rahmah.
Bersempena dengan pertemuan Adam dan Hawa di kawasan gunung nie ramailah yang berdoa untuk bertemu jodoh, mengekalkan jodoh atau mengeratkan kasih sayang kat gunung nie. Jangan beriktikad bahawa tempat ini atau gunung ini yang memakbulkan doa pulak ~ nauzubillah. Pohonlah kepada Yang Esa. Ada pula yang pi tulis nama-nama kat batu-batu dan juga tugu kat sini ~ yang nie pun satu hal lagi.
Pengawal menghalang seorang jemaah yang nak tulis atas tugu.



Lepas beberapa ketika kat situ, masa nak balik baru nampak ada satu tangga telah disediakan kat bahagian satu lagi gunung tu. Sikit punya senang nak turun dari masa memanjat naik tadi.


Tangga disediakan untuk naik ke puncak Jabal Rahmah
Batu-batu kat Jabal Rahmah nie dari bawah sampai ke puncak menjadi tempat menulis. Penat kerajaan Saudi kena cat semula. Entah apa yang diniatkan. Harap jemaah Malaysia tak buat macam ni. Biarlah Sudirman saja yang berlagu Joget Kenangan Manis:

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku



Tulis nama atas batu

Waima kat anak tangga pun habis di tulis.
Jabal Rahmah nunn... dibelakang tu.
 Selesai menanjat Jabal Rahmah perjalanan diteruskan ke kali ini ke Jabal Nur. Tempat yang amat penting dalam sejarah umat Islam iaitu gunung yang menempatkan Gua Hira. Gua yang mana Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu dan ayat Quran pertama. Bacalah.
Kami melihat dari kejauhan sahaja. Ternampak barisan orang yang mendaki ke gunung tersebut ingin melihat sendiri bagaimana keadaan Gua Hira tu. disini Mutawif menerangkan serba sedikit sejarahnya dan cara nak datang kalau sesaiapa yang berhajat nak mendaki.
Jabal Nur, kat atas tu terlerletaknya Gua Hira.
Dalam perjalanan kali ni juga kami dibawa sepintas lalu ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, lihat dari dalam bas sahaja. Lagi pun ketika wukuf dan melontar kami dah kesana. Kat Arafah dan Muzdalifah cuma nampak padang pasir berpokok sahaja, khemah sudah tak ada. Mina pula kelihatan khemah-khemah yang kosong.

Tempat terakhir yang disinggah ialah Miqat untk mengerjakan Umrah, Ja'ranah. Berhenti di masjid di Ja'ranah, kepada lelaki boleh tukar pakai ihram, niat umrah dan sembahyang sunat ihram.

Masjid Ja'ranah

Ramai peniaga yang mengambil kesempatan dari kebanjiran jemaah yang berhenti di Miqat untuk mengerjakan umrah.
Selesailah ziarah yang memakan masa separuh hari sahaja. Pulang ke Maktab jangan lupa pi tawaf dengan sai umrah dan bercukur.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



** Jabal bermaksud Gunung.

Restoran Original Hadramout Kepala Batas

PERHATIAN:

13hb Jun 2015: Hari nie semasa aku sedang bersantap di Kiosk Bertam Perdana ternampak restoran nie dah dibuka mengantikan Restoran Asiatica. Boleh try berbuka bulan Ramadhan nie. Berekatan dengan Kiosk Bertam.

30hb May 2015 : Untuk makluman Restoran Original Hadramout nie telah tutup dan akan berpindah ke lokasi baru di Pusat Bandar Bertam Perdana mengantikan Restoran Asiatica. Nanti aku update bila telah dibuka.

~~~~~~ *****~~~~~~

[ 18hb May 2014]

Bersempena Hari Ibu walau terlewat tapi nak bawak makan-makan juga. Mana ada lewat, setiap hari Hari Ibu, semua orang ada ibu. Aku bawak isteri la, ibu kepada anak-anak aku. Apa pun biar hari nie spesial sikit.

Ok lah malam Isnin yang lepas kemi terjah restoran nasi arab, Restoran Original Hadramout walau hujan dok turun. Esok cuti Wesak jadi bolehlah makan dengan khusyuk sikit. Restoran nie kat Pekan Kepala Batas saja. Restoran nie baru buka di hadapan Bangunan Telekom dekat komplek Dato Kailan. Nak kata baru pun tak juga tapi rasanya dibuka awal tahun nie.
DSCF4421
Restoran Original Hadramout Kepala Batas
 Kat depan bangunan Telekom nie dah banyak tokey yang buka kedai makan, dari masakan Melayu sampai kedai nasi kandar, tak bertahan lama. Kali nie restoran masakan Arab pula buka. Baru ada kelainan kat Pekan Kepala Batas yang kebanyakan kedai makan dikuasai oleh Mamak nasi kandar, naik cemuaih. Apa merepek pi matapelajaran sejarah pulak.

Sampai ja kat sini, manusia boleh kata penuh meja. Mungkin semua masuk makan kat dalam sebab hujan. Alhamdulillah ada juga meja yang masih tak berpenghuni.

DSCF4374
Menu makanan arab kat Restoran Hadramout
Duduk saja, tokey kedai mai ambik oder. Dok tau kalau makan nasi arab nie kalau oder sepinggan mesti bertimbun boleh dua orang makan. Oleh kerana nak rasa serba sedikit maka tokey tu kata boleh oder campur. Tokey nie cakap pun dengan slang arab, arab lah kot sebab muka pun macam pak arab. Ada pilihan sekilo atau setengah kilo. Kami pun tak pasti apa yang dia campur dan banyak mana. Kami ambil sajalah yang setenga kilo dulu dengan beberapa air ~ air biasa saja.
DSCF4359
Restoran Hadramout Kepala Batas
Dok tak berapa lama datang setalam ~ talam kecil ja. Ada dua jenis nasi kalau tak silap nasi mendi (cerah sikit) dan nasi madhgout ( kaler oren), lauk ayam dan kambing, salatah, sup dan sambal. nampak jauh macam sambal belacan tapi bila rasa... entahlah nak sebut pun tak tau.
DSCF4360
Talam setengah kilo:  dua jenis nasi, ayam, kambing, salatah, sup dan sambal.
Nak tunggu apa lagi, kasi licin. Memang terasa keArabannya. Memang betul nasi dan lauk arab,  bukan nasi arab yang perasa mamak. Tak sia sia makan kat sini.
DSCF4363
Oleh kerana talamnya kecil cuma setengah kilo untuk makan 6 orang kami oder satu lagi ~ cover line. Kali nie oder setalam macam tadi juga cuma nak lauk kambing saja. Yang nie pun sat saja clear.
DSCF4365
Yang nie pun setengah kilo juga tapi lauk kambing ja.
Tetiba (buat suara gema sikit), yang nie bukan dirancang. Tetiba lintas ada hamba Allah mana oder benda apa entah kat sebelah kami. Nampak macam ada daging dan salad. Dengan tak semena-mena kami pun oderlah juga benda tu sambil tunjuk kat hamba Allah yang oder tadi. Itulah namanya kebab kambing.
DSCF4367
Bakar kebab.
Sambil dok tunggu kebab sampai, dengan tak semena-mena lintas pula segelas air teh arab singgah kat meja sebelah pula. Aku pun dengan tak semena-mena oder secawan.  Tak lama sampailah air tu. Boleh tahan sedap terasa rempah dan pudina tapi manisnya terlebih sedikit.
DSCF4371
Teh arab.

Lama juga tunggu kebab sampai, nasi kat talam pun dah habis. Tunggu lama sebab daging kena panggang. Nie dia dah sampai... kebab nie datang dengan nasi juga, ingatkan ada daging dengan salatah sahaja. Jadi hari nie quata nasi maksimum. Tapi OKlah makan beras panjang.
DSCF4372
Kebab: dua kebab, nasi, salatah dan sambal.

Alhamdulillah kenyang. Rasanya Ayah yang terlebih dari yang diraikan. Keseluruhan makan kat sini memang sedap dan layanan diberi pun baik. Dok tengok pelanggan yang oder nasi saiz biasa (bukan talam) nampak memang bertimbun ~ boleh dua orang makan.
Nasi beras panjang.
  Kat restoran nie jangan dok minta roti canai, nasi kandar atau tom yam memang tak dak. Semua masakan arab. Nasi arab pun ada lima macam dari nasi mandy, madghout, kabsah, hanith dan zourbian dengan lauk ayam dan kambing. Kalau nak jaga kesihatan boleh oder panggang pula terdiri dari kabbab / kebab ayam dan daging, ayam, ekor dan kambing. Kalau sesiapa teringin makan ikan jangan mai sini, memang tak ada kat sini. Yang ada ayam, kambing dengan daging ja. Air aku tak dapat tulis sebab lupa nak ambik gambar menu air.

DSCF4369
Tokey kedai sedang ambil oder.
Restoran nie tak berdinding dan berlantaikan tar jalan sahaja, jadi waktu hujan jangan dok tepi-tepi tempias. Keseluruhan tempat makan luas, selesa dan bersih. Parking pun banyak dihadapan kedai ~ jalan mati. Harga pula sedikit mahal memandangkan restoran cuma dikaki lima jalan sahaja.


Masa bayar aku tanya dia bangsa Arab ka? Di jawab dia campur Melayu dan Arab. Tengok kat bawah tu, tulis resit dalam arab lagi.
DSCF4376
Boleh baca? ~ nie bukan resit kami makan.
Lokasi Restoran Original Hadramout nie terletak dihadapan Bangunan Telekom bersebelahan Pejabat Pos Kepala Batas. Mudah lihat kat Google Map kat bawah.




p/s: Al-Fatihah kepada ibu dan ibu mertua aku yang telah tiada semoga roh mereka berada dengan orang-orang yang beriman. Bersempena dengan Hari Guru diucapkan terima kasih kepada ibu bapa aku yang telah menjadi guru aku yang pertama, sedara mara dan semua guru-guru yang telah mendidik aku dan al-Fatihah kepada yang telah tiada.


PERHATIAN:

30hb May 2015 : Untuk makluman Restoran Original Hadramout nie telah tutup dan akan berpindah ke lokasi baru di Pusat Bandar Bertam Perdana mengantikan Restoran Asiatica. Nanti aku update bila telah dibuka.

Haji Umrah 2013 : Mekah 6

Selepas selesai melontar di Mina pada 13 Zulhijjah jemaah haji dibawa pulang semula ke Mekah untuk menyelesaikan dua lagi rukun haji yang terakhir iaitu tawaf dan juga saie. Kami sampai ke Maktab Abraj Al Janadriyah lebih kurang tengahari.
 
Cuaca pun terasa sangat panas. Jadi kami balik ke maktab rehat dulu dan kerjakan kedua-dua rukun tu lewat sikit.

Alhamdulillah hari nie sempurna dua rukun Haji iaitu Tawaf dan Saie dan juga Tertib dan juga selesailah keseluruhan ibadat haji. Macam tak percaya kami dah sampai kesini dan meyempurnakan ibadat haji. selepas ini tugas lagi berat, iaitu mengekalkan kehajiannya. Moga kami mendapat haji yang mabrur.


Selepas selesai menunaikan Haji, tempoh yang masih bersisa di kota Mekah sebelum ke Madinah masih panjang lagi. Aktiviti rutin ke Masjidil Haram diteruskan seperti biasa. Kali ini kami mengambil peluang menyertai pekej-pekej ziarah sekitar Kota Mekah dan juga Jeddah.

Dah datang jauh-jauh kalau tak ziarah tempat-tempat bersejarah dan menarik kat sini rugilah rasanya. Tunggu selepas ini....


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah 



Haji Umrah 2013 : Mabit dan Melontar di Mina 2

Hari kedua berada di Mina. Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Waktu pagi keluar jalan-jalan lihat kawasan. Dalam kawasan maktab 91, tersusun khemah-khemah besar yang dihuni jemaah Malaysia. Lorong diantara khemah digantung dengan gambar alat permainan seperti bola, bulu tangkis dan sebagainya untuk memudahkan jemaah mengecam tempat mereka.

Lokasi pelan khemah-khemah maktab 91
Khemah-khemah yang disediakan semua dilengkapi dengan penghawa dingin. Kalau tak sejuk, redha saja lah kita datang beribadat dan anggaplah sebagai ujian. Kepada yang bawak alatan elektronik seperti handphon dan kamera ada sedikit kesukaran nak cas sebab plug point tak disediakan secara rasmi. Kalau nak juga bolehlah cari kat atas tiang-tiang khemah. Kat atas tiang tu akan nampak satu kotak, kat situ ada plug. Atau ada juga yang pi hijack plug point peti ais, susah-susah bawa ja power bank.

Sesampai disini kalau aku tak silap setiap jemaah diberikan sebungkus plastik berisi makanan seperti roti dan mee segera oleh anak-anak pak arab. Jadi kalau lapar bolehlah bancuh air dan rebus mee segera. Air panas boleh didapati dari paip yang disediakan. Tapi hati-hati sebab air nie kadang-kadang ada benda asing masuk sekali, jadi sebelum bancuh tengok dulu air tu.

Lorong diantara khemah digantung gambar alat permainan untuk memudahkan jemaah kenal khemah masing-masing.
Kat sini setiap Maktab disediakan dua lokasi bilik air untuk mandi dan tandas. Satu untuk jemaah lelaki dan satu untuk jemaah perempuan. Kadang-kadang terpaksa beratur dan kadang-kadang sampai saja terus masuk. Jadi kalau nak ke bilik air tu pilih-pilih masalah jangan pi waktu puncak. Kepada jemaah pula janga dok lama-lama sangat, pikirkan sahabat-sahabat yang lain pun nak guna juga.

Keluar dari perkehmahan Maktab 91, dapatlah lihat berbagai bangsa yang datang ke sini dengan satu tujuan. Ada yang tinggal dalam khemah seperti jemaah Malaysia yang selesa dan ramai juga yang mendirikan sendiri khemah ditepi-tepi jalan dan juga di lereng bukit menanti melontar dan mabit.

Kemah didirikan di tepi-tepi jalan dan ada yang buat khemah di atas bukit.
Disekitar jalan-jalan sekitar maktab-maktab ramai yang mencari rezeki dengan kebanjiran jemaah dari seluruh dunia dengan menjual berbagai barangan. Harga pula ada yang mahala ada yang murah, kena pandai menawar la. Tapi harga akan lebih murah ketika hari terakhir melontar.
Batu cincin. Ada yang suruh aku beli batu cincin kat Mekah, tapi aku tolak sebab tak kenai batu cincing dan tak mau pening kepala mencari. Ada macam-macam nama, bentuk dan warna batu cincin, ori atau tiruan aku tak tau. Ramai juga yang dok belek-belek batu nie dan ada yang suluh dengan lampu apa yang depa tengok?


Van jual ais krim. Cuaca panas, pekena ais krim memang terbaik.
Batu cincin dan tasbih.
Jalan-jalan kat sekitar sini kalau dahaga jangan risau sebab kat tepi-tepi jalan ada disediakan beberapa tong air atau paip air yang boleh dibuat minum. Air ais lagiii ~ aku lupa nak ambil gambar.
Deretan khemah di Mina.



Saja jalan-jalan sampai ke sempadan Mina. Selepas sempadan ada tempat sembelihan.
Jalan-jalan sekitar Mina nie kalau terjumpa botol yang ada air kat tepi-tepi jalan tu janganlah dok pi ambil atau sepak sesuka hati. Botol nie ada yang berisi air kencing, takut terpercik ~ najis. Mungkin bilik air penuh dan dah tak tahan nak berbuang maka botol-botol nie menjadi mangsa.
Tempat sembelihan

Lebai / kepiah dan macam-macam lagi dari berbagai negara juga dijual di sempadan Mina.
Waktu afdal melontar ketiga-tiga jamrah pada hari tashriq, 11,12 dan13 Zulhijjah ialah selepas tergelincir matahari. Jadi kami mula perjalanan selepas tergelincir matahari, setelah selesai sembahyang Zohor.
Perjalanan melalui dua buah terowong.
Komplek Jamrah ~ empat tingkat.

Dalam perjalanan, banyak sungguh sampah yang di buang oleh jemaah terutama botol air. Harap jemaah dari Malaysia tidak buat benda-benda nie.

Dah sampai ke komplek jamrah.

Alhamdulillah dah selesai melontar ketiga-tiga jamrah.

Kat bawah komplek jamrah ramai jemaah yang duduk / rehat kat situ

Semasa jalan balik terlihat ada jemaah yang berkhemah diatas lereng bukit-bukit sekitar laluan ke jamrah.
Dok lihat kat bawah jejambat, ternampak Albaik. Albaik nie kira memang femes kat Mekah. Apa lagi, cari jalan turun ke bawah.

Nie dia Restoran Albaik. Nak beli kena beratur, lelaki dan perempuan barisan asing. Tak silap aku kat sini tak disediakan tempat makan, jadi beli bungkus dan makan lah kat mana-mana. Hanya nuget dengan air tin saja di jual.
Terowong. kalau tak silap Terowong Muassim.

 Selesai melontar ketiga-tiga jamrah di hari ketiga dan inilah serba sedikit kehidupan selama 4 hari di Mina. Para jemaah selepas ini di bawa pulang ke Makkah semula.


Pautan catatan perjalanan Haji Umrah dan Ziarah kami di Kota Mekah dan Madinah tahun 2013/1434H:

1. Haji Umrah 2013/1434H: Persiapan
2. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 1
3. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 2
4. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 3
5. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 4
6. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 5
7. Haji Umrah 2013/1434H : Menghampiri Wukuf
8. Haji Umrah 2013/1434H : Wukuf di Padang Arafah
9. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit di Muzdalifah
10. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 1
11. Haji Umrah 2013/1434H : Mabit Dan Melontar Di Mina 2
12. Haji Umrah 2013/1434H : Mekah 6
13. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Mekah
14. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Jeddah
15. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Hudaibiyah
16. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 1
17. Haji Umrah 2013/1434H : Hari Terakhir Di Mekah 2
18. Haji Umrah 2013/1434H : Abraj Al-Janadriyah
19. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Ke Madinah
20. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 1
21. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 2
22. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 3
23. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 4
24. Haji Umrah 2013/1434H : Ziarah Kota Madinah
25. Haji Umrah 2013/1434H : Perkuburan Baqi
26. Haji Umrah 2013/1434H : Madinah 5
27. Haji Umrah 2013/1434H : Holiday Villa Madinah
28. Haji Umrah 2013/1434H : Perjalanan Pulang



Catatan ini merupakan kenangan kami mengerjakan ibadat Haji Umrah dan Ziarah pada tahun 2013 / 1434H. Bukan ditulis untuk berbangga diri atau riak dengan peluang menjadi tetamuNya. Mohon dijauhkan dari sifat-sifat tersebut. Catatan ini bukan panduan mengerjakan Haji dan Umrah dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Kepada pembaca doakanlah ibadat yang telah kami lakukan diterima oleh Allah SWT dan dijemput lagi kami kesana.

Haji dan Umrah 2013 / 1434H  KT50
Makah : Abraj Janadriyah Maktab 91 Tingkat 11
Madinah : Holiday Villa Madinah