Heathrow Ke Liverpool

HARI KEDUA

21hb Disember 2020, 9 pagi.

Sudah dapat kenderaan, bermulalah perjalanan kami. Tempat pertama dituju ialah ke Manchester. Dengar sahaja Manchester, peminat bola pasti dah tahu tujuannya. Tentulah Stadium Old Trafford yang menjadi rumah pasukan pooojaan rakyat Malaysia, Manchester United. Perjalanan yang jauh lebih kurang 200KM mengambil masa lebih 4 jam.
Salah satu pemandangan dalam perjalanan.

Melalui lebuhraya. Perjalanan melewati kampung-kampung dengan rumah senibina Inggeris dengan bumbung yang curam dan cerobong asap di atas, ladang-ladang ternakan lembu, kuda, biri-biri. Sesekali ternampak kawasan pekan dan kilang-kilang. Memang cantik kawasan perkampungan yang dilalui. Jalan disini pun cantik dan luas tapi boleh bawa 60Batu/J (lebih kurang 100KM/J) sahaja. Jangan lebih-lebih ada banyak speed trap. Motosikal kadang-kadang sahaja kelihatan.

Sepanjang lebuhraya akan ada beberapa tempat rehat dan rawat (RnR) dengan papan tanda ditulis "Services". Bolehlah berhenti melepaskan lelah.
RnR atau "Services" di lebuhraya menyediakan berbagai kedai dibawah satu bumbung. Bukan setakat kedai makan dan minuman malah ada kedai runcit, buku dan kedai cenderahati pun ada.

Kawasan makan yang selesa. Ada sofa lagi.

Makanan segera dari Malaysia. Kambing Kuzi dan Nasi Lemak. Masukkan air untuk panaskan. lepas tu apa lagi, balunnn.

Jam baru menunjukkan pukul 4 petang tetapi hampir gelap. Boleh kata seperti pukul 6 atau 7 petang di Malaysia, sudah gelap.
Dah terasa aura Stadium. 

Dalam jam 5 petang kami sampai ke Satadium Old Trafford. Suasana seperti jam 8 malam di Malaysia. Turun kereta dan dilakukan acara 100M gaya bebas ke pintu masuk stadium. Tapi malang sekali dah tak boleh masuk. Panggilan akhir memasuki stadium jam 4.30 petang.  Pujuk pengawal di situ pun tak jadi. Tak ada rezeki hari ini. Jadi ambil sahaja aura sejuk luar stadium.

Acara 100M ke pintu masuk stadium. Malang sekali dah tutup. Old Trafford Stadium Manchester.


Thank You For Visiting Old Trafford. Awal terima kasih, tak masuk lagi. Walau muka ada senyum tapi dalam siapa yang tahu.

Sampai di Manchester tak kan nak ambil gambar di luar saja. Esok nak kena datang lagi. Dengan perasaan yang keciwa kami ke Liverpool. Bukan nak ke Stadium Anfield pula, jangan keciwa kali kedua - dah tentu tutup. Malam ini nak rehatkan badan di sana. Kami ke The Richmond Hotel Liverpool. Perjalanan dalam 1 jam lebih.

Dalam jam 6.30 petang kami sampai ke hotel. Sebuah hotel di Jalan Hatton Garden yang nampak klasik. Bangunan ini di senaraikan sebagai Bangunan Warisan Gred II. Walau di luar nampak klasik tapi bilik lengkap dengan heater, aircond, TV, Wifi, cerek air panas dan sebagainya. Yang menarik dan jarang terdapat pada hotel lain ialah soket elektrik banyak. Soket disini sama seperti di Malaysia, 3 pin socket.
The Richmond Hotel Liverpool. Bangunan klasik yang dahulunya menjadi Pejabat Pengangkutan. 

Bangunan lama mesti ada penjaga. Ada kepala jin atas pintu..

Tunggu di lobi sementara nak check in bilik.

Suasana dalam bilik. Serba lengkap.



Malam ini dah tak larat nak jalan. Nak makan pun kalau boleh nak di suapkan. Alhamdulillah di hadapan hotel ada sebuah restoran Lubnan menyediakan masakan Arab dan Halal. Kami bersantap di Fattoush Mediterranean Restaurant Liverpool.
Fattoush Mediterranean Restaurant Liverpool.

Dekorasi yang menarik dan suasana yang tenang dan bersih.
Masuk ke dalam restoran seperti berada dalam dunia lain. Dekorasi minimalis berciri ala-ala Arab dengan jubin bunga di kaunter dan gambar-gambar negara Timur Tengah dan juga  lampu diberi warna kekuningan. Susun atur meja yang selesa dan kebersihan memang terbaiklah. Lihat menu dulu.



Hidangan menu di Fattoush Liverpool
Dari menu yang di tunjukkan, boleh tahan banyak pilihan makanan di sini. Yang mana sedap entahlah. Tapi layanan yang diberikan memang mesra dan dengan senyuman. Selepas pelayan mengambil pesanan kami tak perlu tunggu lama kerana hidangan sampai boleh kata cepat. Haaaa ini dia yang kami semua pesan.
Teh arab.

Fatayer Zaater, seperti pizza tetapi diletakkan herba diatasnya.

Kofta kambing bersama nasi dan salad.

Ayam grill bersama nasi dan salad.

Tawook ayam bersama nasi dan salad.

Shaerma Ayam

Shawarma ayam bersama nasi dan salad.

Kambing grill

Muhalabieh - puding susu. Yang ini memang sedap. Lembut dan cair dalam mulut. 
Jika di Malaysia, nasi Arab akan diberi menimbun bersama sup tomato. Tapi disini nasi semangkuk dan tak ada sup. Ayam dan kambing yang di grill mempunyai rasa rempah yang kuat tetapi tak berapa pedas. Rasa pun hampir sama walau berlainan masakan. Bagi aku apa yang kami pesan boleh kata semuanya sedap. Sedap sebab lapar atau memang sedap, tak kisahlah. Alhamdulillah.

Oklah setakat ini dulu untuk hari pertama perjalanan dari Heathrow ke Manchester dan ke Liverpool.

Bersambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Heathrow - Landing Time

HARI KEDUA

21 Disember 2019 jam 6.00 pagi (waktu UK).

Alhamdulillah mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London Terminal 5. Lega rasanya dah sampai, letih 14 jam dalam pesawat. Sebelum keluar pesawat lihat ramai Mat Saleh dah keluarkan dan pakai jeket atau sweater. Aku pun pakai juga sweater yang dibawa. Mana tahu kejutan suhu diluar.

Beza masa Malaysia dengan London ialah 8 jam dimana London lewat dari Malaysia. Jika 6.00 pagi di London, waktu Malaysia ialah 2.00 petang. Kalau nak whatapp call  anak-anak atau sedara mara kat Malaysia pastikan masa dulu.

Turun dari lapangan terbang, keretapi ke tempat ambil bagasi tidak berfungsi. Semua diminta jalan kaki. OK lah jalan-jalan sikit lepas tu naik walking escalator. Hilang lengoh-lengoh duduk tadi.

Sampai sahaja, jumpa imigresen dahulu, beratur tunggu giliran. Ada dua barisan, satu untuk yang ada pasport UK dan satu lagi untuk lain-lain pasport. Haaa beratur lah ikut yang lain-lain pasport - kena sedar diri rakyat Malaysia. Sampai sahaja giliran, diberi masuk kekaunter secara berkumpulan. Senang.


Bagi pasport kepada pegawai bertugas. Masa ini yang buat ketaq. Ramai yang cakap, macam-macam soalan di tanya. Jangan gelabah, jawab sahaja apa yang ditanya. Kalau tanya lebih-lebih beri sahaja salinan dokumen yang diperlukan, fail yang kita siapkan di Malaysia tu.

Alhamdulillah Pegawai Imigresen yang kami jumpa amat baik dan peramah. Antara yang ditanya "Hang pa mai tang ni nak buat apa?", " Tang ni hang pa dok mana?", "Mai berapa orang?", "Ada orang tunggu hang pa ka kat sini ka?" Perghhh.. boleh cakap utara lagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚~ tolong jangan percaya. Soalan lebih kurang apa yang telah diberitahu sebelum ini. Jawab sajalah.

Habis di Imigresen, terus pergi ambil bagasi. Selepas itu untuk keluar kena melalui Kastam. Ada beberapa pintu. Jangan main redah sahaja, pilihlah pintu yang menuju kebenaran. Pintu ini ditandakan dengan warna, senang dari jauh boleh nampak.
  • Pintu Biru : Jika datang dari lapangan terbang dalam EEA - European Economic Area (Kesatuan Ekonomi Eropah ada beberapa negara, nak tau google). 
  • Pintu Hijau : Jika datang dari luar EEA dan tiada apa nak di istiharkan. 
  • Pintu Merah : Jika datang dari luar EEA dan ada barangan yang hendak di istiharkan.
Jadi pilihlah pintu Kastam yang membawa ke jalan yang benar. Kami pilih Pintu Merah sebab ada bawa makanan. Sampai ke kaunter, bersoal jawab dengan Pegawai Kastam.

Pegawai Kastam  (PK): "Hang ada bawa mai daging?
Kami jawab "tak bawa", memang pun kami tak bawa. Kami cepat-cepat beri senarai makanan yang dibawa. Tapi dia tak tengok pun. Lepas tu dia tanya.

PK : "Hang pa bawak mai rokok?
Yang ini kami serah kepada yang merokok - abang ipar, sebab takut tersilap sebut.
Abang Ipar (AI) : "Bawa"
PK : "Wak mai banyak mana"
AI :  "Dua" Sambil tunjuk dua jari.
PK : "Dua kotak besaq?" sambil beri isyarat tangan menunjukkan kotak besar mungkin karton.
AI : "Kotak kecik ja" Sambil tunjuk isyarat tangan kotak kecil. PK senyum.

Alhamdulillah, dia suruh jalan. Apa yang di tanya itu mungkin disebabkan daging mentah boleh bawa kuman atau penyakit dan juga rokok jika dibawa banyak disyaki berniaga di sini, harga rokok disini mahal.

Keluar dari Kastam, abang ipar nombor dua dah tunggu. Alhamdulillah sampai kami ke Heathrow. Rehat sekejap di Costa, kena kopi sejerit buat segarkan badan. Tak lama, waktu subuh masuk. Di Lapangan Terbang Heathrow ini tak ada surau khusus untuk Muslim. Tapi ada sebuah ruang yang diberi nama "Multi-faith Prayer Room" atau "Tempat Beribadat Berbagai Kepercayaan" di tingkat 3 atau aras perlepasan / depature. Jadi apa-apa agama boleh beribadat di sini. Alhamdulillah ada tempat ambil air sembahyang, selipar, sejadah - bersih. Semasa masuk pun ada beberapa orang sedang bersolat.
Multi-faith Prayer Room. Bilik beribadat untuk semua kepercayaan.

Paip air pun disediakan. Mudah nak ambil air sembahyang.

Seusai solat, rehat sekejap. Kami ambil peluang keluar dari terminal. Hendak merasai kesejukan sebenar di Heathrow, dapatlah keluarkan asap dari mulut. Boleh tahan sejuknya, tak boleh duduk lama, kejutan cuaca.
Sedang menikmati kesejuka di luar terminal.

Selepas itu kami semua gegas ke Terminal 4 menggunkan train (percuma) untuk ambil kereta sewa (Treminal 5 pun boleh dapatkan kereta sewa, tetapi ke Terminal 4 sebab ada urusan yang perlu di selesaikan disana).
Kiosk automatik tiket untuk train antara terminal Heathrow Central Station.

Nie dia tiket train, Nampak kosong ja.

Perjalanan antara Terminal 5 ke Terminal 4 menggunakan train.

Dalam jam 8 pagi, semua masuk dalam dua buah shuttle van untuk ke lokasi kereta sewa. Kedua-dua van akan menuju ke lokasi kereta sewa berlainan syarikat.  Melihat bilangan kami yang ramai, pemandu siap bagi tahu berapa orang yang boleh naik. Bukan boleh main sumbat suka hati dan penumpang diminta memakai tali pinggang keledar. Undang-undang yang perlu dipatuhi bila naik kenderaan di sini. Pertama kali penumpang belakang dengan ikhlas memakai tali pinggang keledar tanpa cakap banyak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Walau duduk barisan belakang tetapi dengan penuh redho memakai seat belt πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

Perjalanan jauh juga. Tetapi pusing-pusing van berhenti besebelahan landasan lapangan terbang sahaja, menunjukkan bertapa besarnya Lapangan Terbang Heathrow. Kami kini berada di Alamo Ren A Car, pusat sewaan kenderaan.

Alamo Rent A Car Heathrow.
Semasa turun dari shuttle van, tiba-tiba kami disambut meriah. Wowww lain macam punya sambutan. Mungkin dua tiga hari lagi nak Krismas atau memang budaya disini menyambut pelanggan. Aku pun tergamam nak ambil gambar.

Segala urusan sewaan diuruskan oleh abang ipar. Kereta disini menyediakan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk dan bilangan penumpang tidak lebih dari bilangan seat. Sekali lagi bukan boleh perosok sesuka hati.

Urusan mengambil kereta. Ambil MPV, sebab jemaah yang ramai dan beg besar.

Landasan kapal terbang bersebelahan kedai. Sementara tunggu kereta siap, boleh swafoto dengan kapal terbang yang tak henti-henti berlepas.
Selepas selesai di Alamo Ren A Car, kami gegas dengan kereta sewa ke syarikat sewaan ke dua. Tidak jauh perjalanan sampai ke Europcar. Disini sistem lebih tegas, diperlukan pemandu berumur 26 tahun keatas. Jadi abang ipar nombor tiga menjadi pemandu berdaftar (had umur memandu di UK ialah 17 tahun) - merasalah drive di UK. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk memandu di UK. Lagi pun cara pemanduan disini sama dengan di Malaysia, di sebelah kanan.
Europcar Heathrow.
Urusan kereta sewa dah selesai. Jadi tak kan nak tidor. Walau masih jet lag akibat perjalanan yang jauh dan waktu tidur yang terganggu tetapi bila sampai sini terasa segar. Lokasi pertama perjalanan kami ialah ke...

Bersambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Dari Bertam ke Heathrow - Persiapan Awal

Sementara masih dalam kapal terbang, aku cerita sedikit persiapan kami untuk kesana. Perancangan yang mengambil masa setahun lebih. Sebelum itu kami ucapkan terima kasih kepada Abang dan Kakak Ipar aka Pak Ngah dan Mak Ngah yang berusaha menjadikan perjalanan ini suatu kenyataan, Insyaallah. Tempahan kapal terbang, penginapan dan itinerary perjalanan di sana dilakukan oleh mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

OK lah kami ini mengambil bahagian dalam persediaan diri sendiri sahaja. Maklumat-maklumat banyak didapati dari sedara mara, kawan-kawan dan laman maya. Maklumat didapati hujung tahun merupakan winter atau musim sejuk di London. Sejuk disini kadang-kadang sahaja ada salji, tetapi tak kekal lama - cepat cair. Yang kata London bersalji terutama malam krismas itu memang terlebih pengaruh filem Krismas saja, asal malam Krismas mesti salji turun bersama Santa Clous naik kereta rusa terbang baling hadiah.

Cuaca yang bakal dihadapi sejuk dan hujan. Melalui laman web boleh diketahui jangkaan suhu ketika kami sampai, katanya dalam 5 ke 7ΰ₯¦C.  Jadi berbagai persiapan kena buat. Sajuk satu hal, hujan satu hal. Melalui pengalaman orang kami buat persiapan.

Kalau setahun tiga empat kali ke negara sejuk lainlah persiapannya. Macam kami yang entah bila lagi yang akan diizinNya ke negara sejuk, jadi persiapan pun tak perlulah grand-grand. Nak simpan mana segala mak nenek.  Untuk pakaian, kami beli kedai bundle dan ada yang pinjam. Bundle belah Utara ini susah nak dapatkan jeket sejuk yang jenis labuh sesuai untuk perempuan. Kalau belah KL rasanya banyak. Apa pun alhamdulillah jumpa juga. Antara tempat yang kami pernah sampai ialah:
  • MF Mart Sungai Petani dan Bayan Lepas.
  • Azieymart Sungai Petani (Disini banyak pilihan jaket labuh yang untuk perempuan)
  • GTMA Store Sungai Petani
  • Doubt Bundle Bukit Jambul Penang
  • Ada beberapa lagi, aku dah lupa.
Dibawah antara barangan dan perkara-perkara yang disiapkan:

- Jaket sejuk / Winter jacket - kalau boleh jenis kalis air - Abang aku pinjamkan. Aku guna sahaja apa yang ada, kalau jenis nak OOTD boleh bawalah berpasang-pasang. Tapi ingat jeket sejuk ini tebal, makan ruang ketika packing.

- Sweater / T-shirt lengan panjang

- Thermal Wear atau Long John - baju dan seluar walaupun nipis tetapi dapat memerangkap haba badan. Uniqlo Heattech boleh dapat di bundle.
Thermal wear. Gambar dari internet.
- Stoking dan sarung tangan bulu atau yang tahan untuk sejuk. Yang suka main handphone pilih yang mesra touch screen. Boleh didapti murah di Mr DIY atau Daiso.

- Muffler - untuk tutup leher supaya angin sejuk tak masuk kedalam jaket yang menyebabkan badan sejuk.

- Beanie / tutup kepala - yang ini bukan sahaja tutup kepala tetapi tutup telinga sekali. Katanya telinga yang terdedah menjadikan kita cepat sejuk - Kawan aku pinjamkan.
Saja bubuh gambar ni sebab aku baru tahu nama benda ini Beanie. Gambar dari Internet.

- Pakaian biasa - Ketika di hotel atau homestay boleh pakai pakaian biasa sebab ada heater. Jadi bawalah seluar dan baju biasa semasa disitu begitu juga pakaian untuk tidur. Berdoalah heater jangan rosak.

- Payung @ baju hujan - Kami beli baju hujan yang nipis sahaja, senang simpan.

- Kasut atau boots kalis air - Nak beli boot rasa macam tak berbaloi jadi guna saja kasut sukan yang ada. Lagi pun kasut sukan lebih selesa untuk jalan-jalan - lembut. Pastikan tapak kasut jangan licin bagi mengelakkan tergelincir sebab basah air hujan. Jadi kami spray dengan "Water Repellent" untuk menjadikannya kalis air. Kalau kasut jenis fabric mesh, water repellent ini tak berapa berkesan sebab lubang jaringnya luas - tak cover. Tawakal sahaja lah.
Water Repellen jenama Bata.

- Botol kosong - Botol kecil untuk isi air, botol air mineral pun boleh. Botol ini ada dua kegunaan, satu ketika masuk tandas dan satu lagi buat ambil air sembahyang. Untuk perempuan rasanya sesuai jika ada "Hand Held Bidet Sprayer", botol dengan muncung panjang seperti gambar dibawah. Benda ini boleh beli dalam talian. Tapi masa dah suntuk, jadi bawa botol mineral sajalah.
Hand held bidet sprayer. Gambar dari internet.

- Sejadah - kalau boleh yang kalis air senang nak hampar di mana-mana.

- Penjagaan diri - Sabun, shampo, ubat / berus gigi.

- Lip bam - cuaca sejuk meyebakan bibir mudah kering.

- Losyen - berguna untuk kulit kering sebab cuaca sejuk boleh menyebabkan gatal-gatal.

- Ubat-ubatan - Dapatkan dari klinik atau farmasi ubat seperti untuk demam, sakit tekak, selesema, baruk dan krim gatal-gatal.

- Beg kecil / bag pac kecil - Cari yang selesa dibawa jalan-jalan untuk simpan botol kosong, sejadah, sedikit biskut dan sebagainya.

- Duit - Tukar duit secukupnya. Masa ini aku dapat tukaran RM5.52 untuk £1.

- Fail maklumat perjalanan - Fail ini boleh disediakan sebagai langkah awal jika pegawai-pegawai imigresen atau kastam perlukan. Fail ini jangan letakkan dalam bagasi check-in, bawa bersama dalam kabin. Apa yang hendak dimasukkan ialah:
  • Passport (yang ini wajiblah ada)
  • Salinan e-tiket penerbangan.
  • Salinan tempahan penginapan disana jika ambil hotel atau homestay atau alamat yang akan kita pergi.
  • Salinan aturcara atau itinerary perjalanan di sana jika ada.
  • Senarai makanan yang dibawa. Jika boleh khusukan satu beg untuk isi makanan sahaja. Yang ini kemungkinan akan di lihat oleh Pegawai Kastam.

- Akifkan kad kredit - Untuk digunakan luar negara, sangat membantu jika tiba-tiba dirasuk ketika membeli-belah.

-  Yang terakhir, penting juga bawa Alat Penimbang Beg. Sekali lagi jika dirasuk masa membeli-belah tak ingat dunia. Jadi dengan ada penimbang ini dapatlah ingat-mengingati berat beg.
Alat Penimbang Beg.
Packing Barang :

Ketika packing barangan. Ada dua beg utama yang perlu diambil perhatian, iaitu bagasi yang hendak di check-in dalam perut kapal dan satu lagi bagasi yang dibawa kedalam kabin atau hand-carry. Satu lagi ialah tas tangan (yang ini selalunya tak ditimbang sebab kecil saja, kecuali kau punya tas tangan serupa guni beras - besar.

Bagasi check-in : Beg ini bolehlah isi apa yang patut tetapi kena tahu berapa kilogram yang boleh dibawa. Walaupun British Airways membenarkan 23 KG tetapi kami akan menaiki Malindo Air dahulu maka kami pack ikut Malindo sebanyak 20 KG sahaja. Segala baju, ubat-ubatan, penjagaan diri dalam satu beg. Ingatan, power bank jangan bawa masuk dalam beg ini. Satu lagi beg besar, kami khususkan untuk makanan. Ini memudahkan jika pihak kastam hendak periksa. Dua beglah sebab kami dua orang.
Makanan yang dibawa. Beras 10KG, milo,biskut, mee segera, tepung cucur seger untuk semua yang ke sana. Jimat.
Bagasi kabin : Kami cuma bawa bagpack sahaja. Untuk Malindo cuma boleh seberat 7 KG. Beg ini kami isi dengan sehelai baju sejuk / sweater, botol kosong, sejadah, beanie, sedikit biskut, power bank (yang ini tak boleh masukkan dalam bagasi check-in) dan beberapa benda lain yang tak boleh disumbat dalam bagasi check-in. Ketika di terminal lapangan terbang, suhu masih OK sebab di kawal. Tetapi jika kita keluar sahaja dari terminal kau hadaplah sendiri, jadi sweater yang diletakkan dalam bagasi hand-carry akan memudahkan kita mengambilnya.


Menghadapi soalan maut Imigresen London:

Diberitahu juga di Imigresen Airport Heathrow berkemungkinan akan ada soalan cepu emas. Yang ini menjadikan sedikit fobia. Maklumlah ada yang cerita macam-macam soalan di tanya dan boleh ditahan jika pegawai tak pusa hati. Jadi ketika di sini, jangan buat muka gelabah beruk, tenang. Beri pasport dan jika ditanya jawab dengan elok - biasalah orang Melayu berbudi bahasa tapi jangan buat ramah lebih-lebih pula. Tak paham minta dia ulang, jangan malu. Biasalah Bahasa Inggeris slang British pekat. Soalan yang biasa ditanya ialah:
  • Tinggal berapa lama?
  • Semasa di sini tinggal di mana?
  • Apa tujuan datang ke sini?
  • Ada saudara marakah di sini?
  • Datang berapa orang?
  • Lain-lain soalan hadap sendirilah.
Jika pihak imigresen atau kastam tanya soalan-soalan yang kadang-kadang pening kepala nak jawab atau ingati, tunjukkan saja fail maklumat perjalanan yang telah dibawa.

Nasihat lain yang kami dapat ketika di berada sana ialah:
  • Jangan mandi air terlalu panas. Biasalah cuaca sejuk, sedap mandi air panas. Mandi air panas menjadikan kulit bertambah kering dan menyebabkan kulit gatal. Cuba kurangkan seminima mungkin suhu air ketika mandi.
  • Jangan minum air panas dalam cuaca yang sejuk, kalau boleh air bersuhu bilik untuk mengelak batuk.
  • Banyakkan minum air, sebab cuaca sejuk menyebabkan air mudah tersejat melalui kulit.
  • Pakai pakaian yang tidak terlalu longgar bagi megelakkan udara sejuk masuk dalam pakaian menyebabkan kita kesejukan. Ketika berada di luar, bahagian atas sebolehnya pakai thermal wear kemudiaa sweater dan winter jacket.  Bahagian bawah boleh apakai thermal wear dan seluar jeans.
  • Guna penutup telinga atau guna beanie untuk menutup telinga. Sebab telinga salah satu tempat yang menyebabkan kita cepat merasa sejuk.
  • Sebelum keluar dari hotel / homestay pastikan keluarkan segala hajat dahiulu - dengan kata mudah, berak. Tandas di sana bukan mewah dengan paip air seperti Malaysia.
  • Awasi penyeluk saku terutama di kawasan tarikan pelancong.
Kembali balik dalam kapal terbang. Sekali sekala isyarat tali pinggang menyala. Peramugari/ra datang periksa penumpang supaya pakai tali pinggang.

Kalau dah lenguh tak tau arah dah, aku saja jalan kebelakang sekejap, kedepan sekejap. Goyang-goyang apa yang patut. Oleh kerana perjalanan yang panjang, kami diberi makan berat dua kali, entahlah tengahari atau malam. Aku pun dah tak ingat masa dah.
Inilah nasi lemak yang diviral oleh seorang penumpang British Airways diberi 0/10. Bagi aku OK saja, tapi tak sesedap nasi lemak tepi jalan la. 

Menu dalam pesawat. Dua kali makan.
Alhamdulillah 21 Disember 2019 lebih kurang jam 6.00 pagi (waktu UK) kami mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London.

Sambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Dari Bertam Ke Heathrow

HARI PERTAMA
20hb Disember 2019, 10 pagi hari Jumaat.

Kali ini jalan-jalan aku dan isteri bersama abang-abang dan kakak ipar ke negara sejuk. Nak merasai macam mana sejuk negara orang. Kami bersama dua abang ipar bersama isteri yang sulong dan nombor tiga bertolak dari Penang. Abang ipar nombor dua bersama keluarga dah ada di London, tunggu kami di sana. Isteri aku jadi tour guide di Malaysia.
Bersama yang kena tinggal. Kakak dan Abang tolong jaga adik-adik.

Dalam jam 10 pagi bermulalah perjalanan kami berkereta bergerak dari Bertam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Airport - PIA). Bertolak dari rumah ke PIA asing-asing. Aku parking di USM, maklumlah parking kereta lama-lama di lapangan terbang boleh bengkok, mahal. Dari USM naik Grab ke PIA.

Dari PIA kami akan ke KLIA menggunkaan Malindo Air. Penerbangan dalam jam 1.45 tengahari. Kami sampai awal dalam jam 11 pagi di PIA dan terus ke kaunter Malindo Air. Tunjuk Senarai Nama yang akan naik flight dan dapatkan Pas Berlepas (Boarding Pass), tapi mereka cuma bagi Pas Berlepas untuk kami sahaja dan terus check-in bagasi. Geng yang lain tunggu mereka sampai dulu sebab kena bagi IC. Kami tak guna Kiosk untuk print Pas Berlepas.
Kalau beg tu cekang semacam atau takut berterabur boleh balut kat sini sebelum check in.
Malindo Air cuma membenarkan 20KG untuk check-in bagasi dan 7KG untuk bagasi kabin - yang ini pekej biasa saja. Yang menariknya Malindo membenarkan berat bagasi digabungkan jika datang berkumpulan.

Diumumkan Malindo ke KLIA lewat dalam 10 minit.  OKlah delay 10 minit tak ada masalah sebab flight di KLIA jam 11.30 malam. PIA ke KLIA cuma dalam 35 minit sahaja. PerghhhπŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ nanti nak lepak KLIA tujuh jam lebih.

Dalam 12.50 tengahari kami melalui pemeriksaan imigresen, kena buka semua yang berlogam seperti syiling, tali pinggang, dompet, handphone, laptop (saja tulis kami tak bawa pun) dan di masuk dalam bakul untuk di imbas. Air yang melebihi 100 ml tolong jangan bawa. Selepas itu ke Balai Berlepas. Boleh lepak sekali lagi. Disini boleh lah minum-minum di Tea Live dan ada ruang untuk charge handphone, tapi banyak soket yang rosak.

Dalam jam 1 tengahari penumpang Maindo dipanggil, kali ini Boarding Pass dan IC sahaja diperiksa sebab penerbangan dalam negara. Sambil-sambil berkemas menyimpan beg tiba-tiba terlihat ada penumpang bawa gelas besar Tea Live. Ishhhh... Tea Live boleh bawa naik,  air mineral tak boleh.
Dah dalam perjalanan ke KLIA

2.45 petang kami sampai di KLIA. Ambil bagasi dan kami dijemput oleh anak penakan di KLIA. Dah lewat tengahari, makan dulu di Medan Selera KLIA. Walau nasi campur atas darat tapi kena angin kapal terbang jadi tak perlu ke hotel untuk menikmati harga menarik.
Boleh tahan harga di Cafe KLIA. Nasi dan ayam dan satu lagi nasi, ayam goreng kunyit, telur masin, begedil dan sambal harga RM21. Alhgamdulillah sedap juga.

Mulalah lepak-lepak di sini sambil cari tempat-tempat untuk Check-In. Bateri handphone dah lemah jadi beli air mineral dan kek dan lepak di 7E sambil cas handphone - tengok tu budi bahasa budaya kita, ada yang terus cas HP tak beli apa-apa.

Dari KLIA ke Lapangan Terbang Heathrow London menggunakan penerbangan terus British Airways. Dalam jam 8 malam ke kiosk untuk print Pas Berlepas. Dua tiga kali cuba tapi tak boleh sebab nama yang di daftar tak sama dengan pasport - Contoh nama sebenar dalam pasport Ahmad Abu tapi daftar Ahmadabu.
Cuba dapatkan Pas Berlepas British Airways tapi tak boleh sebab ada sedikit kesilapan ejaan nama.
Jadi  kena ke kaunter, harap tak ada masalah. Tunggu kaunter check-in buka. Hampir jam 9 malam bila kaunter dibuka, beratur ambil laluan Non EU - jangan perasan jadi British, Bahasa Inggeris pun berterabur.

Beratur di kaunter non EU untuk mendapatkan Pas Berlepas dan check in bagasi.

Kalau datang berkumpulan, semua sekali boleh terus kekaunter. Alhamdulillah salah daftar nama tak menjadi masalah, kami diberi Pas Berlepas  dan terus check-in bagasi. Berat bagasi untuk British Airways seorang boleh 23KG untuk check-in dan 23KG untuk kabin tapi saiz tetap kena kecillah. Terus ke imigresen, cuma hand luggage sahaja di imbas. Kami ambil Aerotrain ke Balai Perlepasn C22.
Menunggu Aerotrain.

Dalam Aerotrain ke Balai Berlepas.

Dalam jam 11 malam masuk ke Balai Perlepasan, kali ini hand luggage, barangan berbesi, handphone, walet dimasukkan dalam bakul untuk di imbas. Boarding Room tak buka lagi. Tunggu sajalah di depan tu.
Lepak kat luar sekejap sebelum masuk ke Balai Perlepasan


Tak berapa lama di panggil masuk ke Boarding Room dan dalam setengah jam penumpang dipanggil memasuki pesawat mengikut kumpulan tertentu. Kami kumpulan terakhir dipanggil.  Pramugari dan  pramugara dalam British Airways kalau di bandingkan dengan Malaysia punya memang jauh beza. Ada yang gempal ada yang kurus memang tak pilih kasih janji kerja profesional.
Semua dah sedia dengan pasport dan boarding pass..

Alhamdulillah dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow.
Mulalah perjalanan yang panjang dan akan terperap dalam perut kapal terbang lebih kurang 14 jam.  Bolehlah layan movie. Pramugari/ra amat prihatin dengan seat belt. Asal isyarat pakai sear belt mesti keluar ronda lihat penumpang. Siap suruh tunjuk kita pakai seat belt.

Bersambung...


[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ 😁😁😁]

1. Dari Bertam ke Heathrow
2. Persiapan Awal ke London
3. Heathrow Airport - Landing Time
4. Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5. The Kop - Stadium Aanfield
6. Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7. Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8. Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9. Borough Market dan Brixton Market
10. BBQ di Croydon
11. Boxing Day dan Winter Wonderland
12. Oxford Street dan Notting Hill
13. Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14. Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee

Kuliah Ilmu Januari 2020

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Januari 2020 nie sekitar Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:


Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas


Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:

Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajak Song Kepala Batas :
Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.

Nasi Kandar Nathrah Teluk Kumbar

Nasi kandar lagi???. Ya, tapi bukan aku balun nasi kandar hari-hari. Ini cerita entah bila-bila, suatu ketika dahulu lah ni. Selalu kalau sebut nasi kandar di Pulau Pinag pasti terbayang di kawasan bandar. Tapi ramai yang tak tahu ada nasi kandar yang terkenal di hujung pulau, di Teluk Kumbar.

Nasi Kandar Nathrah menumpang di kedai kopi Bee Ghah Cafe. Orang dah beratur semasa aku sampai.
Manurut cerita nasi kandar ini sudah bertahan 60 tahun. Yang penjadi pelanggannya pun kebanyakan orang tempatan. Ini penting, menjadi kunjungan orang tempatan. Ini dia Nasi Kandar Nathrah. berada di deretan kedai bersebelahan Lexis Suites Penang.
Berbagai bangsa datang kesini menikmati nasi kandar.
Untuk makluman Nasi kandar Nathrah ini merupakan gerai yang menumpang kedai kopi Cina Bee Ghah Cafe. Seperi Nasi Kandar Sirajudeen yang menumpang kedai kopi Cina yang telah aku post dulu.

Nathrah Nasi Kandar ini dibuka petang sehingga malam atau habis lauk pauk. Masa aku sampai hampir jam 7 petang. Ketika ini dah ramai yang beratur. Semua tak kira bangsa Melayu, Cina dan India semua ada. Disini lauk pauk campuran antara lauk nasi kandar dan juga ala ala Nasi Kampung.Kira hybridlah. Jadi pilihan lauk banyak jugalah seperti kari ikan, daging, daging masak hitam, sambal udang, sotong, cencaru belah belakang, ikan kering, ulam, sayur dan sebagainya. Ok lah ushar dulu lauk yang ada.




Berbagai lauk pauk ada seperti kari iakan, kari ayam, sotong sambal, ayam goreng,  sambal petai, ikan belah belakang, sayuran dan sebgainya.


Memandangkan NAsi Kandar Nathrah ini menumpang kedai kopi Cina, aku ambil keputusan bungkus sahaja. Ini apa yang di bungkus.

Ini dia apa yang aku bungkus, 
Bagi aku, nasi kandar ini taklah seperti mamak sejati tapi seperti campuran antara Mamak dan Melayu. Kuah yang ada pun tak seperti kedai mamak yang pekat melekat. Tapi apa pun rasa memang sedap dan kuah campur pun berbeza dari kedai mamak yang biasa aku sampai. Apa pun bila tengok orang yang datang beratur, dah tahu kesdapannya. Nak rasa macam mana kena datang sinilah, cerita pun mesti tak paham.

Sedikit kekurangan disini bagi yang berkereta ialah tempat pakir, sukar sedikit. Jika datang bolehlah pakir dihadapan Hotel Lexis Suits (bukan masuk dalam kawasan hotel ya). Dibawah ada sedikit maklumat:

Alamat:
Nasi Kandar Nathrah
35, Jalan Teluk Kumbar,
Kampung Teluk Kumbar,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Waktu buka:
Setiap hari dari jam 6 petang hingga 8.30 malam dan tutup hari Sabtu.

Lokasi GPS:
5°17'15.3"N 100°13'56.6"E
5.287584, 100.232397

Lokasi dari Google Map:

Kuliah Ilmu Disember 2019

Mai ramai-ramai tambah ilmu bulan Disember 2019 nie sekitar Kepala Batas.

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas:

Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas


Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song, Kepala Batas


Masjid Al-Jamiul Badawi, Kepala Batas:


Nak maklumat terkini LIKE FB masjid dan surau berkenaan. Segala perubahan tertakluk kepada masjid dan surau berkenaan.