HARI KELIMA
24hb Disember 2019, Selasa.
Pagi ini gotong royong masak. Alhamdulillah kenyang, pagi-pagi dapat nasi. Perut kena isi kenyang nak jalan-jalan. Tak tahu bila nak jumpa makanan lagi๐
๐
๐
.
|
Alhamdulillah sarapan pagi. Perut kena kejap baru jalan laju. |
Seusai sarapan kami ramai-ramai jalan kaki melalui taman perumahan ke train. Alhamdulillah stesyen train dekat sahaja, Stesyen Waddon. Sampai sini aku jadi perak sikit. Macam mana nak naik beli tiket? Disini tiket boleh dibeli dari kiosk atau pun kaunter.
|
Stesyen Waddon - yang ramai-ramai tu geng kami tengah beli tiket di kiosk. |
|
Kiosk tiket. |
|
Boleh juga beli dari kaunter. Tapi kena ikut jadual kaunter bukalah. |
|
Perjalanan kenderaan awam dan juga train ketika minggu Krismas berbeza dari hari biasa. Kemungkinan di kurangkan, sila rujuk maklumat terkini. |
Kami beli tiket ke Stesyen London Victoria. Tunggu sekjap dalam 8.55 pagi train sampai.
|
Dah dapat tiket, tunggu sajalah. |
|
Selesa dalam train. Tak sesak. |
Sampai ke Stesyen London Victoria dalam jam 9.30 pagi dan dengan pantas berjalan hingga tak nampak kaki ke Istana Buckingham, terlampau laju๐
๐
๐
. Melalui bangunan-bangunan lama, ambil gambar pun tak berapa menjadi. Terasa debaran nak mengadap Queen.
|
Dah sampai ke Stesyen London Victoria. |
|
The Royal Mews. |
|
Perjalanan mengadap Istana Buckingham. |
Bukan kami sahaja, ramai lagi yang berpusu-pusu ke Istana. Hampir 20 minit perjalanan, kami sampai ke hadapan istana. Masa kami sampai orang dah pun ramai.
Sampai disini bergambar dulu di dataran hadapan istana dan bolehlah jambil gambar istana dari celah jeriji pagar saja. Sampai jeriji pagar sahajalah jarak paling dekat. Nak dekat lagi boleh, ada masa tertentu boleh lawat dalam istana.
|
Istana Buckingham. |
|
Orang semakin ramai. |
|
Istana Buckingham dari jeriji pagar. |
Istana Buckingham mempunyai 3 pintu utama dihadapan (pintu belakang aku tak kira lagi), pintu kiri, tengah dan kanan. Betul-betul di hadapan pintu tengah ada sebuah dataran yang mempunyai kolam berbentuk bulat yang diberi nama Victoria Memorial. Kami berada di sebelah bulatan Victoria Memorial untuk mendapat pemandangan penuh istana
|
Victoria Memorial. Bulatan ada kolam air dihadapan Istana Buckingham. |
Di hadapan Istana ini akan berlaku upacara penukaran pak guard istana dengan kata orang putih Guard Mounting. Hari-harikah ada upacara penukaran pengawal di istana? Yang ini kena rujuk web site mereka
https://changing-guard.com/index.html, mereka ada jadual sendiri dan jika hujan kemungkinan akan dibatalkan.
Masa kami sampai, pegunjung boleh saja jalan suka hati kedepan kebelakang di hadapan istana. Sampai satu ketika polis berbasikal mula berkerja keras memastikan laluan hadapan istana kosong. Tapi yang seronoknya melihat polis disini memang ramah, senyum. Nak halau orang pun dengan senyum. Pengunjung diarah untuk berada di tepi pagar istana atau di sebelah dataran Victoria Memorial supaya jalan dihadapan istana dan pintu pagar istana kosong untuk upacara tersebut.
|
Polis berbasikal mengawal pengunjung dan memberi arahan untuk mengosongkan jalan dihadapan istana. |
Disini pengunjung kena berhatihati-sebab banyak penyeluk saku. Ada polis yang ronda di kawasan ini. Jika terlihat pengunjung yang bawa back pack atau barang berharga di belakang terus diminta letak dihadapan. Hujan renyai-renyai dah turun ketika ini. Tapi orang tak berganjak.
Dalam jam 10.40 kedengaran pancaragam di sebelah kiri, tengok tak nampak apa-apa pon, mungkin jauh lagi. Dalam 5 minit baru nampak pasukan pancaragam memasuki pintu kiri. Kami dapat lihat di kejauhan sajalah.
|
Satu pasukan telah datang dengan pancaragam. Tapi masuk ke pintu kiri. Kami nampak dari jauh sahaja. |
Selepas 10 minit sebuah lagi pancaragam melintas dihadapan kami dan masuk melalui pintu kanan istana. Kali ini dapatlah lihat dengan jelas sebab melintasi hadapan kami. Selepas pasukan pancaragam diikuti oleh pasukan pengawal dibelakangnya.
|
Pasukan pancaragam mengiringi Pengawal yang akan mengambil giliran bertugas di belakang. |
|
Ini antara Pengawal Baharu yang akan tukar shift. |
|
Pancaragam dan pengawal memasuki pintu kanan istana. |
Setelah kedua-dua pasukan masuk, kami dah tak dapat lihat apa yang berlaku di sebalik pagar sebab terlalu jauh. Masa ini memang menyesal duduk disini. Kalau boleh nak lompat duduk di sebelah jeriji pagar istana. Hanya dapat dengar suara pekikan komender dan bunyi pancaragam memainkan 3 buah lagu termasuk lagu Krismas.
|
Orang yang duduk di tepi pagar bolehlah lihat dengan jelas upacara penukaran Pengawal Istana. Kami dengar dari jauh saja. |
|
Kami dapat tengok dari jauh sahaja. Bolehlah dengar pekikan arahan dan muzik dimainkan. |
Akhir sekali pintu pagar utama di tengah dibuka dan semua pancaragam keluar meninggalkan istana. Haaaa kali ini dapat lihat dengan jelas perarakan keluar ๐๐๐ kan dah ada muka seronok.
|
Selesai upacara penukaran Pengawal Keselamatan istana, Pengawal Lama berarak keluar dengan iringan pancaragam |
|
Pengawal Lama yang habis tugas keluar. |
Selepas pasukan pancaragam berlalu, ingat dah habis. Tapi satu perarakan kuda pengawal istana lalu. Yang ini aku tak pasti untuk apa. Hampir satu jam juga upacara Penukaran Pengawal Istana berlaku.
Nasihat akulah kepada yang hendak lihat dengan jelas bagaimana penukaran pengawal istana bolehlah berada di tepi pagar istana. Jangan duduk seperti kami di seberang jalan yang hanya boleh dengar pekikan dan bunyi pancaragam sahaja.
Oklah dah selesai mengadap Istana Buckingham. Kami berjalan di sebelah kanan istana melalui taman, Green Park. Pokok-pokok dah togel sebab musim sejuk. Bolehlah perasan menyanyi lagu Hindustan. Jalan disini walau jauh tapi tak keluar peluh, sejuk.
|
Commonwealth Memorial Gates. Bukan pintu gate tapi empat batang tiang yang tertulis nama-nama negara yang pernah berkhidmat untuk Kerajaan British semasa Perang Dunia Petama dan Kedua. |
|
The Royal Air Force Bomber Command Memorial. Tugu untuk mmepeingati pengebom udara ketika Parang Dunia Kedua. |
|
Pondok telefon yang menjadi ikon Kota London. Banyak pondok talifon ini disekitar sini. Antara benda yang perlu bergambar bersama. |
Jalan-jalan tepi taman sehingga sampai ke Hard Rock Cafe London. Katanya ini merupakan HRC pertama dibuka. Bolehlah sekali lagi masuk, tengok apa yang ada di dalam. Aku tak dapat menghayati apa-apa barangan yang ada disitu lainlah genag yang minat dengan barangan HRC memang banyak dijual disini.
|
Hard Rock Cafe London. Merupakan HRC pertama di dunia. |
|
Berbagai barangan HRC dijual. Kami tengok sahaja, tak berminat. Ambil bau saja. |
Bersebelahan ialah Hard Rock Hotel. Ada HRC Cafe dibawah. Pekena secawan kopi disini.
|
Hard Rock Cafe Hotel |
|
Boleh lah perasan ala-ala menginap di HRC Hotel. |
Perjalanan diteruskan ke Green Park Station, stesyen train bawah tanah - undeground. Dekat sahaja dengan HRC. Untuk memudahkan perjalannan kami, setiap orang beli kad Oyster. Kad ini seperti kad Touch n Go boleh di top-up duit untuk digunakan menaiki train, bas dan banyak lagi kegunaanya. Mudah, tak perlulah setiap kali nak naik trian atau bas kena beratur beli tiket.
|
Green Park Station, Underground Station. |
|
Beli kad Oyster. Kalau tak tahu cara guna mesin, ada staf bertugas yang boleh tolong. Gambar : Staf vest oren tolong tunjuk cara penggunaan mesin. |
|
Ini dia kad Oyster. |
Oh ya, satu lagi jadual perjalanan dan harga tiket train dan bas disini boleh dirujuk menggunakan aplikasi dalam smartphone. Antara aplikasi yang boleh di muat turun ialah Citymapper. Segala maklumat seperti jadual perjalanan, kelewatan, tempoh perjalanan, cadangan laluan perjalanan disebabkan jaringan perhubungan yang berbagai dan harga tiket boleh rujuk aplikasi saja.
|
Ketika menggunakan eskalator, penggunan yang berdiri diminta berada di sebelah kanan. Manakala yang hendak cepat, atau berjalan di sebelah kiri. |
Kali ini naik train ke Stesyen London Bridge. Dengar London Bridge dah tentu nak ke Jambatan London. Ishhh... tak sadap di Melayukan Jambatan London, kita guna sahaja London Bridge. Perjalanan dalam 10 minit sahaja.
Keluar dari Stesyen kami ke Bus Stop bertentangan dengan Stesyen Train. Kali ini dapat merasa naik bas dua tingkat (Double Decker Bus). Kalau kat Malaysia , Double Decker Bus ni keropok udang. Masuk saja dalam bas, terus naik tingkat atas dengan penuh semangat.
|
Sentuh sahaja kad Oyster untuk membayar tambang bas. |
|
Dapat juga merasa naik bas double-decker keropok udang. Dihadapan dah nampak jambatan. |
Sekejap sahaja dah sampai. Dalam aku menulis ini dan mencari maklumat tambahan, baru aku tahu ada banyak jambatan yang menyeberangi Sungai Thames dan jambatan yang menjadi ikon Kota London dan tempat bergambar bagai tu bukan namanya London Bridge.
|
Ini bukan London Bridge tetapi Tower Bridge. |
London Bridge yang selalu disebut merujuk kepada jambatan lain. London Bridge merupakan jambatan awal yang digunakan sehingga 1831 dan telah dirobohkan. Sehingga ada lagu kanak-kanak "London Bridge Is Falling Down". Jambatan tersebut telah dibina semula dengan binaan moden dan digunakan pada tahun 1973. Yang kami lawat ini ialah Tower Bridge.
|
Tower Bridge |
|
Gambar ni kena ada. Kalau tak dak orang kampung tak percaya sampai London. |
|
Yang ini Tower Bridge. Jangan silap. |
|
London Bridge nuuun... dapat dilihat berada jauh di sana dalam 0.5 km. |
Jambatan yang selalu kita tengok menjadi salah satu ikon Kota London dan tempat bergambar bagai ini diberi nama Tower Bridge. Ia di bina pada tahun 1886 dengan gaya Victorian. Oklah yang itu sahaja aku nak bagi tahu. Jangan tanya pula apa beza Tower Bridge dengan Jambatan Angkat Terengganu.
Bersambung...
[ Pautan Jalan-jalan Bercuti ke Liverpool dan London pada 20 - 28 Disember 2019. Kepada yang dah baca komenlah sikit TQ ๐๐๐]
1.
Dari Bertam ke Heathrow
2.
Persiapan Awal ke London
3.
Heathrow Airport - Landing Time
4.
Perjalanan dari Heathrow ke Liverpool
5.
The Kop - Stadium Aanfield
6.
Manchester United FC dan Royal Albert Dock
7.
Bicester Village Outlet dan Oxford Universiti
8.
Istana Buckingham dan Tower Bridge London
9.
Borough Market dan Brixton Market
10.
BBQ di Croydon
11.
Boxing Day dan Winter Wonderland
12.
Oxford Street dan Notting Hill
13.
Tuntutan VAT di Heathrow Airport
14.
Dari Heathrow ke Nasi Kandar Mohamed Raffee