Vietnam - Hari 2 : Danny & Tina Wholesale dan Russian Market

Awal pagi dah bersiap. Sarapan kat hotel ja. Halal ka makanan hotel nie? Aku cakap sarapan kat hotel tak semestinya makan masakan hotel. Nie dia bekalan yang didatangkan khas dari Malaysia.
Stok makanan dari Malaysia. Samapai balik Malaysia pun tak habis.

Selepas sarapan pagi, masih ada masa sebelum acara seterusnya. Aku ambil peluang ronda-ronda diluar appartment. Nak lihat suasana pagi orang ke tempat kerja di Vietnam.
Pintu masuk Somerset Service Residence.

Sarapan pagi di kaki lima jalan. Seronok tengok kerusi dan meja yang comel sesuai dengan saiz rakyat Vietnam yang kecil-kecil.
Apa yang mereka beli?

Nie dia oren diperah segar dari ladang. Buah oren yang diperah secara tradisional dijual ditepi jalan.

Motosikal menguasai jalanraya.
Bengkel yang memberi perkhidmatan ekspres di tepi jalan.

Tuuu dia tepi jalan jual bra. Haa... tu bukan bra tapi face mask yang banyak dipakai ketika menunggang motor.
Ramai yang menjual sup dan roti di tepi jalan begini.
OKlah jalan-jalan keluar peluh pepagi nie. Perjalanan dengan mini bas bermula. Destinasi hari nie ke sebuah gudang. Macam menarik saja gudang nie. Dalam 20 minit perjalanan kami pun sampai. Bas berhenti dihadapan pintu pagar tinggi yang tak nampak apa kebendanya di dalam. Adalah driver tu cakap sesuatu dengan penjaga disitu, barulah pintu pagar dibuka.

Bila bas masuk baru nampak sebuah bangunan sederhana besar warna biru. Nie lah Gudang Danny & Tina Wholesale Factory. Sebuah gudang yang menjual pakaian siap seperti baju kurung, jubah, baju melayu, baju moden dan juga kain pasang. Orang perempuan memang rambang matalah.
Tak tau yang mana nak pilih.

Juruwang yang tak perlu meja besar-besar. Nak bersila pon boleh.

Lihat kat atas, kat Danny & Tina Wholesale disediakan wifi dengan pasword yang terbaik.
Danny & Tina Wholesale nie mungkin dibuka untuk rombongan cik kiah dan orang-orang yang dah buat tempahan kot. Sebab pintunya hanya dibuka bila ada tetamu dan ditutup semula selepas itu. Yang pastinya aku lihat ramai rombongan Cik Kiah dari Malaysia.
Danny & Tina Wholesala. GPS lokasi 10.735720, 106.614032 atau 10°44'08.6"N 106°36'50.5"E

Untuk kaum lelaki yang tengok kain macam tikus tengok besi, disediakan satu gerai jual makanan ringan dan tentunyalah kopi ais yang terfemes kat sini.
Rehat sebentar sementara menunggu kaum Hawa selesai membeli belah.
Selesai borong disini kami di bawa lagi ke destinasi beli belah seterusnya iaitu Russian Market. Bukan market yang yang jual barang lambak tepi jalan, tapi sebuah komplek beli-belah.
Russian Market Ho Chi Minh.
Tapi nasib tak berapa baik, banyak kedai yang masih tutup. Pemandu pelacong cakap peniaga Russian Market buka lambat sebab ada orang Penang nak datang. Tuuu dia cari pasaiii.  OKlah peniaga buka lambat sebab semalam ketika sambutan Krismas, ramai peniaga yang buka lebih masa. Oleh itu hari nie mereka buka lambat sikit ~ qada tidor la tu. Oklah dapat masuk komplek cukuplah, ambil bau.
Ramai peniaga yang masih belum buka.

Oleh kerana hari  nie Jumaat. Kita pi sembahyang dulu ke Masjid Jamek Cholon (Cholon Jamial Mosque). Masjid nie berbentuk seperti masjid-masjid jamek kat Malaysia. Lebih tepat senibinanya mirip kepada masjid India. Yang menarik sekali ialah di hadapan masjid ini ada sebuah restoran halal ~ dia dok kira makan saja, yang masjid tak menarik ka? Jadi sebelum solat Jumaat kami bersantap dulu. Memang sedap masakan kat sini.
Pintu masuk ke kawasan Masjid Jamek Cholon (Cholon Jamial Mosque)


Yang menarik sekali ialah di hadapan masjid ini ada sebuah restoran halal. Jadi sebelum solat Jumaat kami bersantap dulu. Memang sedap masakan kat sini.
Masjid disebelah kanan, restoran sebelah kiri. Lokasi Masjid Colon ini GPS 10.753257, 106.663204 atau 10°45'11.7"N 106°39'47.5"E
Sebatang pokok di tengah dewan makan menjadi tread mark restoran ini. 

Kari kepala ikan ~ terasa dok kat Malaysia.


Kailan ikan masin.

Daging bakar.

Ayam nie menag sedap. Luar garing dalam lembut.

Pencuci mulut. Limau dengan serbuk cicah. Serbuk cicah nie masin sangat-sangat dan pedas.
Solat Jumaat disini yang menariknya dibuat dalam dua bahasa. Bahasa Melayu yang ada pelet-pelet rasanya bahasa Melayu Champa tapi masih boleh difahami dan juga Bahasa Vietnam.

Alhamdulillah selesai solat Jumaat. Petang nie ada lagi tempat untuk dikunjungi. Tunggu entry akan datang.


[ Pautan jalan-jalan ke Ho Chi Minh City, Vietnam 2014 ]

1. Vietnam - Hari-1 : Up Up And Away
2. Vietnam - Hari 2 : Danny & Ttina Wholesale dan Russian Market
3. Vietnam -Hari 2 : Taman Tema Dai Nam Van Hien
4. Vietnam - Hari 3 : Menyusuri Sungai Mekong
5. Vietnam - Hari 3: Cho Ben Thanh Market dan Bach Dang Pier
6. Vietnam - Hari 4: Cu Chi Tunnel
7. Vietnam - Hari 4 : Saigon Square dan Pasar Malam Ben Thanh
8. Vietnam - Hari 5 : Thành phố Hồ Chí Minh chia tay


No comments:

Post a Comment