| Restoran Hadramawt Tower - Kamunting |
Parking di hadapan kedai masih lapang. Kami masuk sahaja kedalam. Ada lebih kurang dua meja yang menjamu selera disini. Tapi dengan saiz restoran yang luas mungkin ada masa-masa tertentu pengunjung ramai. Kami pilih sahaja meja mana yang suka.
| Masa sampai, ada satu dua famili yang menyantap disini. Bersih dan kemas. Surau pun ada. |
Pelayan pun datang dengan menu, memang muka arab. Apa lagi pilih menu yang diberi. Ada a la cart dan juga set. Lihat menu, seperti lain-lain resoran arab. Masakan-masakan yang sama sahaja. Cuma sedap dengan tidak, saiz hidangan dan harga sahaja yang membezakannya.
| Set untuk beberapa orang dan juga a la cart disediakan. |
| Berbagai menu nasi Arab ada. |
Mula-mula nak oder set tetapi oleh kerana nak mencuba maka kami pilih a la cart sahaja. Kami ambil Nasi Kambing Maqlubah dan Nasi Kambing Madghout, setengah kilo setiap satu dan air sejug.
| Nasi Maqlubah kambing 1/2 kilo. |
| Nasi Madghout kambing 1/2 kilo. |
Nasi datang dengan kuah / sup dan juga sambal tomato sahaja. Tak diletakkan apa-apa salad seperti timun, cabai hijau atau bawang, cuma ada hirisan terung panggang sahaja. Maka kami tambah salatah.
| Salatah atau salad Arab. |
Bagi citarasa aku, masakan arab disini biasa-biasa sahaja. Kambing di masak lembut dan nasi pun terasa rempah-rempahnya. Layanan memang terbaik ditambah dengan suasana restoran yang luas amat selesa dan bersih. Surau juga disediakan. Harga pula boleh kata sama sahaja dengan nasi arab di restoran lain.
| Bersebelahan kaunter ada barangan dari Timur Tengah di jual. |
Kepada yang datang ke Kamunting atau Taiping hendak merasai nasi Arab bolehlah datang kesini. Dibawah aku letakkan sedikit info:
Alamat:
Restoran Hadramawt Tower
No 24, Taman Happy,
Jalan Kamunting,
Kamunting, Perak
No Telefon:
011-1119 0565
Waktu operasi:
Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 12 .00 malam.
GPS dan lokasi dari Google Map:
4°52'14.7"N 100°43'42.1"E
4.870760, 100.728358
No comments:
Post a Comment