Restoran Miezuri Briyani House

Kali ini jalan-jalan cari makan kat Kepala Batas. Saja nak ubah selera sikit pagi nie. Selalu dok lalu depan kedai nie, tengok orang ramai makan kat situ. Restoran nie terletak kat kawasan perniagaan Bertam Indah. Restoran Miezuri Briyani House.

Walau sampai pagi, bersempena dengan nama kedai jadi nasi briyani dengan lauk semua dah sedia untuk di tokak. Sampai di sana, orang boleh tahan la ramai. Apa lagi oder nasi briyani la.
Briyani ayam

Briyani kambing
Nasi briyani dia memang sedap dan lembut dan beras panjang (Briyani Basmathi ). Lauk yang disediakan memang kena dengan nasi briyani. Set nasi briyani nie terdiri dari nasi briyani, lauk dan acar timun.  Lauk untuk set briyani di sediakan 3 jenis sahaja iaitu ayam ros, daging kari dan kambing briyani. Kambing yang disediakan boleh tahanlah besarnya. Itu sahaja, jangan dok minta dalca, papadam, sotong macam kedai mamak pula.


Disamping nasi briyani ada nasi lemak untuk makan pagi, jadi Muhammad Ammar dengan Siti Sarah makan nasi lemak tapi depa pilih lauk nasi briyani.

Harga kat restoran nie ok lah. Set briyani ayam dandaging RM6.00 dan set briyani kambing RM 7.50 (ikut saiz). Nie menu dia ( klik untuk paparan lebih besar).

Makanan ringan selain dari nasi atau tak mau makan nasi ada disediakan capati. Yang buat capati pun macam import ja.

Capati kat bawah nie, kami datang hari lain pula. Nak makan semua pada hari sama kena bela jin baru habis.
Capati dengan daging cincang
Set capati diberi kuah dal. Daging cincang oder asing. Capatinya boleh tahan la lembut dan bila kena dengan kuah cincang mabelassss.

Suasana restoran bersih tetapi sesak sikit dengan meja dan kerusi. Layanan memang mesra dan cepat. Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Masa pula dari 7 pagi sehingga habis ( yang jaga restoran cakap lebih kurang sampai jam 3 petang ). Nie dia alamatnya :

20A Lorong Bertam Indah 12, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Blog rasmi Restoran Miezuri Briyani House.

Nak mudah lagi nie map dari Google



View Miezuri Briyani House in a larger map

No comments:

Post a Comment