Char Kuey Teow CIMB Kailan


Waktu malam kalau ada sesiapa yang selalu shoping kat Kompleks Dato Kailan Kepala Batas tentu akan terserempak dengan Char Kuey Teow yang tertenggek kat sebelah bank CIMB. Seronok tengok dia masak. Berapi-api.
Saja malam lepak-lepak kat gerai nie sambil lihat lampu CIMB. Makan-makan panas cuma ada char kuey teow sahaja, jangan dok minta maggi sup, roti canai, siakap tiga rasa dan yang sekutu dengannya. Kalau nak lain pun adalah nasi lemak bungkus atas meja. Kalau alergik dengan dua benda nie, tolong bawa mai sendiri makanan.
DSCF2679
Char kuey teow biasa, kuah banjir ~ meleleh.
Kat sebelah gerai char kuey teow ni ada gerai minuman, bolehlah oder air panas ngan sejuk.
DSCF2680
bersantai sambil menyepahkan meja.
Boleh tahan sedap char koew teow kat sini sambil menghirup udara malam. Tak nyesal punya makan. Kat gerai nie ada 2 tukang masak yang menjalankan tugas serentak jadi oder memang cepat sampai.
DSCF2691
Aman.
Meja makan disusun di kaki lima CIMB dan atas jalan. Gerai nie dibuka setiap malam dan lokasi betul-betul bersebelahan bank CIMB Kompleks Kailan Kepala Batas, lihat Google map kat bawah.

View Char Kuey Teow CIMB Kailan in a larger map

p/s : Yang mana betul ejaan untuk char kuey teow : kuey, kway atau koay ?? 

4 comments:

  1. Kerap kali dtg x buka. Ada cuti tahun gamaknye. X konsisten buka tutupnye. Ni le sikap peniaga org kite. Cust kurang nnt komplen. Bila Cust ramai sbb hr weekend n cuti seklh, dia x buka. Hampa n kecewa aku mcm ni. Balik loi ja.

    ReplyDelete
  2. klu awan mendung/ hujan dh turun setitik dua. Yg ni konpom xbuka xyah berharap. mkn la megi kt umah.

    ReplyDelete