Wednesday, June 29, 2011

Alhamdulillah Lulussssss PS CS4

Lebih kurang jam 2.00 petang dah terpacak tunggu nak ambik exam PS CS4 yang akan mula jam 2.30 petang di hadapan makmal komputer PP Matematik. Sebelum masuk kena tandatangan  perjanjian dulu sebelum masuk. Ishhh... ketat punya undang-undang. Dalam tu tertulis tidak boleh bawa masuk alatan elektronik seperti mesin kira, PDA, iPAD, jam tangan dan barang-barang lain seperti pen, dompet, beg, kertas dan apa entah lagi la. Mengalahkan exam nak ambil Ijazah.

Kena masuk berdua-dua kedalam makmal, tak boleh serentak semua orang. Bila masuk disuruh bersihkan diri dari barang-barang yang dilarang bawa, letak kat belakang makmal. Habis bersihkan ( ishhh pasai pa asyik perkataan bersih dok keluar nie ) apa yang patut, di suruh tandatangan masa kehadiran dan di ambil gambar. Lepas tu baru di tunjukkan komputer mana yang kena duduk. lalu ditunjukkan cara nak masuk kedalam aplikasi exam secara dalam talian.

Semasa dalam talian sebelum exam bermula kena jawab servey dan lepas itu baru bermula. Diberi 74 soalan dalam masa 90 minit. Soalan dalam bahasa orang putih la. Perlu dapat 70% untuk lulus. Selepas siap semua soalan buat boleh klik selesai dan markah akan dapat ketika tu juga lulus ka gagal.

Bila siap jawab tak boleh cuehhh keluar cam tu ja. Kena panggil petugas kat situ. Baru boleh bangun. Tak boleh keluar lagi. Kena tunggu dia cetak keputusan, baru boleh balik dan dapat beg freee.

Alhamdulillah..... keputusan Photoshop CS4 ACE Exam lulusssss. Boleh la guna logo nie.....
Terima kasih kepada cikgu Photoshop Cikgu Zkey. Nie dia gambar pelajar ngan cikgu Photoshop :

Cikgu Zkey ( berdiri dari kiri sekali ) dan gambar ihsan dari Syed (berdiri kanan sekali) dari PP Sains Komputer.
p/s: ACE tu Adobe Certified Expert - ganas nieee.

6 comments:

  1. aik....nampak sijil jaa....beg pree x nampak pun...

    ReplyDelete
  2. tinggai umah mana?

    ReplyDelete
  3. aku pun pernah kena gini.....nextweek kursus windows server networking pun ada exam yg tak boleh masuk serentak...online exam...takut lerr pulak...hehehe

    ReplyDelete
  4. tahniah cik adi~ pasni boley bukak bisnes photoshop sendiri..hihhi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...