Pasaraya Mydin Kepala Batas Penang. |
Pasaraya Mydin Bertam akan dibuka pada 16 September, Selasa nie bersempena Hari Malaysia. Kena pi nie kot-kot ada jualan murah.
Lepas nie kalau nak boikot pasaraya yang lain pun tak dak masalah. Dah ada pilihan, lagi pun milik Bumiputra.
Kepada yang tak tau lagi lokasi Mydin Bertam nie terletak berhadapan dengan MRSM Kepala Batas dan IPPT USM di Bandar Bertam Putra. Dibuka dari 8.30 pagi hingga 11 malam. Dari Tol Bertam/Kepala Batas kona kiri terus saja sampai jumpa trafik light ketiga. Tengok saja kat Google Map kat bawah.
GPS: 5.519012, 100.476987
5°31'08.4"N 100°28'37.1"E
Sedikit Update:
29/9/2014 : Setelah ke Pasaraya Mydin Bertam, rasanya macam pasaraya lain juga ada booth ada food court tapi yang membezakannya ialah waktu solat akan di umumkan dan selepas itu azan berkumandang. Pasaraya lain ada ka cam nie?
No comments:
Post a Comment