Penguatkuasaan Halal APD 2011

Alhamdulillah, mulai 1 Januari 2012, Parlimen telah meluluskan Akta Perihal Dagangan 2011 ( APD 2011 ) yang memberi hak hanya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri ( MAIN ) untuk memberi status halal. Akta itu memberi kekuatan baru kepada JAKIM kerana ia memberi kuasa penuh kepada badan penguatkuasa agama tertinggi itu menguatkuasakan penggunaan dan mengeluarkan logo halal.  Ia juga membolehkan JAKIM memantau dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu, syarikat swasta atau syarikat luar yang memalsukan pengeluaran sijil dan logo halal.

Sekarang nie umat Islam boleh masuk kedai-kedai makan yang ada tanda halal JAKIM tanpa was-was. Sebelum ini aku ada tulis mengenai logo halal yang banyak mengelirukan " Logo Halal Mana Pilihan Qalbu " kini terjawab lah sudah.

Dulu sebelum masuk kedai makan kita akan:

1- Cari logo halal. Entah apa-apa bentuk janji kat pintu ada tulis halal, maka kedai itu halal.
2- Lihat pekerja dalam kedai tu. Kalau banyak yang Islam / betudung secara automatik kedai tu halal.
3- Lihat pelanggan kedai tu. Kalau ada orang Islam masuk atau makan secara automatik kedai tu halal.

Jadi dah selesai isu logo halal mana yang boleh digunakan. Sekarang nie nak masuk kedai makan yang was-was cari logo halal JAKIM. Insyaallah selamat. Layari laman web JAKIM nie untuk maklumat lanjut.

JAKIM juga telah menguatkuasa penggunaan logo, nombor standard dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk. Ini logo halal standard.

Terima kasih dan tahniah kepada JAKIM dan MAIN. Semoga usaha untuk mempertahankan hak orang Islam dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

P/s: Boleh cadang satu lagi ? Kalau boleh letakkan bar kod yang boleh scan kat pasaraya untuk memudahkan pengguna kenalpasti status halalnya palsu atau dah tamat tempoh.

No comments:

Post a Comment