Begitu juga dalam bersukan, jika cara berpakaian tak bersesuaian dengan acara maka akan ditegur. Jadi terjadilah seperti berita dalam Utusan Malysia hari ini. Jika sesuatu acara itu mengkehendaki peserta separuh bogel maka kena buatlah, baru boleh sertai acara. Walau diberi sedikit modifiksi supaya menutup aurat, tetap tidak diterima sebab tidak mematuhi syarat.
Gambar hiasan dari Google |
Apa yang difikirkan antara dua senario ini, pertandinga ratu cantik di haramkan umat Islam menyertainya sebab membuka aurat manakala acara sukan yang mengkehendaki peserta seperuh bogel boleh pula.
Fikir-fikirkan....
** Petikan dari Utusan Online 19hb Januari 2012 **
Larang sut renang muslimah
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 18 Jan. - Seorang pengendali sebuah sekolah tahfiz kesal dengan tindakan Persatuan Renang Amatur Selangor yang didakwa tidak membenarkan 10 peserta termasuk empat pelajarnya menyertai hari terakhir pertandingan renang sempena Sukan Selangor (Sukses) atas alasan pakaian mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan.
Pengendali Sekolah Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Al-Ijabah, Muhamad Abdullah mendakwa ketika pertandingan itu berlangsung di Pusat Akuatik bermula Sabtu lalu, kesemua peserta terlibat memakai pakaian renang muslim dan muslimah.
“Pada hari Sabtu, para peserta termasuk empat pelajar saya yang menyertai pertandingan yang dianjurkan bersama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) atas nama Kelab Anak Air dan Kelab Ombak, dibenarkan berenang.
“Tetapi pada hari Ahad, mereka yang berjaya mara ke peringkat seterusnya tidak dibenarkan meneruskan pertandingan atas alasan pakaian renang tidak mematuhi syarat.
“Saya kesal dengan pihak penganjur kerana bersikap berat sebelah sedangkan peserta terlibat termasuk pelajar saya bukan tidak memakai pakaian renang, tetapi pakaian mereka menutup aurat,” kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Muhamad memberitahu, insiden tersebut dimaklumkan oleh guru renang sekolahnya, Mohd. Bukhari Ibrahima yang berada bersama pelajar di Pusat Akuatik.
“Saya juga kesal kerana ada ibu bapa peserta renang bawah 12 tahun terpaksa membelikan anak masing-masing pakaian renang biasa yang tidak menutup aurat kerana kasihan mendengar tangisan mereka yang telah bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak penganjur dan kerajaan negeri termasuk pemimpin beragama Islam bersikap sensitif dan terbuka berhubung tatacara berpakaian untuk pertandingan renang lebih-lebih lagi melibatkan peserta beragama Islam.
Katanya, sebagai negara Islam, umat Islam sewajarnya diberi kebebasan untuk berpakaian menutup aurat tetapi sesuai dalam menyertai pertandingan dan acara sukan.
“Saya berharap agar peserta yang berpakaian renang muslim dan muslimah tidak dianaktirikan selepas ini kerana sebagai negara Islam, umat Islam perlu diberikan kebebasan untuk mengekalkan dan mempertahankan lunas-lunas agama dalam cara berpakaian,” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MSNS, Rohaya Yahya ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan Muhamad dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas memperolehi maklumat mengenai kejadian itu.
No comments:
Post a Comment