Setelah balik dari Tahfiz di CIKAL, rehat sebentar selepas tu makan. Sungguh selera, maklumlah nak masuk darjah satu.
Habis ja makan, pi bersiap. Haaaa dah siap. Untuk hari pertama dan kedua aku ambil cuti, nak hantar dia ke sekolah dan selesaikan apa yang patut terutama buku tulis yang masih belum dapat sepenuhnya.
Bersemangat |
Semua murid berkumpul di dewan terbuka sekolah. Sebok guru-guru kepong pelajar. Tahun satu, ramai yang tak paham bahasa lagi. Murid-murid diminta berbaris mengikut warna seperti hari orientasi.
Dah semua sedia, murid-murid dibawa ke kelas masing-masing. Kami ibu bapa pun ikut sama dari belakang. Tengok mereka masuk kelas.
Setakat nie tak ada yang teriak nak balik. Semua bergumbira dengan kawan-kawan baru.
Dah mula belajar |
Rehat jam 3.40 petang. Dalam 3.30 aku sampai ke sekolah tunggu bunyi loceng rehat. Tak lama Ammar dah turun dengan geng-geng dia. Tunjuk serba sedikit cara nak membeli-belah. Suruh dia tanya dulu harga baru bayar dan jangan lupa ambil baki kalau ada. OK lah boleh buat sendiri.
Sungguh berselera |
Nie antara telatah pelajar ketika waktu rehat
Nie dia nasi dengan ayam seketul RM 1.00. Nasi dengan sosej pun RM 1.00.
Sepinggan nasi & ayam RM 1.00 |
Tengah buat k-pop |
Pukul 4.00 petang lebih cikgu panggil untuk beratur naik ke kelas semula. Sekali lagi jenuh mengepung, tapi tak lah macam tengahari tadi, semua dah cerdik sikit. Aku bagi tau Ammar, balik sendiri ikut pintu kecil macam datang tadi.
Berpeluh |
Hari ini Muhammad Ammar memulakan darjah satu dan kakaknya Siti Sarah masuk darjah empat. Semoga mereka belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang di dunia dan akhirat, amin.
No comments:
Post a Comment