2/1/2012, Isnin, aku datang lagi kesekolah buat kali ke empat. Tak payah ambil cuti sebab cuti tahun baru. Dalam jam 9.30 pagi aku ke sekolah. Tuuu dia orang dah ramai. Beratur panjang.
Aku pun tumpang sekaki beratur sama. Punya lah lama beratur, tetapi bergerak sikit saja. Adalah ibu bapa yang ada kat situ cakap yang dok jaga Kedai buku tu seorang saja. Dia sajalah yang ambil buku dia lah yang ambil bayaran dan dialah yang dok dengar aduan ibu bapa. Kenapa jadi macam ini ? pengusaha kedai nak untung lebih ka ?
Notis tanpa tarikh. |
Kak Zah manjadi sukarelawan |
Maklumat yang diperolehi dari penjaga kedai tu, buku tak mencukupi disebabkan oleh pertambahan pelajar. Lagi pun dari tahun satu sampai tahun enam buku-buku tu juga yang digunakan. Yang berbeza cuma bilangannya. Tak boleh nak disalahkan sesiapa, jadi bersabar sajalah.
No comments:
Post a Comment