Orientasi Tahun Satu SK Bertam Perdana 2012

Mulalah hari baru perjalanan hidup Muhammad Amnmar. Hari orientasi tahun satu Sek Keb Bertam Perdana pada Sabtu, 31 Disember 2011. Macam biasa bangun awal pagi. Tapi tak kalut maklumlah sekolah depan rumah. Sarapan lebih kurang dan siap untuk ke sekolah.
Bersama kakak dan adik. Sekolah kat belakang tuuu

Ke sekolah bersama Angry Birds, kegilaan zaman ini.
Aku dengan Siti Sarah saja hantar Ammar. Maknya dok kat rumah, jaga dua si kecil Firas ngan Fatini.
Perjalan beribu batu bermula dari langkah pertama
Sampai ja kat sekolah, orang dah ramai. Daftar masuk bilik darjah. Daftar nama pelajar di bahagikan kepada enam kumpulan yang diberi dengan enam warna antaranya merah, biru, kuning dan sebagainya. Aku dua tiga kali semak senarai nama pelajar yang ditampal kat dinding, nama Muhammad Ammar tak ada. Apa lagi tanya cikgu yang jaga kaunter, dia suruh ke pejabat.

Aku ke pejabat di tingkat satu. Jumpa PK Pn Nor Hidayah, lalu di periksa buku pendaftaran. Nama Ammar memang di daftarkan. Adalah sedikit kesilapan teknikal menyebabkan namanya tak dimasukkan dalam senarai. Lalu Ammar diletakkan dalam darjah Biru. Darjah-darjah yang dibahagi ketika ini adalah bilik darjah sementara. Nanti akan ada ujian khas untuk menentukan kelas sebenar.

Selesai mendaftar, murid-murid diminta berbaris mengikut warna masing-masing. Aku nampak tak ada yang menangis masuk ke alam persekolahan. Kebanyakan ceria berlaka.


Muhammad Ammar menanti arahan seterusnya.
Pink tetap menjadi pilihan pelajar perempuan
Ben 10, Transformer, Spider Man dan macam-amacam super hero
menjadi pilihan pelajar lelaki.
Selepas berbaris ikut warna masing-masing mereka di bawa ke bilik darjah. Tak taulah apa berlaku selepas itu.

Ibu bapa pula berhimpun di dewan terbuka, ruang legar bawah sekolah untuk di perkenalkan dengan barisan orang kuat SK Bertam Perdana.
Barisan orang kuat SK Bertam Perdana
Majlis dimulai dengan doa dan disusuli dengan ucapan oleh Guru Besar, Cikgu Abdul Halim. Antara yang diperkatakan ialah sistem baru yang akan diperkenalkan iaitu KSSR . Sistem baru ini mempunyai 10 waktu, sebelum ini 8 waktu sahaja. sistem ini juga akan memperkasakan Bahasa Melayu dalam pelajaran. Matematik dan Sains akan dijalankan dalam bahasa ibunda semula. Seperti sireh pulang ke gagang.

Guru Besar, Cikgu Abdul Halim
Beliau juga menerangkan kenapa tahun satu dan dua di jadikan sesi petang. Ini disebabkan pertambahan murid yang menyebabkan pertambahan penggunaan kelas untuk setiap tahuh, dari tahun satu sehingga tahun enam. Tahun satu sahaja mempunyai 240 orang murid. Guru juga ditambah  sebanyak 11 orang menjadikan 56 orang guru. Sebab itu juga yang menyebabkan buku tulis yang dijual di Kedai Buku Sekolah tidak mencukupi.

Berhubung dengan pembentangan belanjawan tahun ini, yuran sebanyak RM 30.20 dimansuhkan dan bantuan persekolahan sebanyak RM 100.00 akan diberikan pada bulan Februari.


Ucapan kedua disampaikan oleh YDP PIBG, En Abd Latif. Dah yang berucap YDP PIBG mestilah memberitahu peranan PIBG iaitu secara ringkasnya membantu pihak sekolah. Tahun 2012 SK Bertam Perdana akan mengeluarkan pelajar pertama yang mengambil UPSR. Beliau meminta ibu bapa mengambil berat pelajaran anak-anak, jangan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru-guru sahaja.
YDP PIBG En Abd Latif
Oleh kerana orentasi ini berjalan serentak untuk Pra Sekolah juga, maka beliau menerangkan serba sedikit tentang kriteria pemilihan kemasukan pelajar ke Pra Sekolah ini supaya yang tak dapat tak berkecil hati pula.

Beliau juga menasihati ibu bapa yang ada masalah berhubung dengan sekolah supaya berbincang secara baik dengan pihak sekolah. Ibu bapa juga di ingatkan memberi sumbangan untuk PIBG supaya PIBG dapat membantu sekolah dalam aktiviti-aktiviti anak-anak seperti Hari Kokurikulum dan Hari Sukan.

Selesai YDP PIBG, naik pula Cikgu Muhamad, PK. Beliau memberitahu waktu pembelajaran pelajar ( boleh lihat risalah yang diberi semasa pendaftaran ) dan juga pelajar-pelajar akan dibawa bersembahyang dibawah bimbingan cikgu-cikgu.

Selepas itu PK HEM Cikgu Nor Hidayah, PK HEM pula memberi taklimat. Beliau banyak menyentuh mengenai pemakaian pelajar-pelajar terutama pelajar perempuan. Tudung yang dipakai hendaklah putih dan tak ada corak-corak dan tak ada intan berlian. Barang kemas juga dilarang di pakai ke sekolah.  Kalau yang tak pakai tudung tu boleh pakai cekak dan cekak tu mestilah hitam atau putih sahaja. Tudung ada awning boleh dipakai janji putih. Peraturan-peraturan lain ada tertulis dalam risalah peraturan sekolah yang diedarkan semasa pendaftaran.

Cikgu Zamzuri PK Kokurikulum mengambil tempat pula. Beliau memberitahu untuk tahun satu dan dua, pelajar hanya boleh mengambil bahagian dalam sukan sahaja manakala untuk tahun tiga sehingga enam, mereka boleh menyertai acara sukan dan kokurikulum.

Taklimat terakhir disampaikan oleh cikgu Siti Aisyah Ayub, PK Petang memberi nasihat kepada ibu bapa supaya buku-buku, kasut, baju ditulis nama anak supaya senang dicari.

Sebelum majlis berakhir, Cikgu Saliha membuat pengumuman bahawa buku teks boleh diambil di kaunter untuk pelajar-pelajar yang telah mendaftar di SK Bertam Perdana sahaja. Kepada pelajar yang membuat rayuan masuk ke SKBP buku teks akan diberi kemudian. Ini disebabkan buku teks yang diberi oleh kementerian mengikut jumlah asal yang mendaftar ke SKBP tak termasuk kes rayuan.

Sesi taklimat tu memang bagus untuk didengar oleh ibu bapa tetapi sistem bunyi tak berapa power, jadi sesiapa yang berada di belakang atau tengah dengar tak berapa jelas.
Selesai sahaja majlis, Orang terlalu ramai di kaunter buku teks jadi aku ke bilik darjah ambil Ammar dulu.
Bersama kawan baru

Dalam darjah bersama belon

Ambil sahaja Ammar kami ke kaunter untuk mengambil buku teks, malang sekali disebabkan nama Ammar tidak di masukkan dalam senarai jadi tak dapatlah lagi buku. Kena tunggu ( harap jangan jadi macam buku kat Kedai Buku Sekolah, buku tak cukup  ). 

Harap guru-guru bila mengajar tu sedar bahawa tak semua pelajar dapat buku teks dan buku aktiviti lagi. Jangan laju-laju sangat.

Berbaris mendapatkan buku teks
Semua dah dapat ?
Berakhirlah orientasi tahun satu. Ini baru penganalan kepada Muhammad Ammar yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2012. Selamat menempuh alam baru dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment